"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

31 October 2011

KALAH DAN MENANG..


Bismillahhirrohhmannirrohimm..

Assalamualaikum wbt..


Kata orang.. kalah dan menang tu adat permainan.. biasalah.. kalau ada yang menang, pasti ada yang kalah.. mana ada semua yang menang dalam sesebuah permainan.. betul tak?!

Kemenangan bererti sebuah kejayaan.. bagus dan tahniah lah pada mereka yang menang tu.. tapi, kekalahan pula tidaklah bererti tidak berjaya.. cuma nasib tidak menyebelahi.. mmm.. sebenarnya.. salah sendiri jugak..

Dari pemerhatian aku..
Pandangan mata kasar aku..
Dan pada pendapat umum aku..

Sebuah pasukan tidak boleh kalau ada DUA leader.. maknanya, kalau ada sorang coach.. kena dengarlah cakap coach.. jangan nak ikut kepala sendiri jer.. coach dah tentukan kedudukan masing-masing.. terima dengan seadanya.. jangan perasan diri tu bagus sangat dalam satu-satu kedudukan sampai apa yang ditentukan coach pun tak nak dengar..

Coach turun training pagi petang.. hari-hari bersama kitorang yang rajin turun training neh.. tau mana kelemahan, kekurang dan kelebihan setiap pemain.. kalau tetibe orang yang jarang-jarang sekali turun training ni turun training.. pastu komen macam dia pulak yang hari-hari training dengan kitorang ni.. memang masing-masing pendam perasaan laa.. tak tau perkembangan pemain.. tapi komen macam dia pulak yang hari-hari tengok perkembangan kitorang.. sakit kan.. hahaa..

Memang akan kacau bilau la sesebuah pasukan itu..

Bila sorang dah tak nak pegang kedudukan yang dah ditentukan coach.. yang lain terpaksa rombak.. bile masing-masing dah tak pegang kedudukan sebenar.. memang susah la nak main.. degil.. memang perasan diri bagus.. susah la macam tu.. serba salah.. sebenarnya.. coach kena tegas.. tapi bila coach tegas.. dapat ke mereka-mereka nie terima teguran coach..?! itulah pulak masalahnya.. kawan.. hati kawan nak kena jaga juga.. tapi.. kawan is kawan laa… tapi dalam game, kena tolak ketepi semua tu dulu.. jadilah sebagai seorang pemain yang dengar cakap coach.. barulah boleh menempah kejayaan dan kemenangan.. nak menang kan..?! siapa tak nak menang.. betul tak..?!

Emosi.. tu pun kena jaga juga.. kalau dalam game dah dikuasai emosi.. rosaklah seluruh game tu.. dah tak ada semangat untuk meneruskan perjuangan..

Kesimpulannya, kekalahan yang ditanggung ni atas kesalahan siapa..?! siapa yang patut dipersalahkan..?!

Kena redha laa.. adat permainan.. kalah tak bererti kita tak bagus.. Cuma ada kesilapan siket jer dalam sikap ‘teamwork’ tu sendiri.. kesilapan yang sebenarnya kita sendiri tempah.. sebab semua tu boleh dielak kalau masing-masing ada sikap tolak ansur.. dengar cakap.. dan kesedaran diri..

Buat semua kawan-kawan..
Kita bukan tak bagus.. cukup bagus sebenarnya..
Cuma anggaplah.. bukan rezeki kita untuk merasa kemenangan itu..
insyaAllah.. next time.. semua tu dapat diperbetulkan.. siapa tau.. semua tu ketentuan Allah..
Bersabarlah..


***        Maaf sekiranya ada yang menyinggung sesetengah pihak dengan pandangan diatas.. aku bersuara melalui apa yang aku lihat.. aku dengar.. dan aku sendiri rasa.. Wallahu a'lam..

25 October 2011

SEBAHAGIAN DARI KEINGINAN..


Bismillahhirrohmannirrohimm..

Assalamualaikum wbt..



Ini gitar aku..
Cantik tak..?! hahaa.. baru beli kelmarin.. tak mahal pun.. yang biasa-biasa punya jer.. al maklum.. bukan nak belajar sampai jadi macam Najwa Latiff or Yuna tu.. sekadar boleh main depan unggun api kalau-kalau pergi camping dengan kawan-kawan jer.. itu dah cukup memadai..

Finally.. ada gak member yang sama-sama boleh share tentang muzik walaupun instrument yang jelas dan nyata sekali berbeza.. minat dah lama ada.. tapi masa.. keadaan.. dan lebih-lebih lagi member yang dapat support keinginan kita tu.. sebenarnya.. kesungguhan tu yang amat penting.. hahaa..

Malas-malas gitu..

Idola aku..?!
Buleh la dikatakan setakat ni aku minat giler dengan Sungha Jung.. dari kecik-kecik lagi dah pandai main gitar budak tu.. sampai dah bujang-bujang neh.. mak aihh.. tak sanggup aku melihatnya.. bak kata abang aku..

                “Rasa nak berhenti jer main gitar..”

Kita kalau tengok orang lain pandai main gitar.. kita lagi semangat nak main jugak kalau ada minat.. tapi abang aku sampai nak berhenti main gitar pulak.. bila aku tanya kenapa, dia jawab..

                “Malu la tengok budak kecik pandai main gitar camtu..”

Ooooo.. baru aku paham..

Aku baru belajar cord yang basic-basic jer.. itu pun abang aku yang ajar.. setakat ni, aku kena hafal and ingat la cord-cord tersebut.. kalau dapat tangkap cordnya, aku dah boleh bawak lagu Cinta Muka Buku.. hahaa.. (lirik murah bak kata angah..) Mentang-mentang la dia baru lepas buat show dengan Najwa Latiff.. itu je la lagu yang di ajar aku buat masa neh.. senang jer.. tapi terkial-kial la jari-jemari aku neh menari-nari kat atas tali gitar tu.. yang itu agak payah.. hujung jari-jemari aku pun dah mula pedih-pedih.. sakit woo..

Takper.. nak belajar kena slow-slow.. kena relaks-relaks.. makan masa.. bukan sok lusa dah boleh pandai semua..

Buat Angah (Azfa Madani),

Sabar ye.. memang susah kalau dapat cikgu yang malas camtu.. dugaan.. kena survey lagi kalau ada kelas-kelas yang cikgunya rajin mengajar.. Violin tu bukan instrument yang mudah bagi orang melayu minat untuk belajar.. tak ramai.. semangat yang ada pada angah tu kena teruskan.. jangan putus asa and semangat yer.. insyaAllah..


***        Payah juga nak belajar satu-satu instrument kalau kita memang start from ZERO.. Semangat dan keinginan tu teramatlah penting.. InsyaAllah..

12 October 2011

SEHARIAN BERLATIH..


Bismillahhirrohmannirrohimm..

Assalamualaikum wbt..

Petang ni, ada training lagi.. penat jugak rasanya bila tiap-tiap petang terpaksa turun untuk training.. sok, dah start training pagi dan petang.. laaaagiiilah penat giler.. Alhamdulillah.. kerja ofis semua settle.. takde yang tertunggak mahupun yang tergendala.. so, Bos tak boleh nak bising-bising laa.. hahaa..

Bulan ni jer.. kena la gigih sket training.. tolak tepi dulu mana-mana penat dan lelah tu.. perlu banyak belajar.. maklumlah.. ZERO langsung tentang sukan NETBALL neh.. tulah.. dulu mase sekolah tak nak main.. langsung tak nak cuba main pun.. sekarang menggagau laa..

Ada sesuatu yang agak memeningkan kepala.. sukan netball ni banyak ragam.. rules and regulations.. huhh.. tak terdaya..

Semalam training je dah berapa kali kena tegur.. salah tu.. salah ni.. offside tu.. fault laa.. hahaa.. baguuusss sangat.. sebab kita belajar dari kesilapan.. dan orang yang belajar dari kesilapan tu selalunya akan meningkat dengan jayanya.. mmmm.. harap-harap la dapat paham dalam waktu yang sesingkat neh.. maklum.. PETANDA tak lama je lagi.. InsyaAllah.. semoga dapat menjadi pemain simpanan.. heee..

Apa yang dapat di pelajari dari teguran semalam antaranya..

OFFSIDE :
Sekiranya..

i)                     Ada pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain..

ii)                   Kaki pemain tidak berada didalam kawasan tertentu apabila bergerak untuk menangkap bola.. 
 
FAULT :
Sekiranya..

i)                    Pemain yang memegang bola atau tidak, tersentuh pihak lawan.. merampas atau memukul bola di tangan pihak lawan sehingga terlepas..

ii)                   Pemain berada pada kurang dari 3 kaki daripada pemain yang sedang membuat lontaran, pemain itu dikira menghalang.. (Ding dong ding dong bak kata Kak Sarina..) hee..

iii)                 Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pihak lawan dengan tujuan melakukan gangguan mental..

Betul tak semua yg tersebut diatas tu Coach Ita..?! Hee.. 
To Kak Sarina.. thks untuk semua teguran semalam.. macam tu baru betul-betul memberi kesan yang amat mendalam untuk kitorang yang buta netball ni belajar.. seronok pulak.. hahaa..

InsyaAllah.. Doa-doakan pasukan kita dapat menjuarai sukan tersebut untuk kali neh.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Bak kate Bos Besar Punyer..

                “Saya tak nak nombor dua..”

 Mmmm… semoga..

                “..TUHAN BAGI PELUANG KALI KEDUA..”


***         Selalu senak perut setiap kali training.. lapo la kotz.. tak makan.. huu..




Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly