"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

29 June 2012

SEVEN DAYS..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..

how do u think..?!


28 June 2012

DIA HADIR LAGI..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


 Dia hadir lagi.. sama seperti selalu.. tak jugak nampak wajahnya..

                “..awak datang lagi..?!”

                “..ya saya.. untuk menjenguk awak..”

                “..kenapa..?!”

                “..saja nak pastikan awak dalam keadaan baik..” tersenyum.. ya.. hanya senyum itu yang selalu diberikan kepadaku..

                “..bila kita akan berjumpa..?

                “..suatu hari nanti.. bersabarlah..” jawabnya tenang..

                “..bila..? tak sabar rasanya..”

                “..insyaAllah.. kalau jodoh kan pasti tak kemana.. awak akan tetap jadi milik saya..”

Ya.. kalau dah ditentukan Allah s.w.t.. KUN FAYA KUN.. perkara tu akan tetap terjadi.. hanya menunggu saat dan detik yang sesuai.. semuanya telah direncanakan..

                “..awak kena jaga diri baik-baik tau..” pesannya..

                “..kenapa..?!

                “..awak kena jaga diri awak baik-baik untuk saya.. jaga peribadi.. jaga akhlak.. jaga juga cinta awak untuk saya.. saya yakin.. awaklah tulang rusuk saya..”

                “.insyaAllah..” aku tersenyum tawar..

                “..awak kena jaga sehingga kita dipertemukan Allah.. saya akan terus berdoa.. insyaAllah.. saya cinta awak kerana Allah..”

                “..insyaAllah.. saya juga cinta awak kerana Allah.. akan saya perlihara segalanya untuk awak.. semoga kita akan dipertemukan dialam nyata..”

Ya Allah..
Aku bermimpi lagi..
Setiap kali.. wajahnya tetap tak kelihatan.. siapakah dia..?! Aku berdoa.. moga Allah permudahkan perjalanannya menemui aku.. insyaAllah.. Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..
Benarkah itu..?!



26 June 2012

KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Kebelakangan ni, selalu sangat terasa tak punyai kehidupan yang baik macam orang lain.. kerja yang lebih bagus.. gaji besar.. berjawatan.. kehidupan yang lengkap.. punya pasangan hidup.. anak-anak.. berkesungguhan dalam melakukan sesuatu minat dan keinginan.. ada satu kerjaya yang dapat dipegang dengan stabil.. huhh.. kehidupan yang sangat-sangat baik kata orang..

Kalau kita punyai semua tu, dah tentu-tentunya orang akan respect.. akan pandang dan suka nak berkawan dengan kita.. tak adalah rasa sunyi.. dan dah pastinya punyai teman..

Saya tak punya kehidupan yang indah seperti tu.. hidup saya biasa-biasa jer.. kadang-kadang rasa sangat-sangat menyesal kerana saya boleh memiliki kehidupan seperti tu.. saya punya peluang.. tapi sayangnya saya tak pernah rebut peluang tu..

Belajar Diploma dalam Architectural Draughtsman di College L & G Twintech Institute of Technology atau sekarang dikenali dengan nama Twintech International University College of Technology.. pernah praktikal kat Firm Hoh Tham dan Rakan-Rakan di Taman Desa, Jalan Klang Lama.. dan ditawarkan bekerja selepas tamat belajar.. semasa praktikal kat sana,  pernah hasilkan satu rekaan projek perumahan rumah teres setingkat di Bukit Beruntung.. rekaan itu mendapat perhatian dan akhirnya diluluskan untuk perlaksanaan.. tapi disebabkan saya ni seorang student, rekaan saya dilebelkan diatas nama seorang arkitek yang berlesen.. saya dapat apa? hanya RM300 elaun setiap bulan.. tak apalah.. yang penting tu pengalaman.. taman tu dah pun diduduki sekarang.. tapi tak tau pulak taman apa..

 

Kalau diteruskan, dah tentu-tentunya kehidupan saya lebih baik dari sekarang.. ada kerjaya yang boleh dibanggakan.. gaji mesti dah besar.. fuhhh.. tapi tulah.. saya tak tahan tekanan kerja dengan bos cina.. sangat-sangat tensyen..

 

Melihat kepada keadaan sekarang.. kehidupan yang biasa-biasa adakalanya melemahkan semangat.. dengan gaji yang cukup-cukup makan.. tak berupaya nak hidup bermewah-mewah.. bergaya.. bila dah start aktif dengan sukan Softball semula.. gaya hidup tu agak teruji.. dulu masa sekolah lain la.. semua peralatan di sediakan pihak sekolah.. sekarang, semuanya sendiri..

 

Kata orang.. Softball tu sukan yang berprestij.. kata orang lagi, orang yang main sukan Softball ni antara orang-orang yang ada lifestyle.. kira macam anak-anak orang berada jer la yang main sukan-sukan camni.. tapi saya tak kaya.. tidak juga punya lifestyle.. Cuma minat mendalam terhadap sukan yang dah lama menapak dalam hati sejak sekolah menengah lagi.. itu yang kekal saya teruskan..

 

Banyak perkara dan sebab-sebab kehidupan yang lebih baik ni kita boleh perolehi.. kadang-kadang memang kita kesali bila kita berpeluang untuk memiliki kehidupan baik macam tu.. tapi sebenarnya kita terlupa.. terlupa yang kehidupan kita sekarang sebenarnya dah cukup baik.. cukup sempurna telah direncanakan oleh Allah buat kita.. apa yang kita kesal tu mungkin sebenarnya tak baik untuk kehidupan kita yang mendatang.. Allah maha mengetahui..

 

Sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.. kenapa itu terjadi.. kenapa mesti kita yang kena.. mengapa saya.. dan macam-macam lagi yang selalu menjengah fikiran kita.. umpama status yang pernah saya buat di Fesbuk..

 

“ Ujian-ujian Allah begitu perit, 

pahit dan menyakitkan.

Kita inginkan kejayaan, 

Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, 

Allah takdirkan perpisahan. 

Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. 

Ya! hikmah disebaliknya..

 

InsyaAllah.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Wallahua'lam..



22 June 2012

HAHAHAA..!!


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Boleh tak nak bagi tajuk entry kali ni camtu jer..?
Hahahaa.. memang hari ni i rasa nak gelak jer.. ni i nak story-story sikit.. tak adalah best sangat.. tapi boleh la sekadar nak story-story..

Huhh.. dah lagak mak datin kepoh pulak ber i.. i ni.. hahahaa..

Pagi tadi, sedang i tengah sibuk bangat asingkan fail-fail untuk disettlekan.. datang pulak orang tua sengal ni nak mintak tolong pas kan dokumen kat aunti i.. oh my english.. err.. tu kalau spelling english tu aunty laa.. korang paham punya la kan.. hee..

Dengan tak menoleh, i jawab selamber jer..

                “Bagi sendiri la.. saya tak nak..” acuh tak acuh..

                “Tolong laa.. saya sibuk sikit ni..” sahut orang tua tu..

                “Saya tak nak.. bagi sendiri.. apa-apa hal yang berkaitan pakcik, melalui saya, saya tak nak..” masih tak menoleh.. sambil tangan kiri mengisyaratkan ‘blah’ kat dia.. hahaa.. memang terasa sangat la i bersikap kurang ajar masa tu.. orang tua yang tak betul camtu memang kena layan camtu.. kalau tak habis orang keliling i kena rodok nanti u.. (jari telunjuk gerak kiri kanan) no.. no.. no.. i tak nak u.. hahaa..

Sakit hati agaknya, orang tua tu terus ‘blah’.. puas hati i.. lalalaa..

Lepas tu i terus call mak i.. story la sikit-sikit.. mintak mak sampaikan kat aunti i pasal hal tu.. bukan i tak nak tolong urusan dia.. tapi memang tak nak terlibat la dengan orang tua tak betul tu..

Tup tup yang lebih kelakar tu orang tua tu boleh mengadu kat aunti i..

                “Tadi saya nak bagi dokumen ni kat azwa.. dia marah-marah pulak.. kenapa dia marah kat saya..?!” ngomel orang tua tu kat aunti i..

Wahh.. ni dah kes memang sengal yang melampau dah orang tua ni.. itu pun nak mengadu kat aunti i.. i apa lagi.. bantai gelak laa..


HELLO orang tua..
kalau kau tu tak pernah kacau hidup aku..
aku pun tak gila macam kau la nak marah tak tentu pasal..
orang macam kau tu aku dah elergik..
boleh sawan aku dengan kau ok..


Tapi sebenarnya, tak ada la pulak i cakap marah-marah masa tu.. i cakap dengan nada ‘boo layan’ jer.. orang tua tu yang sedapkan cerita kat aunti i yang kononnya i marah-marah.. pergghh.. tempeleng seketul dua kat orang tua ni best jugak kot.. hahaa..

Secara logiknya la kan.. kalau orang yang tak pernah buat hal dengan kita.. dah tentu-tentunya kita tak sawan camtu kan.. ini kes orang yang dah kacau hidup kita.. dah ganggu mental dan jiwa kita.. boleh ke nak layan elok-elok camtu..? tu syukur la i boleh nak balas cakap.. kalau i buat orang tua tu macam halimunan kot.. or otomatik tangan i ni capai monitor ni hempuk kepala dia ker kan.. tak ke haru.. hahaa..

Adoi laa..

Ok cukup cerita tu..
i nak masuk sikit satu lagi cerita..

Alhamdulillah..
Dah lama tergerak kat hati i ni nak tanya kat kawan-kawan.. “..korang kalau solat zohor selalunya kat mana..” Bukan apa.. sebab tak pernah nampak kat surau ofis.. kalau ada surau yang lagi best.. nak jugak i join.. sebab surau kat ofis ni selalu sangat berlaga waktu solat dengan budak lelaki.. nak kena tunggu lagi.. budak lelaki ni kalau berwirit punya lah lama.. tak ada niat lain pun.. tapi secara jujurnya kadang-kadang terdetik juga kat hati.. “diorang ni tak solat ker..”

Tiba-tiba semalam.. i didatangi seseorang.. dalam keadaan sedikit berbisik, dia bersuara..

                “..kak.. telekung akak kat mana.. boleh tak saya nak pinjam..” sambil tersengih-sengih..

Segan agaknya.. tapi i tak nak dia merasa segan tu berterusan dengan i.. so, i pun buat muka selamba.. tak senyum dan tak terkejut.. dalam hati i berbisik.. “Alhamdulillah..”

                “..telekung akak ada ni.. dalam almari.. sebab hari tu masa pergi Pangkor akak bawa balik.. terlupa nak letak kat surau.. karang awak pakai, sidai jer terus kat surau tu.. akak memang tinggalkan.. nak sekarang ker..?”

                “..tak apa kak.. kejap lagi saya nak guna saya minta kat akak..” senyum..

                “..ok.. nak pakai karang bagitau ek..” sambil membalas senyuman..

Dah lama nak tanya.. tapi takut kawan-kawan terasa.. hati kawan-kawan nak kena jaga juga.. tak apalah.. senyap jer.. InsyaAllah..

Alhamdulillah.. Allah detikkan juga walaupun seorang.. harap-harap, lepas ni kawan-kawan yang lain juga terdetik.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin.. ;))



19 June 2012

I LOVE SOFTBALL..



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Memandangkan hari ahad ni nak lawan Softball dengan Team Selangor di Meru, Klang.. insyaAllah kalau tak ada hal laa.. dan sangat-sangat jarang pulak turun training.. so, kena buat research sikit la..


Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Tiga jenis tersebut ialah; fast pitchmodified pitch, dan juga slow pitch. Huraian mengenai jenis permainan adalah seperti berikut.

14 June 2012

MAAF ANDAI AWAK TERLUKA..


Bismillahhirrohmannirrohimm &
Assalamualaikum wbt..


                “..adoii.. ngantuknya..” satu keluhan berat dilepaskan..

Mana tidaknya.. seharian tak tidur.. dah lama sangat tak berborak.. panjang juga sudahnya.. ingatkan nak berborak singkat.. sebab tak ada apa yang perlu diceritakan.. sengketa lalu sudah lama dilupakan.. tetapi hati masih terasa tawar untuk merasa sesuatu yang dulunya ada.. jiwa yang kosong masih tetap merasa kosong.. cuma.. ya.. cukup diakui.. ada sedikit rasa rindu.. sungguh.. ada sedikit kerinduan di sini..

Cukup lama tidak berhubung.. segala text dibalas sekadarnya.. tidak punya hati untuk membalas.. cukup sekadar untuk tidak terlalu nampak ketara yang awak telah diketepikan jauh dari hati ini.. tidak mahu awak terus terasa.. kerana kita sama.. punya rasa yang sama.. keterasaan lalu telah membawa hati ini untuk tidak terus berhubung.. diam adalah yang terbaik.. mungkin itulah jalannya.. takut akan lebih disakiti..

Saat ingin mengubah segalanya.. walau sudah berbulan membiarkan hati ini biasa-biasa.. terfikir untuk membalas text dengan sebaiknya.. mengharapkan perubahan agar menjadi lebih baik dari semalam.. perbualan yang pada dasarnya tidak langsung menyentuh hal itu.. sudahnya disentuh sedikit demi sedikit.. perkara yang asalnya tidak mahu dibincangkan sudahnya menemui jalan kebenaran..

Maaf kerana terlalu jauh bersalah sangka.. terlupa prinsip yang dipengang selama ni.. tidak mudah percaya pada yang lain.. tapi dia siapa.. bukan orang lain untuk ditolak ceritanya bulat-bulat.. awak tau kan kenapa? Kerana dia juga seseorang pada awak.. kerasnya hati ini bila terus-terusan menyimpan rasa ‘menyampah’ pada awak..

                “Maaf.. kerana membuat awak menangis..”

Tersentak juga mendengar tangisan itu.. terlalu sakit rupanya bebanan perasaan yang awak terpaksa tanggung dengan kelakuan ini.. Alhamdulillah.. semuanya sudah terungkai.. kita dah ok kan? Terima kasih sebab memaafkan.. walaupun hati ini telah menyimpan rasa ‘menyampah’ pada awak 3 bulan lamanya seperti yang awak hitungkan.. hati ini terima dengan redha kata-kata awak malam tadi.. cukup ambil masa sebulan.. untuk awak pula balas rasa ‘menyampah’ itu.. sungguhpun diakhir kata-kata tu awak sambung dengan ungkapan..

“..hee.. tak adalah.. gurau jer..”

Awak nak tau sesuatu..?


“..sayang itu selalu ada.. disini.. dalam hati ni.. walaupun pernah merasa kosong ketika itu..”



13 June 2012

TUHAN, BUKAKAN PINTU HATI INI..


Bismillahhirrohmannirrohimm & 
Assalamualaikum wbt..
  

Kadang-kadang terfikir.. apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini.. kejayaan? Kemewahan? Kesenangan hidup? atau kebahagiaan?

Bermacam-macam main kat fikiran ni..

Hati betul-betul terasa sunyi.. kosong.. seolah-olah jiwa dah hilang ntah kemana.. badan dah tak tertanggung.. terlalu dipaksa dan memaksa.. dah terlalu penat minta direhatkan.. tapi hati dan jiwa tetap memaksa badan untuk terus, terus dan terus.. agar minda tidak memikirkan kekosongan itu.. agar kepenatan itu melemahkan minda untuk berfikir tentang kesunyian itu.. keperitan itu..

“Tuhan.. Bukakan pintu hati ini.. bukakanlah.. untuk menerima ketentuan-Mu.. untuk menerima redha-Mu..”

Hati terlalu berat untuk terima.. cuba mengenepikan segalanya.. cuba untuk menidakkan.. tapi itulah yang telah ditentukan.. kenapa.. terlalu berat untuk menanggungnya.. sedangkan ujian tuhan tidak pernah melampaui batas kemampuan hambanya..

Tak tertanggung.. Ya! Tidak tertanggung rasanya hati ini..

                “Ya Allah.. bukakan pintu hati ini.. agar hati dapat memujuk minda untuk terima dengan redha ketentuan-Mu.. agar hati ini tidak terus memaksa minda.. agar badan ini dapat direhatkan dengan ketenangan.. rehat dari bebanan.. berilah kekuatan itu kepada hati ini Ya Allah..”

Bila badan dalam kepenatan, minda ini lemah untuk berfikir.. mata tidak kuat untuk menumpu.. kerja tidak dapat difokus dengan baik.. mengharapkan cuti suatu hari nanti akan terlaksana.. minggu yang memenatkan..


Hati..
Kembalilah..
Kembalilah pada yang dulu..
Hati yang dulunya kuat.. yang dulunya tabah.. cekal.. hati yang dulunya ceria.. gembira.. dan..
Hati yang menerima redha-Mu Ya Allah..
Hati ini terlalu rindukan ketenangan jiwa.. terlalu rindukan kebaikan peribadi.. dan terlalu rindukan diri sendiri..
Tuhan, bukakan pintu hati ini..


RASA BERSALAH INI..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Seharian,
Rase bersalah ini menyelubungi hati dan jiwa..
Ntah laa.. riak dan ego apa yang telah menakluki jiwa..
Menguasai akal dan fikiran ketika itu..

Maaf..
Itulah ungkapan yang hanya mampu diluahkan..
Sekali lagi,
Maaf..

Tidak terniat untuk mempersendakan..
Tidak terniat untuk memperkecilkan..


Semalam,
Setelah selesai perlawanan badminton antara rumah sukan Pejabat.. tiba-tiba hati rasa tak sedap je.. jiwa rasa tak tenang jer.. apa yang dah saya buat ni? Kenapa mesti nak gelakkan orang sampai camtu sekali? Jahatnya.. Ya! Terasa diri ini sangat-sangat jahat..

                “Maafkan akak..”

Bukan disengajakan.. tergelak itu kerana kami rumah kuning pagi tu baru sahaja di ‘tarbiahkan’ dan ditaklimatkan dengan rule-rule dalam permainan badminton.. kami tak sehebat rumah merah yang punyai sebahagian pemain professional.. kami hanya biasa-biasa sahaja.. tetapi kenapa, sebahagian pemain perempuan rumah merah melakukan satu kesalahan yang terlalu minority.. perkara yang teramat simple untuk difahami.. dimanakah perginya sikap teamwork lelaki dalam membina sesebuah pasukan yang baik untuk pemain perempuan? Adakah kerana terlalu memberi perhatian kepada skill dan corak permainan? Sehingga terlupa rule didalam permainan?

                “Maafkan akak sekali lagi..”

Semasa kami di ‘tarbiahkan’.. kami ditunjukkan dengan lakonan oleh pemain lelaki.. siap dengan gaya dan coraknya.. kami tertawa dengan aksi itu.. seolah-oleh satu perbincangan yang amat menyeronokkan dalam menghadapi sesuatu perlawanan..

Tidak pula disangka, aksi yang dilakonkan pemain kami semasa sesi ‘tarbiah’ itu telah diadaptasikan oleh pihak lawan.. yang secara otomatiknya membuatkan saya secara individu tertawa..

                “Sekali lagi, maafkan akak.. Akak sedar sikap itu tidak wajar.. dan tidak patut.. akak tak punya niat apa-apa.. Cuma situasi itu memberi satu persepsi lucu pada minda terus membuat akak tertawa.. Maaf ya..”

Dalam permainan perlawanan persahabatan rumah sukan Pejabat macam ni, kita sebenarnya perlu saling support antara satu sama lain.. tapi sebagai mewakili rumah sukan masing-masing.. sikap ‘competitive’ tu perlu sebagai semangat pasukan..



**           Buat AYU dan ANGAH.. Korang tak kurang hebatnya berbanding kami.. terima kasih di atas persaingan yang diberikan terhadap perlawanan semalam.. seronok dan sangat-sangat enjoy.. ;))


11 June 2012

HASIL REKA LOGO..


Bismillahhirrohmannirrohimm &
Assalamualaikum wbt..


Seharian dok reka logo untuk Kelab Basikal..
Kelab Kembara Basikal Pejabat..

Ini hasilnya..
..yang last tu menjadi pilihan sudahnya..

Design untuk baju..
tak ada yang sebulat suara setuju dengan rekaan ini..


..tapi.. saya tetap nak yang macam ni juga.. design terbaru.. orang letak logo kat sudut bawah bahagian belakang.. dah tak main dah letak-letak kat tengah depan baju.. amacam? boleh setuju tak..?

..semak tak agak² tulisan kat depan tu..


07 June 2012

SEJAK JOIN PETANDA..


Bismillahhirrohmannirrohimm &
Assalamualaikum wbt..


TADAA..


..so far..

Ehehh.. sambung ayat kat bawah gambar tu.. terlupa pulak.. heee..

Tak tau kenapa suka pulak nak beli baju-baju jenis Jersi ni.. and ini adalah salah satu Jersi yang dah lama sangat saya nak.. baru kini diperolehi.. walaupun dah ramai sangat orang lain yang telah mendahului saya dalam pemakaian Jersi tersebut.. hahaa.. ingat nak biar kosong jer.. tapi memandangkan bila ada nombor ni lagi nampak gempak la konon.. huhh.. konon laa.. so, belasah jer laa.. ok tak? dan memandangkan sukan antara rumah kat Pejabat ni saya adalah salah satu kuntuman bunga yang 'menghiasi taman' rumah kuning.. occeehh.. memang cun sangatlahh..


**   Ntah sejak bila pulok hok minak kat kaler kuning neh.. huk alohh.. ;P


06 June 2012

AL-FATIHAH BUAT ADIK YASMIN..


Bismillahhirrohmannirrohim.. &
Assalamualaikum wbt..

Semalam, 5 Jun 2012..

Saya terbaca satu status yang tertulis di Facebook Tentang Dhia (Slot Akasia TV3) berkenaan seorang Trending di Twitter Remaja yang maut dilanggar lari.. 


Cerita lengkap kemalangan tersebut diberitakan di akhbar Harian Metro Online - MyMetro..


Agak menarik minat bila ceritanya tentang seorang remaja yang seolah-olah sudah dapat merasakan kepemergiaannya.. merasa tanda-tanda awal yang dia akan pergi buat selama-lamanya.. dia membaca buku BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR..

Dalam komen pada Facebook Tentang Dhia (Slot Akasia TV3), telah di ‘link’ kan address blog remaja tersebut.. Last Update pada 2 Jun 2012.. itulah penulisan terakhirnya didalam Blog..


Banyak kisah dan penulisan arwah telah saya baca.. walaupun tidak mengenali remaja terbabit, saya dapat rasakan seolah-olah sangat mengenalinya.. penulisan arwah sangat seronok dibaca.. tapi sayang dan sedihnya.. arwah sudah tiada.. seorang remaja perempuan yang comel dan lincah.. bijak dan pintar.. seorang yang digambarkan sangat-sangat ceria..


Tidak tahu cerita sebenar.. tapi ada komen tentang penjelasan kejadian tersebut.. Wallahua’lam.. hanya Allah yang Maha mengetahui segalanya..

Link tentang cerita yang telah ditulis arwah.. - cerita arwah tentang Mimpi Ngeri..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah adik Yasmin..

Al-Fatihah..


04 June 2012

BUANG ACTIVE DESKTOP RECOVERY..



Bismillahhirrohmannirrohimm &
Assalamualaikum wbt..


Hai korang..
Ni nak share tips sikit..
Sekiranya komputer korang jadi macam ni..


Dah tekan Restore my Active Desktop pun tak jadi pape jugak..
JOM kita selesaikan bersama macam mana nak buang mende ‘alah’ ni..

Mula-mula..
Korang pergi ke butang  Start 

*  Then pergi ke  Run  dan taip  regedit 

*  Cari Folder ini -  HKEY_CURRENT_USER  \  Software  \  Microsoft 

 Internet Explorer  Desktop  \  SafeMode  \  Components 

*  Lihat pada  DeskHtmlVersion 

*  Klik pada kanan mouse utama dan pilih  Modify 

*  Di bawah label  Base , pilih butang radio  Decimal 

*  Ubahkan  Value data  kepada    0   (kosong)

*  Klik butang  OK 

Sekiranya tidak berlaku perubahan, cuba restart computer korang.. makan masa sikit lah.. sabar yee..

Saya dah cuba.. Alhamdulillah..
Hahaaa.. sebab komputer saya pun dah kena camni.. dah ok pun..
Selamat mencuba yer..




Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly