"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

29 December 2012

JOM BELAJAR GITAR - AKU SUKA DIA


Untuk orang yang tak reti pape langsung jer..
..macam aku ok.. huhuuu..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


        Wokkehh.. sebelum tu aku nak bagitau yang dalam seminggu dua ni aku agak sibuk jer meraban nak belajar main gitar.. aku pun tak tau ntah datang hangin aper ntah.. nak jugak belajar.. keinginan tu dah lama.. gitar pun beli dah sangat-sangat lama.. tapi tulah.. dulu hangat-hangat taik ayam jer.. kali ni betul-betul punya.. bukan cobaan lagi.. serius betul-betul punyer nak belajar..

Sifoo dah ada.. GREAT..!!
tapi nak bergantung sangat kat sifoo ni memang payah laa.. Along aku ni beezee sikit.. mana dengan kerja dia lagi.. dengan karier muzik dia lagi.. so, banyaknya aku kena belajar sendiri.. yang basic-basic sifoo dah bagi.. prektis jer lahh.. rujuk mana-mana yang patut.. agak-agak dia free.. memang kena gegar la dengan aku..

Baru dua minggu aku pegang gitar.. bayangkan lah hancur tak hancurnya aku main.. lintang pukang jari-jemari aku ni nak menari-nari atas tali gitar tuh.. so.. siapa yang agak-agak nak sama-sama level dengan aku yang baru nak belajar main gitar ni jom aku nak share cara mudah aku belajar untuk permulaan aku yang tengah semangat giler nak belajar neh..

Pada aku, aku lebih mudah nak belajar main lagu Aku Suka Dia dari Ainan Tasneem.. aku rasa kord dia sangat-sangat simple.. jari-jemari pun tak terkengkang-kengkang sangat.. so, boleh la buat permulaan.. aku tunjuk kat korang satu persatu ek..

NOTE : Kord yang dia gunakan cuma..

D    A    Em    G

Kord   D


Kord   A


Kord   Em


Kord   G


        Ini jer kord die yang korang kena petik ulang-ulang.. sebelum tu korang kenalah prektis dulu.. kasi jari-jemari tu ligat sikit menari-nari atas tali gitar.. supaya lebih rileks dan mudah jari-jemari korang tu nak melompat dari satu kord ke kord yang lain..


Intro:    D     A     Em     G


D        A
Aku lihat dia di sana

Em
Aku ingin mendekatinya

G
Aku cuba mengampirinya

D
Lalu aku menyapa dia


D        A
Dia pun membuka bicara

Em
Dan aku mulai mengenalnya

G
Kita mulai bermain mata

D
Mula timbul rasa bahagia


Chorus :
D        A        Em
Bila dia, mendekati diriku,

G        D
Hatiku rasa sesuatu

D        A        Em
Bila dia, senyum pada diriku

G        D
Hatiku rasa tak menentu


D        A        Em     G


D        A
Kekadang hati ku bertanya

Em
Adakah dia dah berpunya

G
Kerana diriku berasa

D
Aku jatuh hati padanya


D        A
Aku ingin memilikinya

Em
Aku ingin menjaga dia

G
Aku ingin mencinta dia

D
Aku ingin hidup dengannya


Ulang Chorus:


D        A        Em
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya

G        D
Untuk meluahkan rasa

D        A        Em
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja

G        D
Menunggu cinta darinya


D        A        Em     G


Bridge :
D        A        Em
Ku terima satu nota..darimu..

G        D
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Back To Chorus


D        A        Em
Akhirnya kini, ku kan mampu ceria

G        D
Diriku sangat gembira

D        A        Em
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,

G        D
Menerima cinta darinya..

D        A        Em
Owh owh…

G        D
Aku suka dia…


Camner? agak-agak korang boleh paham tak? kalau agak kurang jelas.. korang request la yer.. kita sama-sama belajar.. mula-mula hujung jari tu memang pedih laa.. tapi bila dah dua minggu macam aku ni dia dah agak kematu sikit.. kebal jer rasa.. kena banyak sabar.. prektis dan prektis lagi.. insyaAllah.. untuk hiburan diri sendiri jer kot.. bukan nak jadi retis pun.. Ahakz..!!



17 December 2012

KELAKAR.. TAPI ADA BENARNYA..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel.. bolehlah sekadar untuk bacaan.. agak kelakar.. tapi sebenarnya ada kebenarannya jugak tau.. jom fikir-fikirkan..


KENAPA RAMAINYA PEREMPUAN YANG MASIH SINGLE..?!
Mungkin..

PERTAMA..
Lelaki yang dah cukup baik.. TAPI.. tak berapa nak hensem..

KEDUA..
Lelaki yang hensem.. TAPI.. tak berapa nak baik..

KETIGA..
Lelaki yang hensem dan baik.. TAPI.. err.. gay..?! adoii..

KEEMPAT..
Lelaki yang hensem.. baik.. straight.. TAPI.. dah pun berkahwin.. hmmmpphh..

KELIMA..
Lelaki yang tak berapa nak hensem.. sangat baik.. TAPI.. tak berduit..

KEENAM..
Lelaki yang tak berapa nak hensem.. berduit.. TAPI.. fikir yang kita cuma nak kikis duit dia jer..

KETUJUH..
Lelaki yang hensem.. tak berduit.. TAPI.. hanya nakkan duit kita..

KELAPAN..
Lelaki yang hensem.. straight.. dan tak berapa nak baik.. TAPI.. fikir kita tak cukup cantik..

KESEMBILAN..
Lelaki yang agak baik dan berduit.. straight..  fikir yang kita cantik.. TAPI.. pengecut..

KESEPULUH..
Lelaki yang hensem.. agak baik dan berduit.. Alhamdulillah straight.. TAPI.. pemalu yang teramat sangat.. tak berani nak mulakan langkah pertama..

KESEBELAS..
Lelaki yang tak berani nak mulakan langkah pertama.. secara automatik hilang minat pada kita bila kita yang mengambil inisiatif..

So, Amacam..?!
hahaa.. rasanya.. aku lebih prefer ikan kot.. lalalaa..

12 December 2012

UNTUK HAWA - “BUKAN SEMUA..”


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Aisehh.. lama sangat rasanya tak update blog dengan penulisan cerita-cerita.. maklum laa.. nak bukak internet jer pun dah malas.. terasa rindu pulak.. hahahaa..

okeylah.. ni nak story-story sikit.. cerita yang kadang-kadang aku lalui.. kadang-kadang jugak korang lalui.. tapi selalunya memang pasti akan lalui.. adatlah kata orang.. selagi kita hidup dikelilingi makhluk yang bernama MANUSIA..


*  *  *

          BUKAN SEMUA orang suka kita.. ya.. tak semua orang akan suka dengan kita.. ntah apa dosa kita kat diorang tuh.. kita pun tak tau.. kadang-kadang tertanya sendiri.. salah apa yang aku dah buat? Aku ada kacau hidup diorang ker? ambil duit diorang? ganggu kerja diorang? ..or usik laki diorang? Hmmm.. rasanya tak pulak.. aku berbelanja duit aku sendiri.. susah senang aku tak mintak pun duit diorang.. kacau hidup diorang pun tak pernah, jauh sekali usik laki diorang.. nak kata ganggu kerja diorang, aku buat kerja aku sendiri senyap-senyap jer kat tempat aku ni.. tak ganggu pun.. salah apa aku kat diorang ni? Ntah laa.. manusia ni macam-macam.. termasuk diri kita sendiri.. kadang-kadang kita tak tau apa yang mendatangkan kepuasan pada diri sendiri.. semua tak kena.. serba tak puas hati.. iya.. itu aku akui..

Dosa apa pun yang aku lakukan, aku rasa tak perlu kot diorang balas camtu.. buat aku terasa.. bukankah menyakiti hati orang itu berdosa.. iya.. aku tau.. ada orang yang cakap kat aku.. menyakiti hati orang itu berdosa.. berkata baiklah.. perkara-perkara yang menyenangkan hati orang.. malah mendapat pahala kalau kita mengembirakan hati orang.. buat orang tersenyum..

Aku tak tau salah aku.. nak tanya karang takut buat diorang terasa pulak.. ada tak puas hati apa-apa ke kat aku ni? Nak kata gaji aku besar.. rasanya besar lagi gaji diorang.. nak kata aku pakai kereta lagi mahal dari diorang, kereta aku kereta nasional jer pun.. yang diorang tu kereta import lagi.. jenama luar Negara.. so? Tak puas hati pasal apa ni sebenarnya? Aku tak rampas pun kawan baik diorang.. aku tak masuk pun dalam ‘click-click’ diorang.. tak jugak laga-lagakan diorang.. so.. so.. and so? awatnya..?! why.. why.. and why..? anyone?

Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah kot tak suka kat orang.. betul.. aku pun ada jugak orang yang aku tak suka.. tapi tak suka tu cuma perasaan.. perasaan yang akan datang dan pergi bila-bila masa jer.. perasaan tu sesuatu yang tak stabil.. bila tak stabil, aku rasa tak perlu kot nak taksub sangat dengan apa pun yang kita rasa.. so, buat macam biasalah.. selagi kita hidup kat muka bumi ni kita akan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang dan manusia-manusia.. lagilah dengan macam-macam pe’el dan kerenah.. selama mana kita nak simpan terus rasa tak puas hati camtu?

Apapun salah aku.. apapun dosa aku, aku minta maaf.. sejujurnya aku memang tak tau apa pun sebenarnya yang aku dah terbuat kat korang..







Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly