"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

30 July 2012

SEKUAT MANAKAH KITA..?!


Bismillahhirrohmannirrohim & 
Assalamualaikum wbt..


Sedang-sedang membuat kerja sambil-sambil mendengar ayat-ayat Al-Quran ni terfikir pulak pada sesuatu yang boleh aku ketengahkan dalam entry aku untuk hari ini..


Sekuat manakah kita?

Ya.. itu yang aku rasa aku nak ketengahkan untuk hari ini.. sekuat manakah kita sebenarnya.. bilamana kita melihat seseorang yang non-muslim duduk sambil membuat kerja tanpa rasa annoying dengan ayat-ayat Al-Quran yang asyik berkumandang kat komputer-komputer kita yang muslim ni? ..tu yang pasang ayat-ayat suci Al-Quran.. tak termasuk pulak belah petang karang.. tukar pasang nasyid pulak.. kadang-kadang zikir-zikir dan do’a.. diorang boleh buat biasa jer.. tak marah.. tak jugak suruh perlahankan.. kuatnya hati mereka-mereka ni untuk menghormati bulan Ramadhan kita.. sebab bukan selalu pun kita dok sibuk nak pasang mende-mende camni.. setahun tu cuma sebulan jer.. tu pun kadang-kadang..

Sebaliknya..

Hanya dia seorang yang non-muslim gunakan ringtone lagu sembahyang dia, hati kita dah membuak-buak marah.. bising.. bila setiap kali dia lambat pick-up fon bila ada yang call kat handset dia.. tak kuatkah kita dalam berhadapan dengan dia seorang yang hanya perdengarkan lagu sembahyang dia pada handset yang hanya berbunyi pada setiap kali ada panggilan masuk jer.. maknanya, jarang-jarang lah kita dengar pun.. tapi menyumpah tu macam dah kena rasuk jer.. kenapa mesti camtu? Kenapa nak marah sangat? Sedangkan dia sendiri tak pernah pun nak marah bila kita bising-bisingkan komputer kita ni dengan ayat-ayat Al-Quran.. zikir-zikir dan do’a-do’a?

Itukah islam yang kita cuba tunjukkan? Bukankah kita ni dok dalam masyarakat majmuk.. berbilang agama dan bangsa.. perlu lebih menghormati agama orang lain jugak.. islam pun tak mengajar kita untuk menyumpah agama orang lain.. sebaliknya menghormati kerana kita berpegang pada agama mengikut kepercayaan masing-masing.. begitu jugak bagi seorang yang non-muslim masuk islam.. mualaf la kiranya.. islam tak mengajar mereka untuk tidak perlu menghormati ibu bapa mereka walaupun sudah berlainan agama.. betul kan?

Renung-renungkanlah wahai teman-teman.. tak kuatkah kita berhadapan dengan situasi itu..? belajarlah bersabar sebagaimana mereka boleh bersabar selama sebulan ni.. janganlah marah-marah hanya kerana mereka taksub pada agama mereka..

Ingatan ini untuk aku juga.. please correct me if i'm wrong..

Wallahua’lam..

29 July 2012

SEPUCUK SURAT LAMA..



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Adoihh! Sakinya pinggang aku neh.. Kematu dah punggung ni.. Hahaa.. sedar tak sedar dah dekat 4 jam aku ngadap laptop depan mata ni.. manalah tak jadik camtu kan!? baik aku cabut plak yang dah hangat semacam ni.. kalau tak stop sekarang, mesti sambung lagi berjam-jam.. oh tidak!! tak nak.. dah azwa.. dah! cukup!! ... aishh.. lega!

Aku terleka pulak dok asyik download lagu-lagu kumpulan rappers lama yang dok bawak aku hanyut dalam dunia rappers suatu masa dulu.. oceehhh! Masa tu zaman awal-awal sekolah menengah lagi lah.. kumpulan 4U2C.. KRU.. Nico.. Feminin.. Elite.. Res’2.. Freshies.. M’Steen.. A to Z (erkk..?) Tu kumpulan rappers ker ek?! Hahaa.. dan sebagainya lah.. ntah kenapa tiba-tiba teringin sangat nak dengar balik lagu-lagu zaman kegemilangan hip hop suatu masa dulu.. so, cukuplah kotz buat masa ni.. dah tak larat nak tunggu and ngadap lama-lama laptop ni..

Aiks.. perut dah berkeroncong la pulak.. makan sat lah dah malam-malam camni lapar pulak..

*     *     *     *     *

Okey..
Nak dijadikan cerita.. dah malam-malam camni teringat pulak nak carik bekas spek aku yang dah ntah kemana aku letak ntah.. tulah.. dulu rasa macam beban jer spek ni dalam bekas nak masuk pulak dalam handbag.. leceh.. so, aku transferkan spek aku dalam uncang kain jer.. senang nak sumbat.. tapi bila dah bercampur dengan barang-barang lain dalam handbag ni, dah naik rosak pulak cermin dia.. nak tempah baru bukannya murah dik ooiii.. so.. dalam pencarian yang ntah tak tahu dimana endingnya, korek kotak sana korek kotak sini terjumpa pulak sepucuk surat lama.. jeng.. jeng.. jeng..

 ..sila abaikan dimana surat itu ditulis.. sebab ketika itu 'dia' memang berada disitu..

Huk alohh..!
Surat yang bertarikh 3 Disember 2002.. urmm.. umur aku masa tu baru 23 tahun.. dah sepuluh tahun lamanya surat tu aku simpan.. 7 muka surat penuh isi kandungannya.. mmm..

Pernah tak korang rasa sangat menyesal kerana pernah mengabaikan seseorang yang sangat-sangat sayangkan korang suatu masa dulu? Iye.. surat tu dari seseorang yang sangat-sangat sayangkan aku.. seorang kawan sebenarnya.. yang sangat perhatian dan perihatin pada aku.. bila baca balik, terusik jugak jiwa aku ni.. bukan apa.. dalam surat tu dia luahkan apa yang dia rasa terhadap apa yang aku pernah buat kat dia.. mmm.. * tiba-tiba macam speechless pulak!

"..Maafkan saya wak..
Saya manusia biasa.. zaman muda remaja saya juga saya lalui macam orang lain.. ada nakal dan jahatnya.. tapi.. saya tak pernah berniat nak mainkan perasaan awak dulu.. saya cuma.. cuma.. tak berdaya.. maafkan saya.. awak tau kan.. suatu waktu dulu, saya memang sayangkan awak.. awak terlalu baik pada saya.."

Rupanya, banyak lagi surat-surat dia yang aku tak berjaya bakar.. maklum.. dulu rasanya dah bakar sepenuhnya.. rupanya masih ada yang terselit.. bukan apa.. surat zaman budak-budak ni nak simpan rasa malu jer bila terbaca balik.. alah.. cinta monyet gayut-gayut.. hahaa.. Aku ada, Kau ada? Cewahh.. tu sebab baru jer semalam aku lepas tengok cerita tu.. boleh tahan jugak kisah cinta dia.. syiok sangat layan Shaheizy Sam ganding ngan Yana Samsudin.. sebelum tu aku layan 8 Jam.. pun pelakon yang sama.. ntah kenapa tiba-tiba rasa macam jatuh cinta pulak dengan pasangan ni.. uikss!! Lalalaa..

So, secebis pucuk-pucuk surat yang ada ni aku buat keputusan untuk simpan jer laa.. kadang-kadang bila baca balik pun syiok jugak.. bukan apa.. simpan sedikit kenangan zaman remaja yang kadang-kadang aku hampir terlupa tentangnya.. bila dah melalui hiruk pikuk zaman tua ni macam tulah.. terlupa yang kita pernah lalui kisah ini.. kisah itu.. yang penting, melalui zaman remaja tu kita kena bijak untuk memikirkan apa yang terbaik buat diri kita.. agar kita tak lalui kisah hidup yang penuh dengan penyesalan.. Alhamdulillah.. aku menjadi manusia.. yang masih memegang adat timur berlandaskan syariat islam sebaiknya.. InsyaAllah..

Yay!
Esok dah nak kerja.. tak puas pulak cuti rasanya.. oklah korang.. aku nak pilih baju ni... nak gosok untuk dipakai sok.. cukup dulu setakat ni ek!
Adioss..

28 July 2012

1st TIME TENGOK..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Seminggu sebelum puasa hari tu kitorang pakat lunch kat Hentian Kajang.. kedai makan Ayam Penyet A1.. macam biasa.. 1st time rasa ayam penyet yang lain dari ayam penyet macam kat Wong Solo tu.. nasi dia ada sup.. takde la kering sangat nak makan.. sedap.. boleh tahan jugak..

Macam biasa.. sambil makan tu kitorang borak-borak.. sambil-sambil jugak mata ni menjeling tengok TV.. kedai makan tu buka TV 9.. keluar cerita ni.. rupanya antara kitorang belum ada lagi yang pernah tengok cerita nie.. 1st time la kiranya.. memang lawak la.. syiok giler.. walaupun ianya tak berdialog.. tapi memang layan laa.. ni aku bagi kat korang try layan sama..


Canimal - Roket


Canimal - Mistake Can


Amacam? korang rasa menarik tak cerita ni? cute kan? hahahaa.. aku memang suka.. korang?

Menariknya watak-watak dia, diorang ni berkawan.. saling bantu-membantu.. tak boleh tengok kawan dalam kesusahan.. tapi tu kadang-kadang jer.. kadang-kadang pulak suka mendajal kawan.. suka jugak menyakat kawan.. pentingkan diri.. paling best diorang ni suka mengenakan kawan.. diorang ni nakal.. sangat-sangat nakal.. tapi bijak.. kadang-kadang tu bodoh jugak.. hahaa.. susah aku nak jelaskan.. tapi.. 'friendship means lot' la dalam cerita ni..

THUMBs Up..!



26 July 2012

PAKCIK CERITA APA NI..?


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Sebagai manusia, dah tentu-tentunya aku ni ada kelemahan.. mungkin itulah kelemahan aku bilamana aku memang tak boleh nak paham pakcik ni cakap apa..

Korang nak tau.. dialah satu-satunya orang yang dah banyak kali aku cuba untuk paham bila setiap kali berborak.. tapi tak jugak-jugak paham.. sudahnya, aku buat keputusan untuk tidak sangat melayan borak bila setiap kali pakcik ni berborak.. aku akan berlalu pergi sambil meninggalkan sedikit senyuman agar dia tak nampak sangat yang aku ni memang nak lari dari berborak dengan dia..

Pelik.. sebab orang disekeliling aku boleh melayan borak dengan dia.. aku?! melayan boleh.. tapi nak paham tu aku agak kureng sikit.. kalau buat muka bodoh, mau aku garu-garu kepala aku yang tak gatal ni.. betul-betul aku tak paham.. buat-buat paham lah selalunya pun.. ntah dia cakap apa pun aku tak tau..

Kadang-kadang semasa berborak tu dia berselang-seli dengan gelak tawa.. aku terfikir.. “kelakar ke? dia cakap apa yang sampai gelak-gelak? aku tak gelak pun..” aku hanya mampu melemparkan senyuman.. sebab aku tak paham.. berbisik sendiri lah selalunya.. “ooo.. mungkin pakcik ni sedang buat lawak.. tapi aku tak rasa ianya mencuit hati aku, jadinya aku tak mampu untuk gelak sama..” aku tak boleh masuk la borak dengan pakcik ni.. tak paham.. sungguh aku tak paham..

Pelik kan? Aku rasa aku sorang jer yang tak paham kot.. sebab aku tengok orang lain berborak dengan dia siap boleh gelak sama lagi.. kenapa aku tak boleh?

Mmmm.. mungkin itulah dia.. tak semua orang kat sekeliling kita ni sebenarnya kita boleh sekepala.. boleh untuk masuk borak sama.. boleh untuk gelak sama.. boleh untuk join buat sesuatu bersama.. sebab itu kadang-kadang, sesetengah perkara berlaku kat keliling kita.. ada masanya kita boleh nak layan sama.. ada masanya kita hanya pasang telinga dan dengar saja.. orang lain berebut memberikan reaksi berbeza-beza.. aku? aku memang tak boleh masuk la dengan dia ni.. masalahnya dia sorang jer pulak tu.. orang lain kenapa boleh jer.. aku ke yang tak betul kat sini? aku ke yang ‘wayar ada sedikit putus’ ni agaknya? ahhh.. yang pastinya.. aku memang tak boleh paham dengan kata-kata dia! Ya! dengan dia..

Hampehh..!!

AKUI KESALAHAN ITU..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Semalam, aku menerima panggilan dari seorang ‘adik’.. tak banyak yang dibicaranya.. hanya diam menjadi tajuk utama.. diamnya membawa maksud.. aku dapat rasakan beratnya hati sedang menanggung..

Akhirnya.. kata-kata disembur dengan linangan air mata.. bagai peluru yang tak berhenti.. dialog yang lancar tapi agak kurang jelas kerana berbicara sambil menangis..

Tak mengapalah.. yang penting segalanya diluahkan.. agar dapat melegakan..

Cewah.. dah macam tulis novel pulak.. cerita yang sayu, penyampaiannya juga kena sayu.. barulah feeling kata orang.. ahakz!


SALAH FAHAM..

Itu punca utama.. tapi kalau tak dirungkaikan.. salah faham yang sekecil zarah bisa menjadi sebesar gajah.. ayuhlah.. dengar kata sang kakak yang memberi nasihat ni.. tak salah menyayangi.. tapi harus lebih perihatin pada diri sendiri..

Hanya orang yang ada kasih sayang yang mampu memberi kasih sayang.. jadi, sebelum memberi kasih sayang pada orang.. haruslah ada kasih sayang dalam diri kita.. macam mana nak ada kasih sayang tu? Jawabnya kenalah sayangi diri sendiri dulu.. utamakan hati dan perasaan sendiri baru menyayangi orang lain.. kita kena sihat untuk jaga orang yang sakit.. kerana.. untuk menjaga orang yang sakit ni, kita kenalah ada kesihatan terlebih dahulu.. betul tak?

MEMINTA MAAF..

Belajar untuk meminta maaf walaupun kita tak tau punca salahnya dari siapa.. tidak meletakkan diri kita hina kalau kita meminta maaf pada orang.. buang ketepi ego dan malu tu.. buat sesuatu yang boleh menjernihkan balik hubungan persahabatan tu.. bicara dari hati ke hati.. cari punca masalah tu.. insyaAllah.. mesti akan lebih baik lepas ni..

Carilah punca masalah itu dengan memandang pada kelemahan diri terlebih dahulu sebelum menunding salah itu punca dari dia..

Aku dah kehabisan kata-kata.. kerana terlalu banyak berbicara.. degilnya tak sudah-sudah juga.. ntah diterima atau tidak, yang empunya diri perlu berkira.. kalau untuk kebaikkan, ikutlah.. kalau mendatangkan bebanan, ketepikanlah.. pucuk pangkalnya, membiarkan sesuatu masalah itu tanpa penyelesaian tidak akan menenangkan hati kita.. malah membebankan akal dan fikiran.. buatlah yang terbaik kalau benar masih sayangkan ‘teman’ itu..


“..Kita tidak akan mampu menyayangi manusia lain
selagi kita tak cuba belajar menyayangi diri sendiri
dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri
selagi belum menyayangi Allah..”

24 July 2012

SENANDUNG MALAM-MALAM..



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Malas..!!
Ok.. memang terasa malas sangat semenjak dua menjak neh.. maklum laa.. mana lagi nak fikir duit tengah takde ni.. woitt.. gaji nak masuk esok daa.. huhhh.. gaji masuk pun dah kena potong pulak.. bayar balik ntah haper ke bende ntah yang kerajaan mintak tu.. gaji sikit bulan neh.. hadoii.. stress.. stress..

Kenapa stress..?!

Hahaaa.. ni aku nak senaraikan.. banyak ni kat dalam kepala neh..

Satu.. Ocehhh..
Hari jumaat aritu.. tetiba tengahari tengah drive balik dari merewang tu kereta tetiba berasap.. fuuhhh.. baaaeekkk punya bau hangit tak hengatt.. kelam kabut la berhenti kereta kat tepi jalan tu.. terus bukak bonet.. takut jugak silap-silap meletup ker terbakar ke kan.. huishh.. jangan..

Kes yang tu kena dua ratus.. kaw-kaw cina Brothers tu paw.. takper laa.. takde rezeki kat situ..

Dua..
Anak-anak buah semua pakat lepak kat rumah tiap-tiap weekend.. aku ni pulak jenis pemurah sangat dengan anak-anak buah.. layan kerenah.. mak ngah nak itu.. mak ngah nak ini.. jom pergi makan mcd laa.. nak makan itu la ini laa.. dan baru-baru ni birthday anakbuah yang sulung.. hadiah! Hmmm.. pun tak kisah.. duit tu nak pergi kemana lagi kan.. hidup belum terikat dengan komitmen takde apa yang nak difikirkan sangat..

Tiga..
Duit raya.. baru hari ke-3 berpuasa anak-anak buah dah tuntut..

                “Mak Ngah.. kata nak bagi seringgit.. hari ni dah puasa penuh..”

                “Puasalah penuh dulu 30 hari.. Angah bagi 30 ringgit terus.. duit raya.. ok?!”

Wehh.. anakbuah ramai ni kena bajet-bajet sikit.. bukan sorang dua.. 6 orang.. memang rezeki diorang la.. tu belum masuk lagi sepupu-sepupu kecik aku.. erkk.. ramai..

Yang lain-lain pulak termasuk duit minyak kereta lagi.. bil telefon.. hutang.. kutu dan sebagainya.. mmm.. patut tak aku stress..?! sangat-sangat patut kan?! Hahahaaa..

Mmm.. tak baiknya merungut..

Ok ok.. aku tak merungut.. cuma.. mmm..
Alhamdulillah.. mesti ada hikmah disebalik perkara-perkara tersebut.. kan?

Seperti biasa.. tajuk kat atas tu memang takde kena-mengena dengan entry aku.. lalalaa.. jangan marah ok.. puasa-puasa ni kena banyak bersabar.. istighfar banyak-banyak.. berzikir ker.. dan kalau boleh stop mengumpat atau bercerita hal orang.. jangan buat aniaya kat orang.. jangan masam-masam muka.. dan rajinkan bersedekah.. kerana murahnya rezeki kita tu terletak pada sedekah kita.. InsyaAllah.. Ocehh..

Ooppss! cukup.. cukup.. istighfar banyak-banyak..
jangan lebih-lebih apa yang terdetik kat hati korang tuh.. berdosa tau.. haa.. psychic tak? psychic tak? Err.. aku membebel macam ustazah ker?! Rasanya ustazah takkan bebel macam tu kotz tak.. hee..

* Astaghfirullahhal’azimm.. aku pulak yang berburuk sangka kat korang ni.. maaf yer.. maaf.. ;))
Actually.. nasihat dan peringatan tu untuk diri sendiri.. saling mengingatkan sesama kita kan tak salah.. so, ingatkanlah yer kalau aku terleka..

Oklah korang.. stop sini dulu yer.. selamat menjalani ibadah puasa.. dan dikesempatan ni aku jugak nak mohon maaf kalau ada buat dosa kat korang.. pasal dosa-dosa korang kat aku, korang jangan risau laa.. dah lama aku maafkan.. aku bukan pendendam ok.. ;))

13 July 2012

ANTARA ANYER DAN JAKARTA..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Err.. tajuk kat atas tu tak ada kaitan langsung yer.. saja taruk.. ok.. jangan marah.. muka ada senyum..

Ada makluman besar nak bagitau kat korang.. sebenarnya.. saya dah bernikah.. ya.. dah bernikah dah.. bahasa islamiknya sudah di ijab kabulkan..

sorry.. tak boleh expose lebih-lebih ok..

iya.. cuti sekolah awal bulan jun aritu.. sangat-sangat baru sebenarnya.. tapi nikah gantung jer.. maklum my hasben tu study lagi kt obersi.. jarang-jarang sekali dapat balik.. sangat-sangat jarang jugak dapat berjumpa.. sedihkan?

Kenapa nikah gantung?

Ooo.. itu sebab.. sebenarnya penikahan tu rancangannya hujung tahun ni.. bak kata orang putih end of this year lah.. tapi nak buat camna.. kadang-kadang yang kita rancang tu belum tentu jadi selancarnya.. my hasben ni cakap, dia takut.. kalau tak dia yang berubah ati nanti.. takut saya pulak yang dikebas dek orang lain.. adoii.. halluuu cik abang.. saya ni setia tau..

Boleh jer pun nak tunggu sampai hujung tahun ni.. dia pun masa tu dah habih study.. tapi nak buat camna.. dah takut sangat.. perghh.. macam la saya ni cun sangat nak dikebas dek orang.. hahaa..

So, minta maaf bebanyak la sebab sembunyikn dari kengkawan semua.. bukan apa.. nanti majlis kenduri-kendaranya pasti akan dijemput semua InsyaAllah.. so, tunggu ya.. tak nak kecoh-kecoh.. sebab nanti mesti banyak spekulasi yang orang akan buat bila nikah gantung-gantung ni kan.. takut tak sedap didengar je..

Wahh.. gitew..

Banyaklah cantik muka aku nak cerita ala-ala fairy tale camni.. mimpilah! Beranganlah korang nak dengar cerita happy pasal aku macam tu.. Kalau tengok cerita bawang putih bawang merah ker.. batu belah batu bertangkup ker boleh la.. hahaa..

Penat tau nak jawab kalau orang asik tanya bila nak kawen.. tak sepenat lelahnya berlari 5 round kat taman tasik cempaka tuh.. keluar jugak peluh.. ini? Habuk pun tarak.. hampeh jer dapat.. sepatutnya awak dah sedia maklum.. yang jodoh pertemuan.. ajal dan rezeki tu kat tangan Allah.. aku sendiri pun rilek jer walaupun tak berapa nak rilek.. yang awak tu pulak menggelabah semacam apasal?

Hah.. apasal? apasal?

12 July 2012

TUDUNG BAWAL vs. SHAWL..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Kebelakangan ni aku selalu di bising-bisingkan dek kawan-kawan yang kaum lelaki ni sangat suka pada perempuan yang pakai tudung bawal dari yang pakai shawl tu.. benarkah.. tak pulak aku cuba tanyakan pada lelaki-lelaki lain.. rasanya macam nak kena juga buat survey.. sebab kat ofis aku ni cuma sorang jer budak lelaki yang suka dan selalu puji-puji aku kalau aku pakai tudung bawal.. kalau pakai shawl tu mulalah dia mencebik.. balik-balik yang akan keluar kat mulut dia.. ‘apasal pakai tudung camni.. tak lawa laa.. eishh.. lilit-lilit.. pakai la tudung biasa tu..’ atau.. ‘laa.. jangan la pakai tudung macam ni.. tak suka la tengok..’ adoihh.. cammana nak buat tu.. sebab kita ni kadang-kadang nak pakai tu ikut selesa.. lagipun kadang-kadang pakai shawl tu pun boleh nampak simple dan mudah.. ntah laa..

Semalam, sekali lagi aku dibisingkan.. kata seorang member neh.. dua orang lelaki sangat suka tengok dia pakai tudung bawal.. siap puji-puji lagi.. dan paling tak suka tengok dia pakai shawl.. jugak?! Huhh..  salah seorang dari yang dua orang itu adalah lelaki yang sama suka puji aku pakai bawal.. maknanya ada dua orang lelaki yang suka tengok perempuan pakai tudung bawal dari shawl.. tu belum cukup lagi tu.. kena survey lagi.. cari lagi berapa banyak lelaki yang sebenarnya suka perempuan pakai tudung bawal dari shawl..

Semalam jugak, tiba-tiba..
Sedang aku asyik melayari internet.. aku terbaca satu blog seorang penulis lelaki yang juga ada menyebut tentang perkara tersebut.. statement yang telah diberikan berbunyi camni..

“ Tudung bawal adalah comel,
perempuan pakai tudung bawal relatifnya lebih kemas dan comel dari shawl, walaupun ramai perempuan cuba justify yang shawl tu lebih comel, tapi bagi lelaki tengok tudung bawal lagi comel..”


So, apa pendapat korang?

Memang hakikat kita sebagai perempuan sendiri merasakan yang pakai shawl tu nampak comel.. cantik.. kemas dan teratur jer.. tapi benarkah itu? Pada mata kita sendiri kalau tengok perempuan lain pakai shawl pun kita selalu cakap.. ‘lawanya budak tu.. cantik dia pakai shawl camtu..” dan kadang-kadang kita cakap.. ‘cammana budak tu pakai tudung camtu ek.. nampak comel jer.. teringin nak pakai jugak.. tapi tak pandai nak lilit-lilit..’

Sah-sah lah pandangan mata lelaki dan perempuan tu lain.. perasaan dan pendapat pun confirm lain.. sebab yang memakai tudung ni perempuan.. tahu cammana rasanya memakai tudung hari-hari.. kadang-kadang terasa nak ubah ikut peredaran fesyen.. keselesaan.. kelainan.. tapi pada mata lelaki-lelaki ni mungkin pandangan mereka nampak perempuan akan lebih kemas.. comel.. dan tak sesak mata memandang bila pakai tudung bawal.. ntah laa.. survey akan tetap aku jalankan.. sebab aku nak tau.. kalau korang ada cerita tentang isu ni, jom share dengan aku kat komen bawah ni.. kita survey sama-sama.. mana tau, lepas ni kot asyik bertudung bawal jer boleh dapat some guy yang always can be by my side.. hahaa.. poyo jer kan.. biasalah tu.. ayat orang single..

Dimanakah terletakknya kehebatan laksamana Hang Tuah?!

Woi.. woi.. kau dah melalut sangat dah tu..
ehehh.. aiseeyyy..

Dimanakah terletaknya kecomelanku..?! 

..disinikah..
atau.. 

..dikerisnya kah..?! ehh.. ;P

09 July 2012

LIRIK ANAK KAMPUNG..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Rata-rata korang dah tau famous dengan mendadaknya lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat tu kan..? Lirik dia pun simple jer sampai majoriti dah boleh nyanyi pejam mata sambil petik jari jer.. budak-budak kecik pun dah jadi siulan dengan lagu neh apatah lagi budak-budak kat pejabat nie.. siap buat ringtone bagai.. fuhh..

Nak dijadikan satu cerita.. lagu tu telah disambut mesra oleh si gadis comel lote yang gedik lagi vogue gitu.. dengan rasa dan perasaan yang teramat perasan.. si gadis yang gedik lagi vogue yang dikenali dengan nama JIMAH PELEKAT tu dah sahut lagu tu baaaaeeekkk punya.. Jom kita tengok dan intai-intai sikit..


Anak Kampung
by
JIMAH PELEKAT

..inilah Kak Jimah Pelekat yang vogue tu.. comei kan..?! ;P


Memang kamu ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat kau berikan
Aku memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Kamu anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik aku ini banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada kereta kau bawa ku jalan-jalan
Rumah kau pun tiada ada pun bapak punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama aku

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup ku kan sengsara
Kalau kamu cinta
Lepaskanlah aku sama
Orang lain

Aku masih muda cantik lagi menawan
Takkanlah ku cari lelaki macam kamu
Aku memang cantik
Nanti ku menyesal tiada guna



06 July 2012

WP1.. APA TU..?!


Bismillahhirrohmannirrohim & 
Assalamualaikum wbt..


Hadoiii.. memang tak pasal-pasal la ni.. sejak masuk kerja ikut WP1 atas self chosen.. hahaa.. ngantuk jer tak pasal-pasal.. sampai ofis subuh-subuh bagak tuh.. gelap lagi.. dah macam kerja malam jer lagaknya.. tapi syiok jugak.. redup sunyi sepi lagi menenangkan jer suasana bila gerak ofis awal-awal pagi camtu.. tapi memang nak kena set balik lah perjalanan hidup neh.. pergghhh.. macam kacau bilau sungguh jer bunyiknya.. hahaa.. dah macam orang baru balik dari obersi pulak nak setting-setting bagai.. uikss.. hamboiii..!

Pagi-pagi gelap lagi dah sampai ofis.. sejuk.. sangat-sangat bestlah sebenarnya.. dapat elak jem.. err.. kesesakan lalulintas laa.. hee.. pastu yang paling syiok sangat-sangat syiok tu dapat balik awal.. laaagiii la best.. banyak benda boleh buat petang-petang camtu.. tapi aktiviti aku setakat ni.. err.. hee.. ehehhh.. tidur.. err.. tak elok sebenarnya kata orang tidur petang-petang nak maghrib camtu.. tapi tulah.. itulah yang nak kena setting balik tuh.. sebab dah lari dari kebiasaan.. agak cepat penat dan mengantuk sikit.. urmm.. buruknya lahai perangai.. huhh..

Okeh.. korang tak payah nak buat muka sangat ok.. korang pun tak kurang hebat jugak la kan.. sama jer 2x5 kotz.. hahaa.. okeh okeh.. kita serupa.. tapi tetap tak sama..

Agak-agak.. perlu tak nak training bowling tengahari ni? Rasanya macam dah cukup hebat kotz.. walaupun tak berapa nak reti main.. setakat baling tu alahh.. kacang rebus jer.. petik jari lah.. kompom lenguh la nak tunggu sampai kacang tu siap direbus.. hempuk lagi.. hahaa.. ngarut dah ni.. ok.. aku dah tahap spiderman ngantuk tahan tiang dah ni.. balik laa.. boleh gak tidur.. err.. yang pasti dapat makan mak masak.. lalalaa..

Korang yang pergi training tengahari ni.. chaiyok.. chaiyok yer.. semoga mendapat kemenangan untuk rumah kuning kita ahad ni.. InsyaAllah..

Walaumacammanapun.. ehh.. memang cantum camni ker perkataan dia kalau nak eja ‘walaumacammanapun’? *tiba-tiba kompius.. mmm okeh takper.. Cuma nak bagi kata-kata semangat jer kat korang.. menang kalah tu adat.. so, kalau ditakdirkan kita kalah.. dah memang tertulis kita kalah.. redha jer lah.. yang penting semangat kita untuk berjuang.. tapi camner pun aku do'akan kita menang.. insyaAllah..

GO KUNING..!!

03 July 2012

DI PASIR BOGAK..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..

Pangkor Village..













Snorkling..







Team Bola Sepak & Bola Tampar..


Malam BBQ dan Pertandingan Karok..





Juara Karok.. Tahniah..!!





Friendly Match..

..with Pejabat Daerah Manjung..







whooppss..! tak pakai jersi lahh.. hahaa..

..hooreeyyy..!! menang sudahhh..

Alhamdulillah.. terbaaeeekkklaahhh..


Ok ok.. korang tak payah nak riak sangat ok.. menang tu pun sebab diorang tak terrer jer.. hahahaa.. Err.. team bola sepak tak payah upload lah yer.. kalah pun kan.. huuuu.. buat malu jer.. ahakzz..!!

02 July 2012

UNTUK KAMU..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Bila bercerita tentang hati dan perasaan.. teringat sangat-sangat kat awak.. diri awak terlalu penuh dengan kasih sayang.. tapi sayangnya awak gagal untuk mengawal perasaan itu.. sayang itu cukup murni di setiap hati kita.. lebih indah kalau kita bisa menjaganya sebaik mungkin..

Pernah tak sedar yang hanya dengan mengenali perasaan sayang itu kita akan kenal dengan seribu macam perasaan yang lain? Lebih-lebih lagi perasaan yang negatif.. Mengenali perasaan sayang tu mampu buat kita kenal dengan erti cemburu.. paham erti marah.. terlalu mudah untuk merasa sakit hati.. adakalanya cepat merasa sunyi.. keseorangan.. kadang-kadang rasa seperti tidak dipedulikan..

Sebenarnya tidak..

Perasaan negatif yang kita rasakan itu sebenarnya lahir dari perasaan sayang yang wujud dalam hati kita ni.. Berjaya mengawalnya, pasti perasaan negatif yang lain tu bisa kita hadapi sebaik mungkin.. tanpa kita sedar.. ia mampu meruntuhkan rasa kasih dan sayang serta kepercayaan sesama kita.. kawallah perasaan sayang tu.. jagalah ia sebaiknya..

Yakin dengan rasa sayang tu dapat memberi kepercayaan untuk dia terus berasa selesa dengan kita.. jangan diasakkan dengan rasa cemburu.. rasa marah.. rasa sakit hati dengan segala apa pun yang dia lakukan.. berikan ruang.. belajar untuk terima seadaanya.. insyaAllah.. hubungan itu pasti akan sentiasa baik.. bukan mudah untuk mendapat seseorang yang kita sayang yang juga menyayangi kita.. jarang sekali.. tapi bertuahnya kita memperolehinya.. jagalah perasaan sayang pada dia selagi dia mampu untuk menyayangi kita.. kerana kemampuan kita untuk menyayangi dia, hanya kita yang tahu.. tapi kemampuan dia untuk menyayangi kita tidak terjangka.. jangan sedih sekiranya suatu hari nanti dia tidak lagi menyayangi kita.. kerana itu mungkin berpunca dari kesalahan kita menyayanginya..

Awak memang seorang yang penyayang.. walau kasar diluaran.. tapi terlalu lemah dalam berkasih sayang.. memang iya.. kita sering gagal mengawal perasaan negatif itu.. tapi kita pasti mampu mencuba sebaik mungkin.. bukan saja untuk kita.. tapi juga untuk dia.. memang adakalanya kita kecewa.. sedih.. tapi biar kita kecewa dan sedih kerana sayangkan dia dari kecewa dan sedih kerana perasaan negatif kita terhadap dia.. Kecewa dan sedih itu cuma perasaan yang akan pergi bila sampai masanya..

Belajarlah terima perasaan sayang itu tanpa undangan perasaan negatif yang lain.. cukup sekadarnya.. jangan berlebih-lebih.. kerana keterlaluan itu membawa derita..

Tiada yang lebih baik sebaik kamu menyayanginya dari kamu menyakitinya.. dan kata-kata ini untuk kamu.. hanya untuk kamu..



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly