"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

27 September 2012

JALAN TERBAIK UNTUK MELUPAKAN..



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


‘..sesuatu yang ingin kita lupakan adalah sesuatu yang sering kita ingati..’


Itu status FB aku untuk pagi ni..
Ntah laa.. bila difikirkan balik, memang itulah kenyataannya.. sesuatu yang kita nak lupakan itulah sebenarnya sesuatu yang sering kita ingati.. semakin kita asyik fikir untuk cuba melupakan, tanpa kita sedar yang kita sedang memikirkan tentang itu.. semakin kita usaha untuk lupakan, semakin terpahat kat dalam hati ni.. so, bila masanya kita benar-benar dapat melupakan sesuatu perkara tu?

Nak melupakan sesuatu perkara tu sebenarnya memerlukan minda yang kuat untuk tidak memikirkan tentang keinginan untuk melupakan perkara itu.. membiarkan sahaja sesuatu perkara tu akan secara tanpa sedar membuatkan kita tidak memikirkannya dan secara tak langsung, kita akan terlupa tentang itu.. kata orang itu, redha.. meredhakan sesuatu perkara tu akan perlahan-lahan membuatkan kita terlupa.. tidak mengingatinya..

Banyak perkara yang ingin kita lupakan tu sebenarnya tak memerlukan cara pun untuk kita lupakan.. biarkan saja.. jangan fikir.. buat macam biasa.. insyaAllah.. kita tak akan terbeban dengan ingatan itu.. perlahan-lahan juga tanpa kita sedar, kita tak lagi memikirkannya.. percayalah.. try buat ok?!


24 September 2012

SOMETHIN’ ‘BOUT U..



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


                “Ada sesuatu yang unik pada akak..” tiba-tiba satu suara memecah kesunyian lamunanku pagi itu..

                “Hahh..? sesuatu..?” tanyaku pelik lagi hairan.. macam ada dalam lirik lagu elite pulak.. “maksud apa tu..?” sambung ku..

                “..sesuatu yang buat kita mudah mesra dengan akak..” dia memintas..

                “Okeyy..” aku memandang tepat kemukanya.. dahi ku kerut.. “..detail please..” sambungku..

                “..sesuatu yang unik tentang akak itu ‘awak’..” jawabnya selamba..

                “Okey..” aku mengangguk.. “..me?! maksud awak, akak?!” aku bertanya meminta kepastian..

                “No! not you.. I mean.. not exactly you.. but.. it’s ‘awak’ actually..” katanya teragak-agak..

                “..akak tak paham.. awak cakap apa ni..?! aku berkerut hairan.. “sesuatu tentang akak is akak ker? Itu maksud awak?” sambungku lagi..

                “tak.. bukan.. macam ni.. sesuatu yang unik tentang akak tu ‘awak’..” jelasnya.. “..penggunaan bahasa ganti diri awak yang akak selalu gunakan bila setiap kali berborak dengan orang.. tu maksud kita..” jelasnya lagi..

                “Oooo..” aku mengangguk perlahan.. “Okey.. apa yang uniknya dengan ‘awak’ tu?” aku semakin berminat untuk tahu..

                “.. selalunya, sama ada dia lebih tua ataupun muda.. penggunaan bahasa ganti diri tu orang biasa gunakan ‘kau’.. tapi akak tak.. akak guna ‘awak’.. sesuatu yang membuatkan kita rasa lebih selesa bila dekat, berborak, bercerita dengan akak.. secara tak langsung meletakkan gap antara akak dengan kita tu sesuatu yang sangat dihormati.. macam adik-adik..” terangnya..

                “Oooo.. itu ker..” aku menghembus nafas lega.. “ingatkan apa la tadi..” aku tersenyum..

Memang dari kecik aku tak pernah guna bahasa ganti diri ‘aku’ bila berborak dengan sesiapa pun apatah lagi ber ‘kau-kau’.. ‘aku’ hanya aku gunakan dalam penulisan aku.. penceritaan bertulis.. atau pun bercerita tentang sesuatu.. tidak pernah ber’aku-aku’ dengan sesiapa.. pada aku, ganti bahasa diri ‘aku’ tu agak kasar kalau diluahkan dengan sebutan.. dan ‘kau’ pulak aku hanya biasa gunakan dengan adik kandung aku jer.. abang pun aku tidak ber’kau-kau’.. Cuma dengan adik.. ntah laa.. dah terbiasa kot..

                “..dik.. ko busy tak? Tolong angah jap boleh tak?”

                “..dik.. alang-alang ko kedapur tu, ko tolong ambilkan angah air sekali boleh? ..tercekik laa..”

Pernah sekali seorang kawan baik, perempuan jugak.. dah memang kebiasaan aku ber’saya’ ‘awak’ dengan sesiapa pun yang sebaya dengan aku.. mahupun yang tua.. kecuali yang berpangkat adik jer aku bahasakan diri aku ‘akak’.. nak dijadikan satu cerita.. masa tengah dok keluar jenjalan dengan dia.. ada sorang kawan lelaki call.. tanya kat mana.. disebabkan aku tak tau kat mana kawan aku ni dah bawak aku, aku tanya dia..

                “..awak.. kita kat mana ni ek?”

Terus kawan lelaki aku yang call tu nyampuk.. “awak keluar dengan pakwe ker?”

..aku jawab, “takderlah.. dengan kawan.. perempuan.. sejak bila pulak saya ni ada pakwe..”

“..dah tu.. awak panggil dia ‘awak’.. kenapa..?” tanya dia pelik..

“laa.. saya dengan awak pun saya ber’awak’ jugak.. apa yang peliknya..” jawabku selamba..

“..saya lelaki.. tak kan dengan perempuan pun awak ber’awak’ jugak.. pelik jer.. macam bercinta pulak..” katanya..

Huhh.. apa yang peliknya.. dah memang aku kalau bercakap, sangat-sangat selesa dengan ‘saya’ ‘awak’ kecuali dengan yang pangkat kakak aku selesa ‘saya’ ‘akak’ dan kalau yang pangkat adik aku sangat-sangat selesa dengan ‘akak’ ‘awak’ jer.. rasanya orang yang cukup kenal dengan aku, biasa kotz.. tapi orang yang jarang dengan aku mungkin pelik la kotz.. ntah laa.. pada aku.. itu la kebiasaan aku.. takde yang peliknya.. Cuma mungkin juga.. setengah orang yang tak biasa.. akan rasa begitu..

Aku cuma selesa dengan apa yang aku selesa dengannya.. maksud aku, aku cuma selesa dengan apa yang selesa buat aku.. sebab punca-punca kita boleh lebih selesa dengan orang lain adalah bila kita sangat-sangat selesa dengan diri kita yang selesa berborak dengan orang itu..

* ;)) senyum..

“..paham ker?”

Hahaa..

10 September 2012

AIRMATA HATI..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


01:37 pagi..

Mata dah terlalu berat.. tapi aku tak ngantuk lagi..
Payahnya punya penyakit sukar nak tidur malam ni..
Mata tertumpu pada telefon..
Searching lagu-lagu nasyid untuk ketenangan jiwa..
Agar diri mudah dibuai mimpi.. kononnya..

Tertarik dengan satu tajuk lagu.. aku terus perdengarkan..
Tanpa aku sedar.. airmata laju mengalir..
Ya Allah.. sebaknya dada..

Satu persatu lirik aku hayati..
SubhanAllah..

ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


Sungguh.. aku tak dapat bayangkan kesyahduan bait-bait lirik lagu itu.. dengan alunan melodi yang sangat-sangat menyentuh hati.. aku bermohon Ya Allah.. agar istikharah cinta itu menjadi istikharah cintaku..


"..Ya Allah..
tetapkanlah pilihan sebagai teman..
teguhkan satu nama teman setia.. 
pemenuh separuh nafas hidup..
dalam mahabbah rinduku..
 kekal abadi hingga akhirnya.."


Wallahua’lam..

05 September 2012

REMEMBER THE ORIGINS..


Bismillahhirrohannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Perghh.. tajuk kat atas tu macam gempak jer kan.. hahaa.. walhal makna dia INGAT ASAL USUL jer pun.. tapi sebab dalam English.. so, agak macam tajuk cerita X-Men la pulak.. hahaa.. poyo betul laa.. ahakz!

Okeh.. tetiba jer pasal asal usul ni jadi isu untuk aku arini.. sebab apa? haa.. sebab tetiba seorang Ustaz - kawan lama aku PM kat FB aku kecek Bengkulu.. (ok.. kecek tu macam orang Kelantan jugak.. makna dia ‘cakap’..) korang tau Bengkulu tu apa? Bengkulu tu Bangsa sebenarnya.. macam bangsa Melayu.. Cina.. India.. Jawa.. Bugis.. Minang dan sebagainyalah.. dan seperti yang kita tau.. bangsa tu selalunya terkenal dengan bahasanya tersendiri.. betul tak?! So, bangsa Bengkulu ni  ada dua suku sakat.. Bengkulu Bulang dan Bengkulu Serawai.. cehh.. macam dah bukak buku sejarah pulak dah.. ini pun aku baru jer tau yang Bengkulu ni ada Bengkulu serawai n Bengkulu bulang.. ingatkan Bengkulu tu Bengkulu.. dan serawai tu serawai.. thanks to Ustaz sebab bagitau.. tak pernah pulak nak tanya sejarahnya serawai tu kat abah.. hahaa..

Aku sebenarnya takder la tau sangat pasal asal usul bangsa Bengkulu ni.. sebab aku ni dah kategori Bengkulu moden.. cehh.. bukan Bengkulu moden ni.. ni Bengkulu tak sedar diri namanya.. hahaa.. tak berapa nak reti sangat cakap Bengkulu.. tapi kalau dengar memang sangat-sangat paham laa.. dah itu jer bahasa rutin parents aku kat rumah.. cuma.. mak bengkulu bulang.. n abah pulak campur bulang ngan serawai.. bahasa dia agak sangat-sangat lain.. but mostly my abah akan cakap Bengkulu bulang sebab mak aku tak paham sangat cakap serawai tu..

So, kawan lama aku ni dok cakap Bengkulu serawai dengan aku.. aku takde la tau sangat.. tapi sebab selalu-selalu jugak abah aku tu cakap serawai n beza-bezakan makna dia dengan bahasa bulang ni.. siap bagitau makna dia lagi kat kitorang adik beradik.. so, boleh la tau sikit-sikit.. selebihnya kitorang memang lebih pada bahasa Bengkulu bulang.. rupanya, kawan aku tu pulak yang tak berapa nak reti cakap Bengkulu bulang.. hahaa.. kata dia.. tak apa.. yang penting kita ingat asal usul kita.. occehhh..

Ya.. aku ingat asal usul aku..
Orang Melayu ker..? ntah..
Yang penting.. BUKAN orang ASAL..

Err.. 
Bengkulu aku bukan disini.. tapi di HULU SELANGOR..

03 September 2012

KAMU TAKKAN PERNAH TAHU..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
KAMU tak akan tahu..
dan kamu tak akan pernah tahu..
betapa sakitnya hati perempuan itu..
kamu juga tak tahu..
bagaimana sukarnya perasaan perempuan itu..
kamu tak akan pernah tahu..

apa yang kamu tahu..
perempuan itu bahagia saat bersama kamu..
saat kamu sentiasa berada disamping..
itu yang kamu tahu.. hanya itu..

hati perempuan itu sakit..
sakit yang tak terhingga..
dan kamu tak pernah tahu..
malah kamu tak akan pernah tahu..

kamu tak pernah tahu..
bagaimana perasaan perempuan itu..
perasaan yang tersimpan untuk kamu..
yang kamu anggap seperti tidak tahu..

sakitnya hati perempuan itu..
menanggung sesuatu yang tak tertanggung..
untuk kamu yang tak pernah tahu..
perempuan itu.. sangat menyayangi kamu..

sukarnya meluahkan perasaan..
 tatkala hati perempuan itu meronta-ronta..
 agar kamu sedar dan tahu..
sayangnya.. kamu tak pernah tahu..
malah.. kamu tak akan pernah tahu..



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly