"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

29 October 2012

SANGAT-SANGAT BIZI..



Bismillahhirrohmannirrohimm &
Assalamualaikum wbt..


Whooaaa.. lamanya tak update blog.. serius sangat-sangat bizi dan takde kesempatan langsung nak mengadap blog ni..

Kerja sangat-sangatlah betimbun.. sangat-sangat.. terlalu lama hold kerja-kerja yang sedia ada.. minggu ni baru clear sikit.. Alhamdulillah.. yang penting, takde yang unfinished.. segalanya berjalan lancar dan baik.. sempurna lagi mengagumkan.. huk alohhh.. puji diri sendiri jer..

Mmmm.. dah lama sangat dah ni ofis takde ekon.. panas.. berpeluh.. badan mula la tak sedap-sedap jer.. kepala sakit.. camne nak buat kerja ni.. karang banyak pulak yang salah bagai.. mmm.. ni nak kena saman nih.. keadaan ofis yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan.. hahahaa.. hebat sangat ker sampai nak saman-saman ni.. cehhh..!!

Kickapoo..
Kena sebotol pun sedap gak.. buang gas dulu.. hahahaa.. kalau dapat yang sejuk punya lagi beshhh.. hadoiii.. sambil-sambil makan twisties.. urrmmm.. perisa ayam laa.. yang kaler hijau punya.. teringin pulak.. err.. kenapa menu aku ni semua yang kaler kuning hijau jer neh?
  
Jeng jeng jeng..
Ade pape ker..?!
Ehh.. tak boleh biarkan diri diselubungi misteri neh..
Nak dapat orang kedah ker.. ker.. orang yang favorite kaler hijau nehh..?!
Aisehhh..
Aku tak berapa nak suka kaler hijau.. tapi.. sedar tak sedar.. gambar-gambar kat blog aku pun banyak hijau jer ni.. uikss..!

       " Cantik la hijau tu sebenarnya.. "

       " ..iyer.. Unggu lagi cantik.. huuuu.. "

02 October 2012

SELAMAT BERTUNANG CHEK..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Tajuk kat atas tu ucapan khas buat My Ex-Lil'Sis - Suriati Mohd Daud atau nick dalam FB dia TiraMie'Sue.. tu pun kalau dia kekal lah dengan nick tu.. maklum.. nama aku dah lama di BLOCK list kan.. ahhh..! kisah lama.. tak payah nak sibuk-sibuklah ok.. huhhh.. yang penting status berkawan tu tetap ada.. hahaa.. GOOD actually.. aku nak kawan dengan semua orang.. tak kisah la siapa-siapa pun.. termasuklah yang khianati aku dan yang aku khianati jugak.. wahh.. macam jahat jer bunyiknya.. adoiii.. tapi ada jugak yang aku tetap tak boleh nak kawan.. ;( agak sedih disitu..

Exclusive..
Ni aku nak tayang sikit lah gambar dia bertunang.. tapi mintak maaflah yer.. memang aku mintak gambar dia sorang jer... gambar tunang dia aku dah reject awal-awal.. hahahaa.. pun kisah lama.. abaikan jer.. tak penting pun kat sini..

Sebelum aku secara exclusive nya tayangkan gambar dia buat tatapan korang kat sini, aku nak bagi ucapan sikit kat dia.. so, korang.. ketepi sikit ehh.. bagi laluan jap.. ;P

"..chek.. selamat bertunang.. dah sedia nak jadi isteri orang ker? jangan malas-malas ok.." ;))

Err.. itu jer lah kotz.. kang ucap lebih-lebih kang takut tangkap syahdu pulak.. sedihh.. maklum.. semua orang dah langkah bendul.. aku jer ntah bila pulak nak langkah bendul orang.. tak akan kotz.. takde bendul dah nak dilangkah.. hahaa.. tak per.. tak per.. sabar.. sabar.. ada tu kat luar sana tu yang baik untuk aku..

"..dalam banyak-banyak bintang dilangit.. mesti ada satu untuk aku.."

Itu sudah pasti.. cuma yang tak pastinya.. yang mana satukah bintang aku? hahh..?! siapa nak jawab tuh? ..alah korang.. tak payah jawab laa.. jawapannya dah ada.. cuma tak terungkai jer lagi.. wait and see..

Seperti yang dijanjikan.. nah.. korang tengok jer laa.. ;P


"..tapi chek.. kenapa awak nampak kurus ehh? bukan hari tu cakap kat akak awak dah DEMOK ker..? ..tiii..puuu ekk.. anyway.. thanks ek bagi gambar kat akak.. sangat comel actually.." ;))

*  Err.. tak payah nak kembang sangat lah hidung tuh.. ;P baru puji sikit..

01 October 2012

MENJADI LEBIH BAIK..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Sungguh aku tak tau apa yang mahu dibicarakan untuk entry kali ni.. otak aku sesak.. jiwa aku bercelaru.. kosong.. ntah apa yang aku fikirkan.. aku jadi confuse.. confuse dengan keadaan sekelilingku.. confuse dengan apa yang aku rasakan.. confuse dengan segala-galanya..

Astaghfirullahh hal azimm..

Benar.. jiwa ini sedang cuba untuk mencari ketenangan.. ntah ketenangan yang macam mana aku sendiri tak pasti.. kata orang.. kembalilah pada pencipta.. insyaAllah.. jiwa kan tenang kembali.. iya… aku terlampau memikirkan hal orang lain.. tanpa sedar hati aku sendiri dihanyut kecelaruan.. aku confuse bukan kerana masalah aku.. tapi masalah yang melanda mereka-mereka disekelilingku.. bagaimana harus aku suarakan.. aku hilang punca.. haruskah aku membiarkan mereka? Ya.. mereka bukan lagi budak-budak kecil yang perlu diingatkan berhari-hari..

Aku manusia biasa.. belum kuat iman dihati.. belum cukup ilmu didada.. aku cuma manusia yang hanya mampu berfikir, baik buruknya sesuatu perkara.. yang selalu sedar, hidup ini hanya sementara.. yang tak akan lari kemana walau jauh mana sekalipun kita berlari..

“JANGAN menangkan mata, andai dapat melihat sesuatu tanpa mendengar dengan telinga.. JANGAN menangkan telinga, andai dapat mendengar sesuatu tanpa melihatnya dengan mata..”

 Ya.. satu ungkapan yang terlalu biasa.. sangat-sangat biasa.. mampukah kita menyedari tentang kebenarannya ungkapan itu? Kerana kita selalu terleka.. terbuai dengan kepercayaan pada apa yang nampak jelas dimata tanpa mendengar kebenarannya.. terlalu mudah percayakan kata-kata tanpa melihatnya dengan mata kepala.. mudah percaya pada sesuatu yang tiada kepastian.. ya.. memang ada manusia yang jenisnya suka melagakan orang.. tidak tahu kebenaran, hanya mendengar.. tapi menyampaikan seolah-olah kebenaran dalam genggaman.. yang menjadi mangsa, orang itu.. orang yang tidak tahu apa-apa.. kenpa itu terjadi?

Janganlah terlalu cepat memutuskan hak seseorang.. jangan terlalu berburuk sangka.. jangan pula terus menjatuhkan hukuman.. kita tak tahu kebenaran sehingga kita sendiri menyaksikan dengan mata dan mendengarnya dengan telinga kita.. bukan dari penyampaian orang.. kita juga tidak berhak menghukum orang hanya kerana kesalahan lampau mereka.. setiap orang berubah menjadi lebih baik adalah dari kesalahan lampau yang telah mereka kesali.. kadang-kadang perubahan yang jauh lebih baik dari diri kita sendiri..

Untuk menjadi lebih baik.. berpandangan baiklah pada orang lain.. tapi jangan sehingga kita tidak langsung menyedari niat buruk orang terhadap kita.. sentiasalah berwaspada dan berjaga-jaga juga.. Cuma.. jangan sentiasa berburuk sangka.. insyaAllah.. kerana dengan sikap itu, hati kita juga akan nampak buruk tanpa kita sangka.. wallahua’lam..


Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly