"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

21 May 2013

BASIC - FINGERPICKING PATTERNS


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Okey..
Fingerpicking atau lainnya orang panggil Plucking ni langsung aku tak reti lagi.. baru jugak la berjinak-jinak nak try.. maklum nak tukar kord pun terkial-kial.. ni pulak nak main finger-finger picking pulak.. agak payah kalau kita tak cuba.. cuba dan terus mencuba.. nak-naknya jari-jemari ni dah ketegaq da wehh.. so, jom lah kita peratikan bersama.. boleh ni.. kena try slow-slow dulu.. insyaAllah.. kita mesti bolehhh..!!


Ni pun untuk nota sendiri jer ni..
boleh belajar sama-sama.. nampak macam boleh jer kan..?!
Heee..

BASIC - STRUMMING PATTERNS


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Urrmm..
Ramai pulak yang tanya macam mana nak strumming satu-satu lagu tu..

Actually..
Aku pun sedang belajar.. tak pandai lagi nak strumming satu-satu lagu tu dengan betul.. selalu aku strumming ikut suka hati jer.. yang penting bunyi dia masuk dan kena.. so sambil-sambil belajar ni, aku share lah dengan korang Strumming Pattern yang mudah untuk kita rujuk bersama.. Occehhh.. macam baru bercerai pulak main rujuk-rujuk neh.. hahahaa..

Untuk nota aku juga ni sebenarnya.. moh kita belajar sama-sama.. InsyaAllah.. nampak macam mudah.. ehehehh..


Macam-macam Strumming Pattern korang boleh belajar dalam video ni..
siap bagi ikut kesesuaian satu-satu tempo dan rentak lagi..
moga bagi manfaat bersama.. 
ENJOY..!!

19 May 2013

JOM BELAJAR GITAR - LEPASKAN


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


~ WANNA ~
Lepaskan


Am       Dm
Ku jadi tidak tentu arah

G       C
Entah apa yang ku khuatiri

Dm       F       E
Sejak terjadi cerita itu, cerita itu


Am       Dm
Makan minum ku dah tak terjaga

G       C
Asyik memikirkan tentang kamu

Dm       F       E
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari


Am       Dm
Lepaskanlah, lepaskan semua

G       C
Tiada makna jika bersama

Am       Dm
Dalam hidupku oh setiap hari,

F        E
Yang kita pasti ada masalah


Am       Dm
Lepaskanlah lepaskan semua

G       C
Tiada makna jika bersama

Am       Dm
Dalam hidupku oh setiap hari

F       E     
Yang kita pasti ada masalah..

Am
..dengannya



Sebenarnya aku pun tak kenal siapa wanna ni.. tak pernah tengok kot.. tapi lagu dia sangat best walaupun simple jer lirik dia.. kord dia pun sebenarnya mudah kot bagi korang yang dah gedevance.. celah gigi jer kot.. tapi pada aku, memang kelam kabut sikit la nak strumming lagu ni.. tengok?! haru biru tak?! hahaa.. abaikan jer lah.. sekurang-kurangnya ada jugak effort aku nak try petik lagu ni.. jap.. aku nak google siapa si wanna ni..


Owhh.. 1st time tengok ni.. selalu dengar lagu jer.. comel jugak ekk.. ni artis malaysia ker indon ehh? google biodata macam artis malaysia jer.. urmm.. betul lah tu.. ehehh..

best lahhhh..!!

CERPEN - RAHSIA AKU, DIA..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


RAHSIA AKU, DIA..


                “Along nak kenalkan makwe dia?” aku bertanya Ibu untuk kesekian kalinya.. biar betul ni.. tak caya aku.. “Bu.. betul ker? bila?!”

                “Ntah.. along yang cakap dengan ibu macam tu.. katanya nak bawa kerumah hujung minggu ni.. tunggu jerlah..” jawab ibu selamba.. susah betul along aku ni nak bawa perempuan balik rumah.. ni kalau dah kes sampai nak bawa balik kenalkan kat keluarga ni dah confirm along aku ni serius ni.. hebat sangat ker budak perempuan tu sampai berjaya cairkan hati along aku yang macho ni.. tak sabar pula rasanya aku nak tengok..

Lama telefon Note II di tangan aku pandang.. rasa macam nak call along.. nak tanya la juga serba sikit pasal aweks dia tu.. tak pernah pula along ni cerita dia ada special girlfriend.. macam tak caya aku.. setahu aku, along aku ni boleh la dikategorikan lelaki playboy.. banyak layan aweks.. tapi semua tak serius pun.. sekadar kawan-kawan jer.. boleh caya ker along aku ni? adoiii.. “Assalamualaikum wbt.. Long.. apa cer ni long.. tak pernah pun cerita kat adik.. senyap-senyap jer ekk..” serbu aku tanpa tanya keadaan along aku yang tengah ntah buat apa..

                “Wa’alaikumussalam wbt.. hahahaa.. adik.. adik.. along dah agak dah.. ibu bagitau ekk?!” sahut along dengan hilai tawa.. ek ehh along aku ni.. aku yang dah tengah hilang sabar nak tau ni dia boleh bantai gelak pulak..

                “Long..!!” suara aku sedikit menekan.. geram!

                “Ok.. ok.. rileks ok..” terdengar suara along mendengus.. “Alah kau ni dik.. macam la kau tak kenal along ni..”

                “Along serius ker ni? final? Muktamad? Ni bukan perkara biasa along buat ni.. memang hairan betul ni long..”

                “Betul la.. kali ni along serius.. along gerenti kau mesti suka punya.. sebab along rasa, pilihan along ni taste kau jugak..” jawab along selamba.. huk aloh along aku ni.. agak-agak la taste aku.. aku perempuan kot.. taste aku?! Urmm.. maksud along apa ehh..

                “Maksud along?” aku bertanya meminta kepastian.. agak kurang jelas kat situ..

                “Perangai dia macam kau juga dik.. along rasa kau mesti suka.. boleh jadi kakak ipar merangkap best friend kau nanti.. boleh teman kau.. tak adalah boring sangat.. maklum.. along kau ni kan busy.. asyik kena hantar outstation jer..” owhh.. al kisahnya.. aku ingat apalah tadi.. “guess what?!” sambung along..

                “Apa..?!” aku menjawab hairan..

                “Dia sebaya kau..” whaaatttt..??!!


*     *     *     *     *

                Hari ni aku sedikit berdebar.. ntah kenapa.. along yang nak kenalkan aweks dia, aku pulak yang gabra macam nak jumpa dengan bakal mak mertua pulak.. hadoilaa.. ok ok.. untuk pengetahuan kalian, aku ni memang clumsy sikit.. pastu cepat gelabah tak tentu pasal.. gabra.. nak-naknya saat nak dikenalkan dengan orang yang untuk julung-julung kalinya baru nak jumpa.. adoii.. mana la along ni.. dari pagi tadi keluar tak balik-balik lagi ni..

                “Assalamualaikum wbt..” pintu rumah dikuak.. along melangkah masuk dengan senyuman lebar.. aku masih tercegat disisi pintu.. ibu bangun terus memegang tombol pintu.. ayah? Ayah sibuk di pejabat.. maklum.. kalau bisnes sendiri memang macam tu kot..

                “Wa’alaikumussalam wbt..” sahut ibu sambil terjenguk-jenguk.. “Mana Long?” tanya ibu..

                “Ada tu..” along menjuih kebelakang.. “ehh..” tiba-tiba along macam tercari-cari.. “Ya Allah.. duduk kat dalam kereta kenapa..” aku terdengar sayup-sayup suara along di garaj.. aku memandang ibu tersenyum.. seraya memandang aku.. ek ehh ibu ni.. kenapa.. pandang aku pulak..

                “Betul kata along.. perangai macam adik..” bisik ibu sambil berlalu disebelah aku.. aku kaget.. macam aku?! Ehh.. apa ni..?!

                “Assalamualaikum wbt.. makcik..” sambil tangan menghulur salam.. aku cuma dipandang dengan lemparan senyuman.. tangan yang dihulur aku sambut..

                “Nak panggil apa ehh..?!” aku bersuara..

                “Dira..” dia menjawab ringkas.. aku mengangguk..

                “Zira..” aku memperkenalkan diri tanpa ditanya.. macam kerek pulak budak ni.. aku menjeling along.. along hanya mengangkat kening.. sepanjang di meja makan, aku yang duduk setentang dengan Dira asyik mengamati riak wajah dia yang sedang leka berborak dengan ibu dan along.. aku hanya diam memerhati.. oklah.. boleh tahan.. lawa.. cun.. sesuai dengan along aku yang macho ni.. bagai pinang dibelah-belah.. tapi.. boleh ke jadi kakak ipar aku ni?! macam tak berapa nak yakin jer.. tak boleh masuk dengan aku ni..

                “Awak kerja apa yer?!” aku tersentak..

                “Hahh..?! saya..?!” aku terdiam.. kelu.. err.. awak? saya? alahaiii.. tak kan nak beraku kau pulak kan.. tak pun.. beradik kakak pulak.. aduyaiii.. “err.. saya.. saya.. setakat ni tak ada kerja rasmi..” aku mengangguk-angguk.. teragak-agak..

                “Maksud apa tu?!” satu lagi soalan ditubi.. aku mengangkat muka memandang tepat ke muka Dira..

                “Err.. kadang-kadang menyibuk kat office ayah..” aku menjawab selamba.. kenapa aku pulak yang perlu rasa gelabah.. bukan aku yang asing kat sini.. aduhh.. “Kejap.. awak.. macam mana boleh kenal dengan along ehh?! dulu sekolah kat mana? memang kita sebaya ehh? err..”

                “Adikk..” along membulat mata memandang aku.. aku mengangkat kening.. ibu hanya tersengih memandang aku.. aku terdiam.. ibu mengajak Dira ke ruang tamu.. sambung borak katanya.. tak manis agaknya lepak lama-lama kat dapur ni.. aku hanya membontoti along.. along menarik hidung aku sambil berbisik.. “..ngegada ehh..!” aku menjuih..

Lama aku perhatikan mereka ni berborak.. malas nak ambil port.. lantaklah.. layan tv lagi bagus.. sambil-sambil melayan tu sesekali aku pasang telinga juga..

                “Makcik.. saya minta diri dululah.. lama sangat pula saya kat sini..” ibu mengangguk..

                “Nanti senang-senang datang lagi Dira.. Zira ni pun sorang-sorang jer kat rumah.. boleh jugak temankan dia.. Zira ni bukannya ada kawan..” bulat mata aku terkejut.. along hanya mengangguk menyokong kata-kata ibu.. aku tengok Dira tersenyum.. aku hanya mampu menyengih..

                “InsyaAllah.. kalau along sudi bawa..” ibu ketawa kecil mendengar sebutan along dimulut Dira.. elok jer tadi panggil abang.. saja usik aku ker? terus aku menyampuk..

                “Well.. soalan saya tadi awak tak jawab lagi..”

                “Err.. yer.. kita sebaya..” dia tersenyum dan terus berlalu pergi.. along dari tadi aku tengok geleng kepala.. apa?! aku ada buat salah ker?


*     *     *     *     *

               
                Petang ni aku bercadang nak ikut Hisham main badminton.. seronok juga.. dah lama rasanya tak main badminton.. sekali-sekala keluar peluh bersukan macam ni bagus juga..

                “Abang sebenarnya hari ni ada game.. dengan along..” kata-kata hisham mematikan lamunan aku.. along?! Kenapa masa ngajak tadi tak cakap.. habih aku ikut ni nak buat apa? terconggok jer ker? aku pun nak main juga..

                “Habis nanti Zira nak main dengan siapa?!” aku buat muka manja.. oh yaa.. Hisham ni pakwe aku.. ehh.. pakwe ker.. boleh la kot.. tak rasmi pun.. tapi kalau dah selalu keluar sama.. iya kot.. Hisham ni kawan baik along.. sebaya along.. sebab tu aku panggil abang.. jauh 4 tahun.. along pun suka aku berkawan dengan Hisham.. along cakap Sham baik.. pada aku, memang tak ada kurangnya pun Hisham dimata aku.. handsome.. punyai ciri-ciri seperti yang aku mahu.. ibu? Jangan cakap laa.. ibu memang sangat suka dengan Hisham.. Hisham pun sangat pandai mengambil hati ibu dengan ayah.. ayah? Aku rasa ayah tak kesah pun.. anak dua orang jer.. biaq pi la kitorang ni nak pilih siapa kot.. yang penting, anak-anak ayah happy.. itu ayah pernah cakap..

                “Err.. Zira kenal Dira kan? Nanti Zira mainlah dengan Dira.. boleh?!” Hisham memberi cadangan..

                “Along bawa Dira ker?!” aku memandang Hisham tepat.. Hisham hanya mengangguk..

                “Ok tak? Abang ada juga dengar Zira dengan Dira macam tak boleh ngam..” kata Hisham..

                “Along cerita ekk?!” aku tengok Hisham hanya tersenyum mengangguk.. mmm..

                “Ok tak? Zira main dengan Dira ekk..? boleh kan…?!” aku mengangguk tawar.. kelat.. belasah jer laa.. bakal kakak ipar aku jugak pun.. boleh tak boleh ngam aku tetap juga kena berdepan dengan dia nanti..

Sesampai sahaja aku dah nampak dari jauh kelibat along dengan Dira.. adoihhh.. tak tenang jiwa aku ni.. nak kena mengadap lagi budak ni.. dah la lorat.. macam berlagak pula tu.. seperti biasa, sesi salam-bersalaman dan bertegur sapa berlalu macam tu jer.. macam angin lalu.. masing-masing macam dah tak sabar nak lawan agaknya.. aku? Seperti biasa duduk terconggok dulu kat tepi gelanggang memerhati gelagat mereka-mereka disitu.. abang Hisham dah bagi sign.. menyuruh aku bermain dengan Dira.. aku tarik muka.. buat-buat muka.. along pula membulat mata pandang aku.. ahh!! Ada aku kesah ker..?!

                “Jom.. kita ke gelanggang sebelah.. dah tempah.. boleh main sama..” sapa Dira, secara tak langsung mematikan ngomelan aku..

                “Hahh..?!” buat-buat terkejut.. “okey..” aku bangun mengambil reket, terus ke gelanggang sebelah.. “main saja ke nak main kira ni?!”

                “Main kira laa.. main saja baik main depan rumah..” whoaaa.. sakit pulak hati kita neh.. memang cari pasal minah ni.. cari pasal ni.. aku hanya mengangkat bahu.. tak payah la rasanya nak tunjuk sakit hati sangat.. karang melayang pula reket aku ni..

Sesi perlawanan pun bermula.. seperti biasa.. aku yang clumsy lagi cepat gabra dan menggelabah ni memang tak tentu arah la.. dah macam orang tak reti main pula kat tengah gelanggang neh.. serve tak lepas.. pukul shuttle pun boleh tak kena.. aishh.. reket aku berlubang ker? tali putus ker? ker.. aku terlupa pasang tali neh? Adehh..

                “Kita ada coach hebat kat sini.. kalau awak nak belajar!” lancang  betul mulut Dira ni bersuara.. tersentak aku.. cehh.. berlagak.. ni dah terlebih sudah ni.. membuak-buak sakit hati aku nih.. aku tersenyum kelat.. kau nak tengok aku reti main ker tak yer.. tunggu..

Perlawanan berjalan dengan lancar.. mata aku mendahului.. nak kira sangat kan? Jom tengok siapa reti main dan siapa yang tak reti main sekarang.. tanpa sedar.. Kat luar gelanggang.. along, Hisham dan kawan-kawan yang lain dah tercegat tengok permainan kami.. ala-ala menonton piala Thomas Malaysia lawan Thailand pulak.. siap ada sorakan bagai.. hahahaa.. dan akhirnya.. jeng jeng jeng.. nak tau siapa yang menang?! dah semetinyalah aku.. cerita aku kan.. suka hati akulah nak karang siapa yang menang.. so, akulah yang telah menjuarai perlawan petang tu.. riak pula aku rasa.. tulah.. kalau berlagak tak bertempat.. malu tanggung sendiri woo..

                “Well.. tahniah.. bagus permainan awak..” tangan yang dihulur aku sambut dengan senang hati.. “Jom.. salin baju dulu.. kalau nak mandi ker.. selesa sikit.. pastu kita lepak cafe..” aku mengangguk senyum..

                “Okey gak.. anyway.. terima kasih..” aku memandang Dira dengan senyuman..

                “Tadi tu memang saja-saja ker?” sambung Dira..

                “Hahh..?! Ehh.. tak adalah.. saya memang macam ni.. clumsy sikit..” aku tertunduk-tunduk.. segan pun ada sebenarnya.. sakit hati aku yang tadi hilang tiba-tiba..

Dalam bilik persalinan..

                “Maaf eh..” suara Dira sedikit berbisik..

                “Ehh.. kenapa yer?” pelik.. dah kenapa pulak maaf-maaf ni..

                “Kenapa apa?!” tanya Dira..

                “Maaf tu..”

                “Owhh itu.. sebab.. rasanya saya dah banyak buat awak sakit hati..” Dira memandang aku.. aku hanya tersenyum.. sedar rupanya perangai dia yang menyakitkan tu.. “Rasanya.. kita boleh berkawan.. kalau awak bagi peluang dalam diri awak untuk terima saya..”

                “Mmm.. maaf juga kat awak..”

                “Kenapa?!” terkejut..

                “Untuk segalanya..” aku tersenyum..

*     *     *     *     *


                Bangun pagi ni aku dah set kat minda nak pergi jogging.. ajak along best juga ni.. lama sungguh dah tak berborak dengan along.. cuti-cuti camni bukan buat apa.. duduk rumah melanguk jer pun bosan juga.. tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.. aku bangun menghampiri pintu.. tombol pintu aku pusing.. pintu bilik dikuak..

                “Dik.. buat apa? Jogging jom..” humang aihh.. along ni.. macam dapat baca isi hati aku pulak..

                “Adik baru bercadang nak ajak along..” suara aku..

                “Pergi mana?!”

                “Adoi along ni.. jogging laa..”

                “Owhh.. jom laa.. dah siap ker?!”

                “Bagi adik 5 minit..”

                “Cepat sikit.. along tunggu kat bawah..”

Aku dengan along memang rapat.. maklum.. kami dua beradik jer.. walaupun jauh along 4 tahun dengan aku.. umur along sekarang 28.. aku 24.. baru habis belajar.. diploma jer pun.. sebab tu malas lagi nak kerja.. ayah mahu aku kerja kat syarikat dia.. aku belum lagi rasa nak kerja.. nak rehat dulu.. nak manja-manjakan diri dulu kat rumah..


Oppss..!! tak habih lagi tau..
SABAR.. 
nanti sambuang ehh.. tengah carik idea.. hahahaa..
nak masukkan unsur-unsur merepek ni memang agak payah sikit..
banyak benda nak kena imagine..



SURAT UNTUK BULAN..


      " Bulan!
        Aku sudah jatuh cinta!
        Kau tahu tak cinta itu apa?
        Cinta itu dalam hati.. kau tak nampak!
        Aku cinta kat dia!
        Kau rasa.. dia cinta aku tak? "


*            *            *

Bulan
Jelmalah dimalam ini
Lantas aku memikirkan
Kata hati yang tidak ku fahami

Aku
Sendirian tersisih
dan apakah akan terjadi
Pada diri tanpa hadir kau disisi

Kan ku tuliskan kata untukmu
Aku utuskan bilaku rindu
dan ku nyanyikan dalam jiwaku
Aku luahkan apa yang terbuku

Aku mohon petunjuk darimu
Terangkan jalan arah tujuku
dan ku harapkan pada dirimu
Hilangkan duka resah dalam bisik jiwaku

Bilaku renung dirimu di angkasa
Hiba diriku hiba nasib yang menimpa
dalam jiwaku


*            *            *

" Kau orang kaya.. kau boleh beli cinta dengan duit..
Aku orang miskin.. aku boleh hidup tanpa duit.. tapi aku tidak boleh hidup tanpa cinta.."


18 May 2013

JOM BELAJAR GITAR - PATAH SERIBU


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..



Capo - Fret 4
Intro :    G     D     Em     C     D

G     D
Walau kau tiada disini

Em     C     D
Ku tetap ingat pesanmu

G     D     Em
Ku hidup seolah-olah kau masih ada

C     D     Am
Bisikan kata kepadaku


Em     C     D
Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Am     Em     C     D
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


G     D
Patah seribu hatiku

Em     C     D     G     D
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Em     C     D     
Haruskah ku lupa kerna engkau 

G
..telah pergi..


D     Em    C    D


G     D     Em
Biar pergimu tanpa relaku

C     D
Namun hatiku tetap rasa

G     D     Em
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota

C     D     Am
Cinta buat kita berdua

Em     C     D
Bilakan ku bisa menerima ketiadaanmu

Am     Em     C     D
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


G     D
Patah seribu hatiku

Em     C     D     G     D
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Em     C     D     
Haruskah ku lupa kerna engkau 

G
..telah pergi..


D     Em    C    D

G     D     Em    C


D     G     D
Sayangku mohon padamu

Em
Segera tinggalkanku

C     D     G     D
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju

Em     C     D     
Pasti ada hikmah buatmu dan juga 

G     D     Em
..buat diriku..

C
Pergilah

17 May 2013

JOM BELAJAR GITAR - BULAN DITUTUP AWAN


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..




Intro :   
Dm     Dm     Dm

Dm     Gm
Wahai janji setia sudah diucapkan

A     Dm     A
Aduh kata bersumpah telahku padukan

Dm     Gm
Kini engkau pergi jauh membawa diri

A     Dm     A     Dm
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi


A     Dm     Dsus
Nun bulan ditutup awan

Gm     A     Dm     A
Terkenang hati bertambah rawan


Dm     Gm
Wahai jikalau ku tahu janjimu palsu

A     Dm     A     Dm
Tentu tidak ku turut sedari dahulu


Dm     Gm     A     Dm     A


Bagi korang yang selalu ikuti tuto kat dalam blog ni mesti korang agak terkejut jugak la dengan kord-kord yang memang tak familiar langsung dalam mengenali kord-kord basic sebelum ni.. so, aku kenalkan kat korang kord dier.. dimana sebenarnya aku sendiri pun baru jer kenal dengan kord ni..

Kord -     Gm
(Ini cara mudah pegang kord Gm..
tapi masa petik kord tu, tali paling besar dengan yang second besar kat atas tu tak payah petik)

OR

Kord -     Gm
(Kord yang sama.. tapi cara pegang lain..
ada sesetengah orang panggil kord kangkang..
sebab jari tu agak terkengkang-kengkang sikit bila nak tekan)


Kord -     Dsus

16 May 2013

JOM BELAJAR GITAR - PUTIH-PUTIH MELATI


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt...


      Ok.. rasanya ada orang yang request nak lagu ni kot.. sebelum ni entry pasal lagu ni cuma sekadar info jer.. tapi kali ni entry kord dia pulak.. tak susah sangat.. insyaAllah mesti boleh walaupun masih terkial-kial macam aku.. maklum.. manusia yang sangat paling malas nak prektis prektis prektis dan prektis lagi.. hahahaa..


Intro:
F       G       E       Am
F       E       Am

Am
Siapa bilang aku seperti dia

F
Siapa bilang aku cintai dia

G
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta

C      E
Karna kau tak seputih melati


Am
Kalau ada hitam pasti ada putih

F
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih

G
Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih

C       E
Karna kau tak seperti melati ohhhh


Dm       G
Putih-putih melati

C       Am
Merah-merah delima

Dm       E
Siapa yang baik hati

Am       A
Pasti ku terima ahhh…


Dm       G
Putih-putih melati

C       Am
Merah-merah delima

Dm       E
Siapa yang baik hati

Am
Pasti ku terima..

F       G       E       Am
F       E        Am






Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly