"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

31 October 2011

KALAH DAN MENANG..


Bismillahhirrohhmannirrohimm..

Assalamualaikum wbt..


Kata orang.. kalah dan menang tu adat permainan.. biasalah.. kalau ada yang menang, pasti ada yang kalah.. mana ada semua yang menang dalam sesebuah permainan.. betul tak?!

Kemenangan bererti sebuah kejayaan.. bagus dan tahniah lah pada mereka yang menang tu.. tapi, kekalahan pula tidaklah bererti tidak berjaya.. cuma nasib tidak menyebelahi.. mmm.. sebenarnya.. salah sendiri jugak..

Dari pemerhatian aku..
Pandangan mata kasar aku..
Dan pada pendapat umum aku..

Sebuah pasukan tidak boleh kalau ada DUA leader.. maknanya, kalau ada sorang coach.. kena dengarlah cakap coach.. jangan nak ikut kepala sendiri jer.. coach dah tentukan kedudukan masing-masing.. terima dengan seadanya.. jangan perasan diri tu bagus sangat dalam satu-satu kedudukan sampai apa yang ditentukan coach pun tak nak dengar..

Coach turun training pagi petang.. hari-hari bersama kitorang yang rajin turun training neh.. tau mana kelemahan, kekurang dan kelebihan setiap pemain.. kalau tetibe orang yang jarang-jarang sekali turun training ni turun training.. pastu komen macam dia pulak yang hari-hari training dengan kitorang ni.. memang masing-masing pendam perasaan laa.. tak tau perkembangan pemain.. tapi komen macam dia pulak yang hari-hari tengok perkembangan kitorang.. sakit kan.. hahaa..

Memang akan kacau bilau la sesebuah pasukan itu..

Bila sorang dah tak nak pegang kedudukan yang dah ditentukan coach.. yang lain terpaksa rombak.. bile masing-masing dah tak pegang kedudukan sebenar.. memang susah la nak main.. degil.. memang perasan diri bagus.. susah la macam tu.. serba salah.. sebenarnya.. coach kena tegas.. tapi bila coach tegas.. dapat ke mereka-mereka nie terima teguran coach..?! itulah pulak masalahnya.. kawan.. hati kawan nak kena jaga juga.. tapi.. kawan is kawan laa… tapi dalam game, kena tolak ketepi semua tu dulu.. jadilah sebagai seorang pemain yang dengar cakap coach.. barulah boleh menempah kejayaan dan kemenangan.. nak menang kan..?! siapa tak nak menang.. betul tak..?!

Emosi.. tu pun kena jaga juga.. kalau dalam game dah dikuasai emosi.. rosaklah seluruh game tu.. dah tak ada semangat untuk meneruskan perjuangan..

Kesimpulannya, kekalahan yang ditanggung ni atas kesalahan siapa..?! siapa yang patut dipersalahkan..?!

Kena redha laa.. adat permainan.. kalah tak bererti kita tak bagus.. Cuma ada kesilapan siket jer dalam sikap ‘teamwork’ tu sendiri.. kesilapan yang sebenarnya kita sendiri tempah.. sebab semua tu boleh dielak kalau masing-masing ada sikap tolak ansur.. dengar cakap.. dan kesedaran diri..

Buat semua kawan-kawan..
Kita bukan tak bagus.. cukup bagus sebenarnya..
Cuma anggaplah.. bukan rezeki kita untuk merasa kemenangan itu..
insyaAllah.. next time.. semua tu dapat diperbetulkan.. siapa tau.. semua tu ketentuan Allah..
Bersabarlah..


***        Maaf sekiranya ada yang menyinggung sesetengah pihak dengan pandangan diatas.. aku bersuara melalui apa yang aku lihat.. aku dengar.. dan aku sendiri rasa.. Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly