"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

12 April 2016

REZEKI, JODOH & AJAL..


Bismillahhirrohmannirrohimm.. &
Assalamualaikum wbt..

Elok jer aku upload status kt FB pasai Rezeki, Jodoh dan Ajal ni.. terfikir pulak nak bercakap lebih mengenainya..

Macam mana nak cakap ekk..

Kita.. mungkin tak akan pernah faham hati dan perasaan orang pada kita.. dengki orang.. sakit hati orang.. tak puas hati orang pada kita.. memang tak akan faham punya lah.. tapi bila difikirkan.. kenapa kita nak semakkan fikiran kita ni dengan fikir apa yang orang fikir pasai kita.. bukan diorang yang aturkan hidup kita pun..

Kita yakin aturan Allah..
Ada hikmah disebalik segalanya yang berlaku..

Rezeki tu Allah yang tentukan.. biar sekuat mana pun kita berusaha untuk mendapatkannya.. kalau dah tertulis rezeki tu bukan untuk kita, mesti terlepas jugak kan.. tolak ketepi dulu soal mereka yang dengki dan sekat2 rezeki orang ni.. anggap jerlah dia antara hamba Allah yang lemah dalam melawan hasutan syaitan.. so jangan kita pun sama2 kalah dalam melawan hasutan tu dengan perasaan marah dan berburuk sangka pulak.. tak ada bezanya kita dengan dia nanti sudahnya..

Macam tu jugak bila aku diasak dengan soalan bila nak kahwin..
Kamonlahhh.. Jodoh tu kan rahsia Allah.. Allah yang tentukan.. kalau aku yang tentukan, agaknya masa umur 26 lagi aku dah selamat pun berkahwin.. dah tentu2 aku dapat lelaki yang aku suka.. hensem..

cukup2lah dengan semua pertanyaan tu.. kan semua tu ketentuan Allah.. mungkin.. ada banyak kekurang dalam diri aku dan kita2 ni maka Allah belum nak beri, belum nak pertemukan.. belum nak bagi rezeki dan belum nak serahkan lelaki itu untuk aku sebab mungkin aku belum bersedia untuk dia.. Kita tak tahu sebabnya kan.. Hanya Allah jer yang tahu..

Bersangka baik pada Allah..
Bertawakkal pada Allah..

InsyaAllah..


Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly