Bismillahhirrohmannirrohim
&
Assalamualaikum
wbt..
‘..sesuatu
yang ingin kita lupakan adalah sesuatu yang sering kita ingati..’
Itu status
FB aku untuk pagi ni..
Ntah laa..
bila difikirkan balik, memang itulah kenyataannya.. sesuatu yang kita nak
lupakan itulah sebenarnya sesuatu yang sering kita ingati.. semakin kita asyik fikir
untuk cuba melupakan, tanpa kita sedar yang kita sedang memikirkan tentang
itu.. semakin kita usaha untuk lupakan, semakin terpahat kat dalam hati ni..
so, bila masanya kita benar-benar dapat melupakan sesuatu perkara tu?
Nak melupakan
sesuatu perkara tu sebenarnya memerlukan minda yang kuat untuk tidak memikirkan
tentang keinginan untuk melupakan perkara itu.. membiarkan sahaja sesuatu perkara
tu akan secara tanpa sedar membuatkan kita tidak memikirkannya dan secara tak
langsung, kita akan terlupa tentang itu.. kata orang itu, redha.. meredhakan
sesuatu perkara tu akan perlahan-lahan membuatkan kita terlupa.. tidak
mengingatinya..
No comments:
Post a Comment