Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
RAHSIA AKU, DIA..
“Along nak kenalkan makwe dia?”
aku bertanya Ibu untuk kesekian kalinya.. biar betul ni.. tak caya aku.. “Bu..
betul ker? bila?!”
“Ntah.. along yang cakap dengan
ibu macam tu.. katanya nak bawa kerumah hujung minggu ni.. tunggu jerlah..”
jawab ibu selamba.. susah betul along aku ni nak bawa perempuan balik rumah..
ni kalau dah kes sampai nak bawa balik kenalkan kat keluarga ni dah confirm
along aku ni serius ni.. hebat sangat ker budak perempuan tu sampai berjaya
cairkan hati along aku yang macho ni.. tak sabar pula rasanya aku nak tengok..
Lama telefon
Note II di tangan aku pandang.. rasa macam nak call along.. nak tanya la juga
serba sikit pasal aweks dia tu.. tak pernah pula along ni cerita dia ada
special girlfriend.. macam tak caya aku.. setahu aku, along aku ni boleh la
dikategorikan lelaki playboy.. banyak layan aweks.. tapi semua tak serius pun..
sekadar kawan-kawan jer.. boleh caya ker along aku ni? adoiii..
“Assalamualaikum wbt.. Long.. apa cer ni long.. tak pernah pun cerita kat
adik.. senyap-senyap jer ekk..” serbu aku tanpa tanya keadaan along aku yang
tengah ntah buat apa..
“Wa’alaikumussalam wbt..
hahahaa.. adik.. adik.. along dah agak dah.. ibu bagitau ekk?!” sahut along
dengan hilai tawa.. ek ehh along aku ni.. aku yang dah tengah hilang sabar nak
tau ni dia boleh bantai gelak pulak..
“Long..!!” suara aku sedikit
menekan.. geram!
“Ok.. ok.. rileks ok..”
terdengar suara along mendengus.. “Alah kau ni dik.. macam la kau tak kenal
along ni..”
“Along serius ker ni? final?
Muktamad? Ni bukan perkara biasa along buat ni.. memang hairan betul ni long..”
“Betul la.. kali ni along
serius.. along gerenti kau mesti suka punya.. sebab along rasa, pilihan along
ni taste kau jugak..” jawab along selamba.. huk aloh along aku ni.. agak-agak la
taste aku.. aku perempuan kot.. taste aku?! Urmm.. maksud along apa ehh..
“Maksud along?” aku bertanya
meminta kepastian.. agak kurang jelas kat situ..
“Perangai dia macam kau juga
dik.. along rasa kau mesti suka.. boleh jadi kakak ipar merangkap best friend kau nanti.. boleh teman kau.. tak adalah
boring sangat.. maklum.. along kau ni kan busy.. asyik kena hantar outstation jer..” owhh.. al kisahnya.. aku ingat apalah tadi.. “guess what?!”
sambung along..
“Apa..?!” aku menjawab hairan..
“Dia sebaya kau..”
whaaatttt..??!!
* * *
* *
Hari ni aku sedikit berdebar..
ntah kenapa.. along yang nak kenalkan aweks dia, aku pulak yang gabra macam nak
jumpa dengan bakal mak mertua pulak.. hadoilaa.. ok ok.. untuk pengetahuan
kalian, aku ni memang clumsy sikit.. pastu cepat gelabah tak tentu pasal..
gabra.. nak-naknya saat nak dikenalkan dengan orang yang untuk julung-julung
kalinya baru nak jumpa.. adoii.. mana la along ni.. dari pagi tadi keluar tak
balik-balik lagi ni..
“Assalamualaikum wbt..” pintu
rumah dikuak.. along melangkah masuk dengan senyuman lebar.. aku masih tercegat
disisi pintu.. ibu bangun terus memegang tombol pintu.. ayah? Ayah sibuk di
pejabat.. maklum.. kalau bisnes sendiri memang macam tu kot..
“Wa’alaikumussalam wbt..” sahut
ibu sambil terjenguk-jenguk.. “Mana Long?” tanya ibu..
“Ada tu..” along menjuih
kebelakang.. “ehh..” tiba-tiba along macam tercari-cari.. “Ya Allah.. duduk kat
dalam kereta kenapa..” aku terdengar sayup-sayup suara along di garaj.. aku
memandang ibu tersenyum.. seraya memandang aku.. ek ehh ibu ni.. kenapa..
pandang aku pulak..
“Betul kata along.. perangai
macam adik..” bisik ibu sambil berlalu disebelah aku.. aku kaget.. macam aku?!
Ehh.. apa ni..?!
“Assalamualaikum wbt.. makcik..”
sambil tangan menghulur salam.. aku cuma dipandang dengan lemparan senyuman..
tangan yang dihulur aku sambut..
“Nak panggil apa ehh..?!” aku
bersuara..
“Dira..” dia menjawab ringkas..
aku mengangguk..
“Zira..” aku memperkenalkan diri
tanpa ditanya.. macam kerek pulak budak ni.. aku menjeling along.. along hanya
mengangkat kening.. sepanjang di meja makan, aku yang duduk setentang dengan
Dira asyik mengamati riak wajah dia yang sedang leka berborak dengan ibu dan
along.. aku hanya diam memerhati.. oklah.. boleh tahan.. lawa.. cun.. sesuai
dengan along aku yang macho ni.. bagai pinang dibelah-belah.. tapi.. boleh ke
jadi kakak ipar aku ni?! macam tak berapa nak yakin jer.. tak boleh masuk
dengan aku ni..
“Awak kerja apa yer?!” aku
tersentak..
“Hahh..?! saya..?!” aku
terdiam.. kelu.. err.. awak? saya? alahaiii.. tak kan nak beraku kau pulak
kan.. tak pun.. beradik kakak pulak.. aduyaiii.. “err.. saya.. saya.. setakat
ni tak ada kerja rasmi..” aku mengangguk-angguk.. teragak-agak..
“Maksud apa tu?!” satu lagi
soalan ditubi.. aku mengangkat muka memandang tepat ke muka Dira..
“Err.. kadang-kadang menyibuk
kat office ayah..” aku menjawab selamba.. kenapa aku pulak yang perlu rasa gelabah..
bukan aku yang asing kat sini.. aduhh.. “Kejap.. awak.. macam mana boleh kenal
dengan along ehh?! dulu sekolah kat mana? memang kita sebaya ehh? err..”
“Adikk..” along membulat mata
memandang aku.. aku mengangkat kening.. ibu hanya tersengih memandang aku.. aku
terdiam.. ibu mengajak Dira ke ruang tamu.. sambung borak katanya.. tak manis
agaknya lepak lama-lama kat dapur ni.. aku hanya membontoti along.. along menarik
hidung aku sambil berbisik.. “..ngegada ehh..!” aku menjuih..
Lama aku
perhatikan mereka ni berborak.. malas nak ambil port.. lantaklah.. layan tv
lagi bagus.. sambil-sambil melayan tu sesekali aku pasang telinga juga..
“Makcik.. saya minta diri
dululah.. lama sangat pula saya kat sini..” ibu mengangguk..
“Nanti senang-senang datang lagi
Dira.. Zira ni pun sorang-sorang jer kat rumah.. boleh jugak temankan dia..
Zira ni bukannya ada kawan..” bulat mata aku terkejut.. along hanya mengangguk
menyokong kata-kata ibu.. aku tengok Dira tersenyum.. aku hanya mampu
menyengih..
“InsyaAllah.. kalau along sudi
bawa..” ibu ketawa kecil mendengar sebutan along dimulut Dira.. elok jer tadi
panggil abang.. saja usik aku ker? terus aku menyampuk..
“Well.. soalan saya tadi awak
tak jawab lagi..”
“Err.. yer.. kita sebaya..” dia
tersenyum dan terus berlalu pergi.. along dari tadi aku tengok geleng kepala..
apa?! aku ada buat salah ker?
* * *
* *
Petang ni aku bercadang nak ikut
Hisham main badminton.. seronok juga.. dah lama rasanya tak main badminton..
sekali-sekala keluar peluh bersukan macam ni bagus juga..
“Abang sebenarnya hari ni ada
game.. dengan along..” kata-kata hisham mematikan lamunan aku.. along?! Kenapa
masa ngajak tadi tak cakap.. habih aku ikut ni nak buat apa? terconggok jer
ker? aku pun nak main juga..
“Habis nanti Zira nak main
dengan siapa?!” aku buat muka manja.. oh yaa.. Hisham ni pakwe aku.. ehh..
pakwe ker.. boleh la kot.. tak rasmi pun.. tapi kalau dah selalu keluar sama..
iya kot.. Hisham ni kawan baik along.. sebaya along.. sebab tu aku panggil
abang.. jauh 4 tahun.. along pun suka aku berkawan dengan Hisham.. along cakap
Sham baik.. pada aku, memang tak ada kurangnya pun Hisham dimata aku.. handsome..
punyai ciri-ciri seperti yang aku mahu.. ibu? Jangan cakap laa.. ibu memang
sangat suka dengan Hisham.. Hisham pun sangat pandai mengambil hati ibu dengan
ayah.. ayah? Aku rasa ayah tak kesah pun.. anak dua orang jer.. biaq pi la kitorang
ni nak pilih siapa kot.. yang penting, anak-anak ayah happy.. itu ayah pernah
cakap..
“Err.. Zira kenal Dira kan?
Nanti Zira mainlah dengan Dira.. boleh?!” Hisham memberi cadangan..
“Along bawa Dira ker?!” aku
memandang Hisham tepat.. Hisham hanya mengangguk..
“Ok tak? Abang ada juga dengar
Zira dengan Dira macam tak boleh ngam..” kata Hisham..
“Along cerita ekk?!” aku tengok
Hisham hanya tersenyum mengangguk.. mmm..
“Ok tak? Zira main dengan Dira
ekk..? boleh kan…?!” aku mengangguk tawar.. kelat.. belasah jer laa.. bakal
kakak ipar aku jugak pun.. boleh tak boleh ngam aku tetap juga kena berdepan
dengan dia nanti..
Sesampai
sahaja aku dah nampak dari jauh kelibat along dengan Dira.. adoihhh.. tak
tenang jiwa aku ni.. nak kena mengadap lagi budak ni.. dah la lorat.. macam
berlagak pula tu.. seperti biasa, sesi salam-bersalaman dan bertegur sapa
berlalu macam tu jer.. macam angin lalu.. masing-masing macam dah tak sabar nak
lawan agaknya.. aku? Seperti biasa duduk terconggok dulu kat tepi gelanggang
memerhati gelagat mereka-mereka disitu.. abang Hisham dah bagi sign.. menyuruh
aku bermain dengan Dira.. aku tarik muka.. buat-buat muka.. along pula membulat
mata pandang aku.. ahh!! Ada aku kesah ker..?!
“Jom.. kita ke gelanggang
sebelah.. dah tempah.. boleh main sama..” sapa Dira, secara tak langsung
mematikan ngomelan aku..
“Hahh..?!” buat-buat terkejut..
“okey..” aku bangun mengambil reket, terus ke gelanggang sebelah.. “main saja
ke nak main kira ni?!”
“Main kira laa.. main saja baik
main depan rumah..” whoaaa.. sakit pulak hati kita neh.. memang cari pasal
minah ni.. cari pasal ni.. aku hanya mengangkat bahu.. tak payah la rasanya nak
tunjuk sakit hati sangat.. karang melayang pula reket aku ni..
Sesi perlawanan
pun bermula.. seperti biasa.. aku yang clumsy lagi cepat gabra dan menggelabah
ni memang tak tentu arah la.. dah macam orang tak reti main pula kat tengah
gelanggang neh.. serve tak lepas.. pukul shuttle pun boleh tak kena.. aishh..
reket aku berlubang ker? tali putus ker? ker.. aku terlupa pasang tali neh?
Adehh..
“Kita ada coach hebat kat sini..
kalau awak nak belajar!” lancang betul
mulut Dira ni bersuara.. tersentak aku.. cehh.. berlagak.. ni dah terlebih
sudah ni.. membuak-buak sakit hati aku nih.. aku tersenyum kelat.. kau nak
tengok aku reti main ker tak yer.. tunggu..
Perlawanan
berjalan dengan lancar.. mata aku mendahului.. nak kira sangat kan? Jom tengok
siapa reti main dan siapa yang tak reti main sekarang.. tanpa sedar.. Kat luar
gelanggang.. along, Hisham dan kawan-kawan yang lain dah tercegat tengok
permainan kami.. ala-ala menonton piala Thomas Malaysia lawan Thailand pulak.. siap
ada sorakan bagai.. hahahaa.. dan akhirnya.. jeng jeng jeng.. nak tau siapa
yang menang?! dah semetinyalah aku.. cerita aku kan.. suka hati akulah nak
karang siapa yang menang.. so, akulah yang telah menjuarai perlawan petang tu..
riak pula aku rasa.. tulah.. kalau berlagak tak bertempat.. malu tanggung
sendiri woo..
“Well.. tahniah.. bagus
permainan awak..” tangan yang dihulur aku sambut dengan senang hati.. “Jom..
salin baju dulu.. kalau nak mandi ker.. selesa sikit.. pastu kita lepak cafe..”
aku mengangguk senyum..
“Okey gak.. anyway.. terima
kasih..” aku memandang Dira dengan senyuman..
“Tadi tu memang saja-saja ker?”
sambung Dira..
“Hahh..?! Ehh.. tak adalah..
saya memang macam ni.. clumsy sikit..” aku tertunduk-tunduk.. segan pun ada
sebenarnya.. sakit hati aku yang tadi hilang tiba-tiba..
Dalam bilik
persalinan..
“Maaf eh..” suara Dira sedikit
berbisik..
“Ehh.. kenapa yer?” pelik.. dah
kenapa pulak maaf-maaf ni..
“Kenapa apa?!” tanya Dira..
“Maaf tu..”
“Owhh itu.. sebab.. rasanya saya
dah banyak buat awak sakit hati..” Dira memandang aku.. aku hanya tersenyum..
sedar rupanya perangai dia yang menyakitkan tu.. “Rasanya.. kita boleh
berkawan.. kalau awak bagi peluang dalam diri awak untuk terima saya..”
“Mmm.. maaf juga kat awak..”
“Kenapa?!” terkejut..
“Untuk segalanya..” aku
tersenyum..
* * *
* *
Bangun pagi ni aku dah set kat
minda nak pergi jogging.. ajak along best juga ni.. lama sungguh dah tak
berborak dengan along.. cuti-cuti camni bukan buat apa.. duduk rumah melanguk
jer pun bosan juga.. tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.. aku bangun menghampiri
pintu.. tombol pintu aku pusing.. pintu bilik dikuak..
“Dik.. buat apa? Jogging jom..”
humang aihh.. along ni.. macam dapat baca isi hati aku pulak..
“Adik baru bercadang nak ajak
along..” suara aku..
“Pergi mana?!”
“Adoi along ni.. jogging laa..”
“Owhh.. jom laa.. dah siap
ker?!”
“Bagi adik 5 minit..”
“Cepat sikit.. along tunggu kat
bawah..”
Oppss..!! tak habih lagi tau..
SABAR..
SABAR..
nanti sambuang ehh.. tengah carik idea.. hahahaa..
nak masukkan unsur-unsur merepek ni memang agak payah sikit..
banyak benda nak kena imagine..
No comments:
Post a Comment