Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
Hmmmpphhh..
Mengeluh
sat.. rasa macam dah tak larat jer nak kerja..
SITUASI
Flashfront..
bukan flashback ok.. hahahaa..
“Sayang.. awak tak payah kerja
lah.. duit gaji Abang dah boleh tanggung perbelanjaan awak seharian..” suara sang
bakal suami tiba-tiba tanpa diduga..
Terkejut!!
Sambil menoleh memandang sang bakal suami dimuka pintu..
“Really? Ya Allah.. Pucuk dicita
ulam yang datang ni..” sambil berlari mendapatkan sang bakal suami.. “..betul
ni Bang?! sungguh ni?!” sahut si isteri solehah iaitu aku sambil membulatkan
mata tanda tak percaya..
Sambung
sang bakal suami..
“Betul laa.. duit gaji Abang pun dah
banyak.. duit banyak-banyak
pun nak buat apa.. bukan boleh bawak mati pun kan..”
“Ya Allah.. Alhamdulillah.. tengkiuq Bang..
Saaaayank Abang..” sambil memeluk erat lengan sang bakal suami.. kepala si
isteri solehah iaitu aku lentukkan ke bahu sang bakal suami.. “..dah lama tau
Bang bercita-cita nak berhenti kerja ni sebenarnya.. dah tak larat dah nak
layan ‘kebangangan’ sesetengah orang kat ofis tuh..” raut wajah sang bakal
suami di renung manja oleh si isteri solehah iaitu aku.. senyuman penuh kasih
dilemparkan..
Masa untuk sang bakal suami pula
berasa terkejut..
“Ehh!!
KEBANGANGAN??! Kenapa ni sayang?! Cer cite cer cite..”
Ya Allah.. amannya hidup.. nak suami
macam ni boleh tak..?! mmm.. yang ni jawabnya kenalah buat surat kecil untuk tuhan..
No comments:
Post a Comment