Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
Sedang-sedang membuat kerja sambil-sambil mendengar ayat-ayat Al-Quran ni terfikir pulak pada sesuatu yang boleh aku ketengahkan dalam entry aku untuk hari ini..
Sekuat
manakah kita?
Ya.. itu
yang aku rasa aku nak ketengahkan untuk hari ini.. sekuat manakah kita sebenarnya..
bilamana kita melihat seseorang yang non-muslim duduk sambil membuat kerja
tanpa rasa annoying dengan ayat-ayat Al-Quran yang asyik berkumandang kat komputer-komputer
kita yang muslim ni? ..tu yang pasang ayat-ayat suci Al-Quran.. tak termasuk
pulak belah petang karang.. tukar pasang nasyid pulak.. kadang-kadang
zikir-zikir dan do’a.. diorang boleh buat biasa jer.. tak marah.. tak jugak
suruh perlahankan.. kuatnya hati mereka-mereka ni untuk menghormati bulan
Ramadhan kita.. sebab bukan selalu pun kita dok sibuk nak pasang mende-mende
camni.. setahun tu cuma sebulan jer.. tu pun kadang-kadang..
Sebaliknya..
Hanya dia
seorang yang non-muslim gunakan ringtone lagu sembahyang dia, hati kita dah
membuak-buak marah.. bising.. bila setiap kali dia lambat pick-up fon bila ada
yang call kat handset dia.. tak kuatkah kita dalam berhadapan dengan dia
seorang yang hanya perdengarkan lagu sembahyang dia pada handset yang hanya
berbunyi pada setiap kali ada panggilan masuk jer.. maknanya, jarang-jarang lah
kita dengar pun.. tapi menyumpah tu macam dah kena rasuk jer.. kenapa mesti
camtu? Kenapa nak marah sangat? Sedangkan dia sendiri tak pernah pun nak marah
bila kita bising-bisingkan komputer kita ni dengan ayat-ayat Al-Quran..
zikir-zikir dan do’a-do’a?
Itukah islam
yang kita cuba tunjukkan? Bukankah kita ni dok dalam masyarakat majmuk..
berbilang agama dan bangsa.. perlu lebih menghormati agama orang lain jugak..
islam pun tak mengajar kita untuk menyumpah agama orang lain.. sebaliknya
menghormati kerana kita berpegang pada agama mengikut kepercayaan
masing-masing.. begitu jugak bagi seorang yang non-muslim masuk islam.. mualaf
la kiranya.. islam tak mengajar mereka untuk tidak perlu menghormati ibu bapa
mereka walaupun sudah berlainan agama.. betul kan?
Renung-renungkanlah
wahai teman-teman.. tak kuatkah kita berhadapan dengan situasi itu..?
belajarlah bersabar sebagaimana mereka boleh bersabar selama sebulan ni..
janganlah marah-marah hanya kerana mereka taksub pada agama mereka..
Ingatan ini
untuk aku juga.. please correct me if i'm wrong..
No comments:
Post a Comment