Bismillahhirrohmannirrohim
&
Assalamualaikum
wbt..
Adoihh! Sakinya pinggang aku neh.. Kematu dah punggung ni.. Hahaa.. sedar tak sedar dah
dekat 4 jam aku ngadap laptop depan mata ni.. manalah tak jadik camtu kan!?
baik aku cabut plak yang dah hangat semacam ni.. kalau tak stop sekarang, mesti
sambung lagi berjam-jam.. oh tidak!! tak nak.. dah azwa.. dah! cukup!! ...
aishh.. lega!
Aku terleka
pulak dok asyik download lagu-lagu kumpulan rappers lama yang dok bawak aku
hanyut dalam dunia rappers suatu masa dulu.. oceehhh! Masa tu zaman awal-awal sekolah
menengah lagi lah.. kumpulan 4U2C.. KRU.. Nico.. Feminin.. Elite.. Res’2..
Freshies.. M’Steen.. A to Z (erkk..?) Tu kumpulan rappers ker ek?! Hahaa.. dan
sebagainya lah.. ntah kenapa tiba-tiba teringin sangat nak dengar balik
lagu-lagu zaman kegemilangan hip hop suatu masa dulu.. so, cukuplah kotz buat
masa ni.. dah tak larat nak tunggu and ngadap lama-lama laptop ni..
Aiks.. perut
dah berkeroncong la pulak.. makan sat lah dah malam-malam camni lapar pulak..
* * *
* *
Okey..
Nak dijadikan
cerita.. dah malam-malam camni teringat pulak nak carik bekas spek aku yang dah
ntah kemana aku letak ntah.. tulah.. dulu rasa macam beban jer spek ni dalam
bekas nak masuk pulak dalam handbag.. leceh.. so, aku transferkan spek aku
dalam uncang kain jer.. senang nak sumbat.. tapi bila dah bercampur dengan
barang-barang lain dalam handbag ni, dah naik rosak pulak cermin dia.. nak
tempah baru bukannya murah dik ooiii.. so.. dalam pencarian yang ntah tak tahu
dimana endingnya, korek kotak sana korek kotak sini terjumpa pulak sepucuk
surat lama.. jeng.. jeng.. jeng..
Huk alohh..!
Surat yang
bertarikh 3 Disember 2002.. urmm.. umur aku masa tu baru 23 tahun.. dah sepuluh
tahun lamanya surat tu aku simpan.. 7 muka surat penuh isi kandungannya.. mmm..
Pernah tak
korang rasa sangat menyesal kerana pernah mengabaikan seseorang yang
sangat-sangat sayangkan korang suatu masa dulu? Iye.. surat tu dari seseorang
yang sangat-sangat sayangkan aku.. seorang kawan sebenarnya.. yang sangat
perhatian dan perihatin pada aku.. bila baca balik, terusik jugak jiwa aku ni..
bukan apa.. dalam surat tu dia luahkan apa yang dia rasa terhadap apa yang aku
pernah buat kat dia.. mmm.. * tiba-tiba macam speechless pulak!
"..Maafkan saya wak..
Saya manusia
biasa.. zaman muda remaja saya juga saya lalui macam orang lain.. ada nakal dan
jahatnya.. tapi.. saya tak pernah berniat nak mainkan perasaan awak dulu.. saya cuma..
cuma.. tak berdaya.. maafkan saya.. awak tau kan.. suatu waktu dulu, saya memang sayangkan awak.. awak terlalu baik pada saya.."
Rupanya,
banyak lagi surat-surat dia yang aku tak berjaya bakar.. maklum.. dulu rasanya
dah bakar sepenuhnya.. rupanya masih ada yang terselit.. bukan apa.. surat
zaman budak-budak ni nak simpan rasa malu jer bila terbaca balik.. alah.. cinta
monyet gayut-gayut.. hahaa.. Aku ada, Kau ada? Cewahh.. tu sebab baru jer semalam
aku lepas tengok cerita tu.. boleh tahan jugak kisah cinta dia.. syiok sangat
layan Shaheizy Sam ganding ngan Yana Samsudin.. sebelum tu aku layan 8 Jam..
pun pelakon yang sama.. ntah kenapa tiba-tiba rasa macam jatuh cinta pulak dengan
pasangan ni.. uikss!! Lalalaa..
So, secebis
pucuk-pucuk surat yang ada ni aku buat keputusan untuk simpan jer laa..
kadang-kadang bila baca balik pun syiok jugak.. bukan apa.. simpan sedikit
kenangan zaman remaja yang kadang-kadang aku hampir terlupa tentangnya.. bila
dah melalui hiruk pikuk zaman tua ni macam tulah.. terlupa yang kita pernah
lalui kisah ini.. kisah itu.. yang penting, melalui zaman remaja tu kita kena
bijak untuk memikirkan apa yang terbaik buat diri kita.. agar kita tak lalui
kisah hidup yang penuh dengan penyesalan.. Alhamdulillah.. aku menjadi manusia..
yang masih memegang adat timur berlandaskan syariat islam sebaiknya..
InsyaAllah..
Yay!
Esok dah nak
kerja.. tak puas pulak cuti rasanya.. oklah korang.. aku nak pilih baju ni...
nak gosok untuk dipakai sok.. cukup dulu setakat ni ek!
Adioss..
Adioss..
No comments:
Post a Comment