Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
Ntah tak tau kenapa.. tiba-tiba saja nak update entry kali ni dengan cerita pendek hasil dari kemerepekkan aku sendiri.. hahahaa.. kalau lebih tepat tu orang sebut Cerpen laa.. karya hasil dari imaginasi aku yang tengah bosan sebab kerja yang sangat banyak dan berlambak neh.. woit! Kerja banyak bukannya kau nak settle kan.. kau boleh karang cerpen pulak! Aduhh.. nak buat macam mana.. otak tengah jem nak buat kerja.. aku buat la kerepek pisang versi cerpen ni.. dan sudahnya.. terhasil la cerpen bertajuk Aku Memang 'Sayang' Kau! yang sememangnya tidak dirancang sama sekali ni..
Selamat membaca ek korang..
Nak komen tu, tak payah happening sangat lah yer.. aku bukan reti mengarang pun.. ni saja suka-suki jer pun.. bosan tahap gaban dah wehh..
Hopefully, korang enjoy dengan cerita ni..
Hopefully, korang enjoy dengan cerita ni..
AKU MEMANG 'SAYANG' KAU!
Ahh! Kebelakangan ni rasa macam
tak sedap jer la.. apa yang tak sedap pun aku tak tau.. nak kata makan, selera
jer pun.. tak sedap hati ker? apasal pulak? Aduiyaii.. Dus! Dush! Dush! Okehh..
bangkit dulu dari angan..
“Kau kenapa?!” sapa Maia..
mendekati aku..
“Kenapa?!” aku menoleh Maia.. berkerut..
jawab dengan soalan balik.. seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku..
bila pulak minah ni masuk bilik.. tak dengar pun kuakkan pintu.. ker.. aku yang
tak dengar? Huk alohh..
“Kau tu kenapa?” Maia dah duduk
sebelah aku.. “Aku tengok dah macam mengigau disiang hari pulak!” Ehh.. aiseh..
lagak dush! dush! aku tadi terpamer ker? ni aku confuse ni.. memang sah la ni..
tanpa sedar.. ter-over acting pulak! “Kau ada masalah ker Min? share laa..”
Maia memandang aku..
“Eh.. tak adalah.. kalau aku ada
masalah.. dah confirm-confirm kau orang pertama yang aku bagitau tau..” aku
tersengih sambil memeluk bahu Maia.. kau memang kawan yang baik Maia.. kepala
aku labuhkan ke bahu Maia.. “Maia..” aku bersuara perlahan..
“Hmm..” Maia tak berganjak..
hanya suara kedengaran menyahut.. aku masih menyandar dibahu Maia.. tangan yang
memeluk bahu Maia aku rendahkan ke pinggang dia.. “Kau sayang aku tak?!”
“Sayang!” jawab Maia
bersungguh.. “Kenapa? Err.. kau ni okey ke ni? lain macam pulak aku tengok..”
Maia memegang tangan aku.. menoleh sedikit cuba memandang aku yang masih lagi
menyandar di bahu Maia..
“Sayang macam mana?” aku
memancing jawapan..
“Ehh kau ni Min.. jangan cakap
tiba-tiba mood Les kau datang pulak ekk.. seriau aku!” Maia sedikit bergerak
ketepi.. aku pandang Maia dengan muka yang sengaja aku buat comel.. pelukan
dipinggangnya aku kemaskan.. “Dah! Dah! Malas aku nak layan kau..” Maia terus
bangun, mencapai tuala.. nak mandi la tu kot.. balik dari kelas tadi dengan tak
buka tudung terus sergah aku.. aku? Kelas aku habis awal tadi.. dah siap mandi
solat bagai.. aku tersengih.. takut rupanya Maia.. hahaa.. best jugak sakat
Maia macam tu.. aku merebahkan badan ke katil.. sedapnya dapat baring macam
ni..
Maia.. nama penuh, Maia Auliya.. Sebenarnya,
bukan baru sebulan dua aku kenal Maia.. Maia tu roommate aku sejak dari sem satu lagi.. kawan yang sangat baik..
pendengar yang baik.. segalanyalah yang baik.. terbaaikk..! macam bak kata boboiboy
tu.. hee.. Maia ni tak banyak karenah.. dia sangat memahami aku yang
kadang-kadang unpredictable ni..
“Kau dah solat asar ker?”
sergahan Maia yang baru keluar dari bilik air mengejutkan aku yang sekali lagi
tengah mengelamun ni.. aku hanya tersengih mengangguk.. Maia.. Maia.. cepat jer
dia masuk line kalau aku ni tengah berangan..
“Maia.. aku serius ni..” aku
sambung menyakat Maia..
“Serius apa sayang..” sahut Maia
lembut.. uiks! Maia ni.. nak takutkan aku pulak ker? tiba-tiba aku pulak yang
seriau.. aisehh.. Maia memandang aku tepat sembil tersenyum nakal.. okey okey..
aku stop.. tak berani pulak aku.. selimut terus aku tarik kemuka.. aku dah tak
dengar suara Maia.. dia buat apalah agaknya.. ah! biarlah..
“Haahahaa.. hambikk kau!”
tiba-tiba Maia ketawa deras.. “ tau takut ek.. tadi seriaukan aku..” aku
menarik selimut separas hidung.. hanya menampakkan mata sahaja.. aku menjeling kearah
Maia..
“Kau ni..” aku terus bangun
mencapai bantal.. aku lemparkan tepat ke badan Maia yang sedang duduk di birai katilnya..
“aa. buat! buat! kalau dah rasa lapar sangat nak makan penumbuk aku ni, buat la
lagi!” aku tengok Maia hanya ketawa kecil.. suka sangat lah tu dapat kenakan
aku!
* * *
* *
“Mai.. hari ni aku balik lewat
sikit tau..” beg sandang aku capai.. hari ni kelas start pukul 8 pagi.. agak
kelam kabut sikit.. maklum.. malam tadi tidur lewat..study la konon.. ceh! “..aku
ada date petang ni.. lepas kelas.. dengan En. Misai..” aku mengenyit mata.. aku
tengok Maia hanya senyum mengangguk.. aku terus melangkah keluar dari bilik..
huhh.. lama rasanya tak dating dengan cik abang sorang ni.. karang merajuk
pulak.. parah.. aku yang perempuan ni pun payah nak merajuk.. dia pulak yang
lebih-lebih macam perempuan! hadoilaa.. nasib kau handsome En. Misai.. kalau
tak lama dah aku blah.. cehh.. iyer ker? bukan kau sayang sangat ke dekat En.
Misai kau tu Min..? ek ehh.. aku ni dah terlebih sudah neh.. terlebih
berangan.. bercakap dengan diri sendiri.. uiks!
Kelas
sepanjang hari ni berlalu macam angin jer.. satu apa pun tak masuk dalam kepala
aku ni.. entah laa.. aku ni kuat berangan ker? mengelamun? aku sendiri tengah confuse
ni.. tak sedap aku ni dari semalam tak hilang-hilang juga.. tapi memang confirm
bukan hati aku yang rasa tak beberapa nak sedap ni.. bukan.. tak pulak.. kot!
aduhh.. kenapa ni ya.. tiba-tiba bahu aku dicuit.. aku tersentak lalu menoleh..
“Lama tunggu?” Rian tersenyum
memandang aku.. aku berbalas senyum. oh yer.. terlupa pula nak bagitau.. Rian ni
lah yang aku gelar En. Misai.. nama penuh dia, Adrian.. Adrian Shakir..
memang aku sengaja gelar En. Misai.. sebab misai tulah tarikan yang ada pada
Rian ni.. aku suka tengok muka dia yang berkumis tu.. handsome!
“Tak adalah.. baru jer pun
sampai.. tapi.. agak penat jugak la berdiri terconggok jer kan..” aku menjuih..
aku sendiri tak sedar lama mana aku menunggu.. asyik sangat sibuk mengelamun
tadi..
“Jomlah.. kereta saya kat sana..”
“Err.. kita nak pergi mana ya?!”
“Keluar laa.. tak kan nak dating
kat dalam kampus awak ni pulak!” ehehh.. aku tersengeh.. iya tak ya jugak kan..
hadoii laa.. kenapa dengan aku ni? mengong betul laa..
Sepanjang
perjalanan tu aku hanya berdiam diri.. termenung.. aku tak pasti apa yang aku
fikirkan.. cuma.. yang aku sedar otak aku memang tengah ligat berfikir.. boleh
penat badan woo macam ni.. mana taknya.. kuat betul otak aku bekerja.. kata
orang, penat otak lagi dasyat dari penat badan.. betul la tu kot! aku sempat
mengerling Rian.. dia pun senyap jer.. kusyuk memandu ker? ehehh..
“Awak.. pergi tengok wayang okey
tak?!” tiba-tiba Rian bersuara.. aku hanya mengangguk perlahan..
“Okey jer.. awak nak tengok
cerita apa? ada cerita best ker?!” aku bertanya kembali..
“Awak nak tengok cerita apa?”
aduii.. ni yang aku malas ni kalau soalan dijawab dengan soalan..
“Saya tak kesah wak.. ikut jer..
tapi.. cerita orang putih laa..” tak ada hati pula rasanya nak layan cerita
melayu buat masa ni.. tengok tajuk.. pelakon.. lebih kurang sama jer.. mesti
jalan cerita pun ala-ala gitu.. bosan lahh.. “Mama.. haa! Layan cerita Mama
wak.. macam best jer.. okey tak?”
“Mama?! Cerita apa tu? tak penah
dengar pun..” Rian memandang aku..
“Ada wak.. cerita baru..” aku
mengangkat Thumbs Up sambil mengenyit mata.. huhh.. bajet macam cerita tu best
sangat.. tengok pun belum.. hahaa..
“Awak ni.. tarik hidung tu
karang!” cepat-cepat aku menepis tangan Rian yang hampir nak sampai kehidung
aku.. ek ehh dia ni.. suka-suki hati mak bapak dia je nak tarik hidung anak
dara orang.. dah ada lesen ker?
“Apasal pulak nak tarik-tarik
hidung orang ni!” aku mengetap bibir.. geram pun ada neh.. nasib baik sempat
tepis.. kalau tak, siku jugak aku balas tadi..
“Geram!” dia menjawab selamba.. “Cik
Hanna Yasmin.. awak tau tak awak tu comel sangat bila buat muka camtu..” huhh..
peril la tuh.. “saya jadi geram.. rasa macam nak kunyah-kunyah jer.”
DUSHH!
Hahahaa.. kan dah kena sebijik tumbukan padu kat bahu tuh.. ingat aku ni gula-gula chewing gum ke nak kunyah-kunyah! Hampeh punya boyfriend!
* * *
* *
Sejak dari
semalam aku tengok Maia senyap jer.. dah kenapa pulak dengan Maia ni.. macam
tak best jer aku rasa.. dah macam dok sorang-sorang pulak kat dalam bilik ni.. kalau
kat luar okey jer pulak.. masuk bilik jer senyap! tak nak borak-borak dengan
aku lagi ke? marah pasal aku baling bantal hari tu kot tak? Ehh.. tak kan la..
bukan kuat pun.. tak kan sakit pulak.. Aishh.. macam-macam main kat kepala aku
ni.. aku tengok Maia asyik jer dengan laptop dia.. dalam keadaan dia yang baring
meniarap atas katil tu cukup meletakkan posisi dia yang mudah disergah aku
tanpa perasan.. Yes! best juga ni kenakan dia.. tapi.. dia tengah buat apa ya? buat
assignment ker? aku bingkas bangkit dari katil.. perlahan melangkah kearah Maia
yang tengah leka tu.. lama aku berdiri betul-betul kat sebelah Maia.. sah dia
tak perasan.. aku pun apa lagi.. terus melompat belakang Maia..
“Woiii..!! Kau gila ke apa ni?! tak
reti-reti ke nak bagi salam ke apa ker?” alamak.. marahnya Maia.. tak pernah
aku tengok Maia macam ni punya marah..
“Alaa Mai.. sorry laa..” sambil
melabuhkan diri disisi, aku terus memeluk Maia.. katil single ni bukan la besar
sangat pun.. tapi dengan keadaan fizikal Maia yang sama kurus dengan aku ni
memang tak ada masalah laa.. still muat lagi kalau nak share katil pun.. Maia sedikit
menolak aku dengan bahunya..
“Tilam kau basah kencing malam ke main
landing-landing kat katil aku ni?!”
“Alaa Mai.. nak manja-manja
dengan kau pun tak boleh ker?” aku memeluk Maia erat..
“Jap jap.. aku memang
sangat-sangat confuse sekarang ni.. kau ni dah kenapa sebenarnya?” laptop yang
Maia pengang ditutup.. “..err.. Min.. boleh tak kau lepaskan aku kejap?” Maia
menolak aku perlahan.. nak escape lah tu.. aku tak kira.. nak jugak peluk kau! “Min..
kejap laa.. aku nak simpan laptop ni laa.. bukannya nak lari pun..” aku
tersengeh.. melonggarkan sedikit pelukan.. tapi baju Maia aku pegang erat..
macam la Maia tu nak lari.. hahaa.. “Okey.. boleh kau jelaskan kat aku
satu-persatu tak? Kau ni kenapa sebenarnya?”
* * *
* *
“Hello Assalamualaikum..”
telefon yang berdering tu aku angkat.. kacau betul laa.. tengah syiok tidur cuti-cuti
hujung minggu ni, ada jer lah yang nak mengganggu..
“Wa’alaikumussalam wbt..” suara
dihujung talian cukup aku kenal.. nak apa pulak En. Misai aku sorang ni..
pagi-pagi lagi dah telefon.. nak kata ada janji, tak pulak.. “..sayang.. tidur
lagi ker?” aku mengangguk.. ehh! apa hal.. bukannya di nampak pun.. cehh..
Hari ni tak
ada aktiviti.. nak lepak dalam bilik jer ker? Maia? ada program tak yer.. call
Rian tadi aku menolak pelawaan dia nak keluar bersama.. terasa malas pulak..
rasa macam nak rehat.. penat.. tapi bila dah asyik memerap jer dalam bilik
bosan juga.. Maia tak nampak pulak batang hidung lepas sarapan tadi.. mana
pulak perginya.. Hahh! panjang umur.. pintu bilik dikuak..
“Min.. kau buat apa hari ni?”
“Laa.. kau ke Ra.. aku ingat Mai
tadi..” Rara meluru masuk.. macam biasa.. Rara ni memang rajin melawat bilik
orang.. bilik dia, bilik dia.. bilik orang pun bilik dia juga.. “Pintu bilik
aku tu kena hanyut dek hujan semalam ker?” aku memanjangkan leher menjengok ke
muka pintu..
“Hanyut?” aku tengok muka Rara
berkerut.. tak paham rupanya minah sorang ni..
“Haa laa.. tak dengar pun bunyi kau
ketuk pintu tadi..”
“Hampehh! Kau peril aku ek..”
Rara menumbuk kecil bahu aku.. “sengal..” Uiks!.. sedap jer cakap orang sengal..
“Oii..! bukan kau ke yang
sengal.. main redah jer bilik orang.. dah tak reti-reti nak ketuk dulu? bagi salam
ker kan..” aku mengosok-gosok bahu yang agak sengal juga la ditumbuk Rara tadi..
“Huhh.. engkau Ra, kalau aku tak jemput pun kau akan lepak bilik aku jugak kan..” jelingan manja aku lemparkan.. sesekali sakat si Ra ni best juga.. “Kau ada plan tak? Aku pun bosan jugak ni memerap jer dalam bilik.. Maia entah kemana.. lepas sararapan tadi terus lesap.."
“Keluar jom!” Rara memberi idea..
“Keluar kemana..? aku baru jer tolak
pelawaan En. Misai aku tu keluar.. kalau terserempak nanti apa pula dia cakap..”
Rara aku pandang tepat..
* * *
* *
Aku sangat-sangat
pasti yang Maia kerap mengelak dari aku.. kalau aku ada dalam bilik, dia jarang
lepak sama.. kalau aku kat luar, rajin pula dia memerap kat dalam bilik ni..
kadang-kadang aku dah nak tidur baru dia masuk.. Maia ni lepak bilik siapa?
keluar dengan boyfriend ke? siapa pulak boyfriend dia? tak pula dia pernah
cerita.. jam aku kerling didinding dah dekat nak pukul 12 tengah malam.. lampu
bilik aku matikan.. tidur lah.. pandai lah Maia tu jaga diri.. yang aku ni
sibuk sangat apahal! sedang aku bermonolog sendiri.. pintu bilik dikuak perlahan..
aku lihat kelibat Maia dalam suram cahaya corridor.. belum sempat pintu bilik
ditutup Maia.. aku bersuara..
“Pergi mana Mai?!” aku bangun
dari pembaringan..
“Ehh! Kau tak tidur lagi ker?”
terkejut..
“Kau keluar dengan boyfriend
ek.. sampai hati kau tak bagitau aku..” buat-buat merajuk..
“Kau siapa aku nak bagtau!”
uiks! kali ni betul-betul aku tersentak.. Maia ni marah aku ker? kenapa nak kasar-kasar
macam ni.. perlu ke?
“Mai.. sorry la.. aku gurau
jer..” aku cuak.. aku tengok Maia diam.. langsung tak bersuara.. “Mai.. kau
marah aku ke ni? serius aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau..” Maia masih
lagi diam.. dia mencapai tuala terus berlalu ke bilik air.. aku akan tunggu kau
Mai..
Selesai
mandi aku tengok Maia masih lagi buat tak tahu dengan aku.. rambut dia yang
basah mengurai tu di lap-lap.. aku masih lagi menunggu.. perhatikan setiap
gerak Maia.. “Mai..” aku bersuara perlahan.. Maia mengerling aku.. “Mai..” aku
bersuara lagi..
“Apa..” Mai menjawab endah tak
endah..
“Kau marah aku ke? aku minta
maaf laa..” aku dah mula tak sedap hati..
“Boleh bagi 10 sebab tak kenapa
aku ni nak marah kau?!” Maia bersuara keras..
“Tengok.. nada suara kau jer dah
tunjuk yang kau tu tengah marah aku..”
“Dah la Min.. aku nak tidur..”
aku yang tegah duduk kat birai katil ni cepat-cepat bangun mencapai tangan
Maia.. aku tarik perlahan mendekati aku.. punggung aku labuhkan semula atas
katil.. Maia berdiri menghadap aku.. kepala aku dongak memandang Maia yang
sedang berdiri kaku memandang aku..
“Mai.. aku minta maaf.. tak nak
la marah-marah macam ni..” aku menggoyangkan tangan Mai.. “Sorry ek.. aku sedih
la kalau orang yang aku sayang marah-marah macam ni..” aku dengar Mai
mendengus..
“Kau sayang aku macam mana Min?” suara Maia sedikit keras memandang aku tepat.. aku hanya membalas renungan sayu.. tangan Maia semakin
aku genggam erat.. perlahan aku bangun mendekatkan diri dengan Maia.. mata kami bertentangan.. pandangan kami bertautan.. muka Maia semakin hampir ke muka aku.. dada berombak deras.. aku dapat rasakan degupan jantung yang semakin laju.. Mai..
kalau kau tahu macam mana sayangnya aku pada kau.. aku takut kau akan pergi lebih
jauh dari aku.. sekarang pun kau dah jauh dari aku.. Mai.. aku sayang kau..
aku.. dah jatuh ‘sayang’ dengan kau Mai.. bukan sekadar kawan.. tapi lebih dari
itu.. maafkan aku.. aku tak sedar sejak bila perasaan ni berubah.. tanpa aku
sedar Mai.. tanpa aku sedar.. bukan juga kemahuan aku.. kerana aku tahu.. ini
bukan fitrahnya.. aku cuma manusia biasa..
* * *
* *
Mata aku hanya
mampu mengekori langkah Maia yang terkocoh-kocoh keluar.. tanpa
sebarang pesan dan salam.. awal Maia keluar hari ni.. ada kelas pagi kot.. so,
pagi ni aku tak ada aktiviti.. kelas pukul 2 karang.. banyak masa ni.. kemas bilik jer laa.. tapi otak aku masih ligat memikirkan kejadian semalam..
dah tentu Maia marah aku.. silap-silap, tak nak duduk sebilik dengan aku dah
kot! Aisehh..
“Hello Assalamualaikum..”
telefon diatas katil yang berdering aku angkat.. dah tau dah siapa yang call..
buah hati kesayangan.. En. Misai..
“Sayang.. awak buat apa tu..”
sapa Rian dihujung talian..
“Uiks! dah tak reti nak jawab
salam ke?” aku mendengus..
“Ehh.. sorry.. wa’alaikumussalam
wbt..” kami berbual panjang.. langsung lupa dengan agenda aku yang nak kemas
bilik pagi ni.. panas telinga dah.. lama sangat memekap telefon ditelinga.. dari duduk
membawa kebaring.. meniarap.. menonggeng.. semua aksi dah aku buat.. terleka
pula aku nak kena bersiap nak pergi kelas..
“Yang.. saya ada kelas ni pukul 2.. nak bersiap dulu.. malam karang kita sambung lagi ek?!” terfikir pula..
Rian ni tak kerja ke? boleh pulak bergayut lama pagi ni.. ah! lantaklah.. ada
aku kesah? Hahaa.. Rian pun tak cakap
apa.. aku pulak yang dok penatkan otak berfikir buat apa! “Iya.. iya.. i miss
you too.. rindu sangat!” aku buat suara manja.. talian aku matikan.. aku kena
mandi dan bersiap.. sempat juga nak makan tengah hari dulu ni kat kantin kampus
nanti sebelum masuk kelas..
Aku bersaing
dengan Rara ke kelas.. iya.. memang selalunya pun macam tu.. Rara atau nama
sebenar dia Lenny Yusmira.. selesa dengan panggilan Rara dikalangan
kawan-kawan.. satu kelas dengan aku.. so, memang selalunya lah aku bersaing
dengan Rara kalau ke kelas.. kecuali kalau Rara ada program kelab atau
persatuan di kampus..
“Ra.. makan dulu kat kantin jom!”
“Orraaiittt..!” Rara hanya
mengikut.. sampai di kantin aku nampak Maia dengan budak-budak classmate dia
tengah makan sambil borak-borak.. Maia perasan aku.. aku melambai senyum..
begitu juga Rara.. tapi apa yang aku lihat, Maia cuma membalas senyum tawar..
“Kau ada masalah ke dengan Maia tu Min?”
“Hah?!” aku terkejut dengan
soalan Ra yang tanpa disangka tu.. “tak adalah.. nak ada masalah apa pula..?“
“Tak ada laa.. dah lain macam
jer aku tengok.. dulu kau orang kan rapat!” mmm.. nampak sangat ke sampai Ra
pun boleh cakap macam tu..
* * *
* *
Elok sahaja
aku mencampakkan beg atas katil, Maia pula bingkas bangun dari katil dia.. nak kemana
pula Maia ni.. dia berlalu melepasi aku.. segera aku meraih tangan Maia.. “Mai..
aku jarang dapat borak dengan kau sekarang.. aku balik dari kelas kau nak
keluar pulak..” langkah Maia terhenti.. dia kaku disitu.. perlahan Maia aku
peluk dari belakang..”Kau tak sayang aku ke Mai..” aku melagakan pipi aku ke pipi Maia.. wangi..
pelukan aku eratkan..
“Sayang..” terdengar suara sayup
Mai menjawab.. aku kaget! melonggarkan pelukan, aku memusingkan badan Mai
menghadap aku.. “Sayang la pendek!” pipi aku
dicubit.. ek ehh.. tak paham aku Maia ni.. kejap okey.. kejap macam tak okey
pulak dengan aku ni.. “Kau kan satu-satunya kawan rapat aku.. dah
tentu-tentulah aku sayang.. ngok!” kepala aku pulak di duku.. aiks.. ni dah
melebih ni.. dah la panggil aku pendek.. cakap ngok lagi.. kepala aku pulak di
duku.. apa ingat tak bayar fitrah ker? macam tinggi sangat jer.. lebih satu
inci jer pun.. tinggi la sangat tu! “..and please.. kau jangan meroyan macam tu
dengan aku boleh? geli la aku.. seriau!”
“Tapi.. malam tu kau balas cium
aku kan..” aku tengok Maia kaget.. “haa.. kau tak nak mengaku ek.. kau pun
sebenarnya meroyan kat aku kan..”
“Gila!”
“Siapa gila?!”
“Kau la gila!”
“Apasal pulak aku?”
“Memang kau la..”
“Apasal?”
“Sebab kau gila!”
“Kau la yang gila!”
“Kau tak suka Rian ke Mai.. kau tak suka aku berkawan dengan dia ek?” aku bersuara.. dah lama aku perhatikan Maia.. dulu tak macam ni.. okey jer dengan Rian.. siap boleh juga temankan aku keluar dengan Rian..tapi semenjak dua menjak ni Maia seolah tak suka.. kenapa? aku terlalu leka melayan Rian ke? Maia tersisih? atau.. Maia rasa aku dah tak banyak habiskan masa dengan dia.. Maia masih diam.. sedang cuba melepaskan genggaman aku.. “Mai.. jawab laa..” tangan Maia aku goyang-goyang..
Maia menoleh
menghadap aku.. “Min.. bukan tu maksud aku Min.. tak! bukan macam tu.. aku..” muka aku Maia raih dengan kedua belah tapak
tangan dia.. muka aku direnung.. “aku tak pernah tak suka kau berkawan dengan
Rian.. malah aku sangat gembira tengok kau dengan dia.. happy loving couple..”
Maia menarik nafas panjang.. “aku belum tentu dapat macam tu Min.. cuma.. aku
tak faham.. dan aku rasa kau pun mungkin tak akan faham..”
“Maksud kau?!”
* * *
* *
Hari ni
terasa sangat nak keluar dengan Rian.. nak keluar kemana pun tak pula aku plan..
tapi yang pasti aku teringin sangat nak sentiasa disisi Rian.. bangun-bangun
tidur tadi dah tak nampak dah kelibat Maia.. mandi ker? tak dengar pula bunyik
shower dalam bilik air tu.. telefon dimeja aku capai.. telefon Rian lah.. aku
tersenyum..
“Hello Assalamualaikum.. yang! awak
kat mana? Keluar jom!” rindu pulak rasanya lama tak keluar dengan Rian.. rindu
pada seraut wajah Rian yang iras Mario Maurer tu..
Aku
bersiap.. kejap lagi Rian dah nak sampai.. batang hidung Maia langsung aku tak nampak..
dah confirm-confirm la keluar tu.. tak apalah.. dah cuti-cuti macam ni nak buat
apa lagi.. ada sajalah aktiviti yang tak dirancang timbul.. tudung dikepala aku
kemaskan.. ops! bukan tudung biasa.. selendang menjadi pilihan aku untuk hari ni..
lilitan selendang aku kemaskan.. ceh.. dah macam Ainan Tasnim pula lagaknya..
comel juga aku ni.. macam Aom Sushar dipakaikan selendang.. hahaa.. siapa lagi nak puji kan.. puji diri sendiri lah!
Sepanjang
dalam perjalan tu aku berborak sakan dengan Rian.. ketawa.. bergurau..
seolah-olah macam dah lama sangat aku tak berjumpa dengan dia.. Rian aku tengok
pelik semacam memandang aku.. tapi dia tak luahkan.. selamba jer dia melayan
karenah aku.. iyalah.. agaknya sebelum ni aku jarang nampak happy semacam bila
bersama dia kot.. selalunya banyak diam dan biasa-biasa sahaja.. Rian sangat
menghormati aku.. tak pernah langsung sepanjang kami keluar di cuba pegang
tangan aku.. sentuh aku.. atau mengambil kesempatan terhadap aku.. itu yang aku
suka tentang dia.. sebab dia tau aku tak suka..
“Aiks! Ada malaikat lalu ker?”
Rian memandang kekiri ke kanan.. lagak orang yang tercari-cari..
“Hah?!” aku tersentak..
“Iyalah.. tadi elok jer bising..
tiba-tiba senyap pula.”. owhh.. senyap sebab aku mengelamun sekejap tadi kot..
sibuk melayan jiwa yang sedang teringatkan sikap Rian sepanjang kami bersama..
entah kenapa.. perlahan aku meraih tangan Rian.. elok la kereta Rian ni auto..
tak mengganggu kot.. Rian terkejut.. aku mendekatkan tangan Rian ke
pipi aku.. Rian macam kaget..
“Saya
pun sayang awak.. terima kasih.. sebab sudi sayangkan saya..” tiba-tiba.. “Berhenti wak! Berhenti!” aku
menjerit.. terpandang kelibat Maia dihujung jalan.. tangan Rian aku lepaskan.. Rian terpinga-pinga.. tak mengerti.. malah tak faham langsung.. Rian memperlahankan kereta dan berhenti dibahu jalan.. aku meluru keluar
mendapatkan Maia.. Rian hanya memerhati.. “Mai..!” aku menjerit memanggil Maia yang baru sahaja hendak
menyeberang jalan.. langkah Maia terhenti.. die tersenyum memandang aku..
“Awak sayang saya?!” aku bertanya perlahan..
“Sayang laa.. sayang sangat! kenapa?” Rian menoleh.. hairan..
“Ehh.. kau dari mana ni Min?”
terus tangan aku diraih.. Maia menggenggam tangan aku erat.. aku masih lagi
tercungap-cungap..
“Kau nak pergi mana ni? sorang
ker?” tanpa menjawab soalan Maia, aku tubikan pula dengan soalan..
“Cari barang sikit.. barang aku
banyak dah habis kat billik tu..” jawab Maia..
“Tak ajak aku pun.. tak sudi nak
keluar dengan aku ek?!” genggaman tangan Maia aku goyangkan..
“Kau ni buat apa kat sini?!” tak
pula dia menjawab soalan aku.. malah menyoal aku balik..
Sreeetttt...!! Duummmm..!!
“Yaasssminnnn…!!” terdengar sayup-sayup suara Maia menjerit kuat.. Maia berlari mendapatkan aku.. itu yang sempat aku lihat..
Pandangan aku mulai kabur.. suara-suara disisi aku kedengaran semakin kembang.. badan aku lemah tak bermaya.. sesekali batuk-batuk kecil ini memuntahkan darah.. aku dapat rasakan aku dipangku Maia.. aku dengar suara esak tangis Maia dekat sangat ditelinga.. Ya Allah.. kau ampunkanlah segala dosa-dosaku.. aku tak tahu apa yang jadi disekeliling aku.. aku cuma nampak kabur kelibat Maia yang erat memeluk aku dan Rian yang kuat menggenggam tangan aku disisi.. “Mai..” aku bersuara perlahan.. Maia mendekatkan telinganya.. “aku minta maaf Mai..” suara aku tersekat-sekat bersulam batuk-batuk kecil.. darah terus mengalir keluar dari mulut.. “tanpa aku sedar.. aku telah ‘sayang’kan kau lebih dari seorang kawan.. dan sayang aku pada Rian, hanya yang fitrah buat aku.. maafkan aku Mai..” Maia mengangguk-ngangguk.. sedang nafas aku turun naik.. aku terdengar bisik-bisik syahdu suara Maia..
“Min.. aku tak pernah
tahu apa maksud ‘sayang’ yang kau selalu tanya aku dulu.. dan aku tak tahu apa
yang kau harapkan dari aku..” suara Maia semakin esak.. terasa badan aku
terhenjut-henjut dek tangisan Maia.. “.. tapi.. kalau ‘sayang’ itulah yang kau
maksudkan.. jujur aku cakap Min.. aku memang 'sayang' kau! sayang sangat.. dah
lama ada rama-rama terbang dalam perut aku ni pada kau..” Maia tak pernah
sangka.. waktu dia bersama Yasmin sesingkat cuma.. “kalaulah aku tahu kau akan
pergi macam ni tinggalkan aku.. dah tentu aku akan tunjuk ‘sayang’ aku ni pada
kau sejak dari hari tu lagi..” tangisan Maia semakin kuat.. “aku keliru Min.. keliru..
keliru antara perasaan kau pada aku, pada Rian..” Maia tersedu-sedu.. “maafkan
aku Min.. aku juga telah ‘sayang’kan kau, sebagaimana kau telah ‘sayang’kan
aku..” Maia mengesat darah yang tak henti mengalir dimulut aku.. dengan sedu
teresak-esak, tanpa memikirkan keadaan keliling.. malah Rian juga.. Maia lantas mencium aku dibibir.. aku sedar tentang itu.. aku dapat rasakan.. “hadiah dari aku untuk kau sayang.. kerana pernah menolaknya dulu..”
Maia berbisik perlahan.. sedaya aku
mengukir senyuman.. aku melihat Rian dengan pandangan sayu.. maafkan aku Rian..
terima kasih Maia.. aku memejam mata perlahan.. nafas aku tarik dalam-dalam..
perlahan aku hembuskan dengan kalimah.. Laa.. ilaa.. ha illallahh..
~ KITA TAK SEDAR..
~ KITA TAK SEDAR..
BILA-BILA KITA AKAN JATUH ‘SAYANG’ PADA SIAPA-SIAPA PUN..
CUMA YANG
PERLU KITA SEDAR..
HARGAILAH MASA YANG KITA ADA UNTUKNYA..
SEBAB KITA TAK AKAN
TAHU..
WAKTU ITU SESINGKAT CUMA.. ~
[ p/s ] : Maaflah kalau cerita ni menyentuh keperihatinan sesetengah pihak.. sengaja aku bawakan kisah kasih sayang dari sudut yang berbeza, sebab dah terlalu banyak sangat kisah kasih sayang biasa yang selalu kita baca.. ;))
[ p/s ] : Maaflah kalau cerita ni menyentuh keperihatinan sesetengah pihak.. sengaja aku bawakan kisah kasih sayang dari sudut yang berbeza, sebab dah terlalu banyak sangat kisah kasih sayang biasa yang selalu kita baca.. ;))
No comments:
Post a Comment