"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

27 August 2012

BERSEDIAKAH AKU..?!



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Hmmpphh.. apa yang aku nak ceritakan dalam entry aku kali ni, aku harap korang jangan gelakkan yer.. sebab ini bukan main-main.. benar-benar sungguh.. aku sekadar meluahkan..

*     *     *     *     *

                Dah lama sebenarnya aku simpan keinginan untuk mengenakan pudah.. Aku suka tengok remaja-remaja yang memakai purdah.. comel jer.. aku selalu searching dalam google wajah-wajah orang yang mengenakan pudah ni.. kat rumah pun kadang-kadang aku mencuba-cuba pakai purdah.. tapi dalam bilik jer laa.. takut juga kalau mak dan abah nampak nanti.. buang tebiat apa pulak anak dia yang sorang neh.. solat pun selalu berlengah-lengah.. berpakaian pun tak tentu arah.. sehinggalah aku terjumpa satu blog yang ada menceritakan tentang pemakaian purdah ni.. Ya.. itulah yang aku rasa.. kenapa hati ini terkadang teragak-agak untuk mencuba memakai purdah walaupun jauh kat sudut hati ni berkeinginan sangat..

Aku sedar.. banyak lopong-lopong yang aku perlu baiki dulu.. kekurang itu ini.. Ya.. berpudah tu perlu istiqamah.. dapatkah aku istiqamah dalam keadaan dan suasana yang sedang aku duduki sekarang? Dengan keadaan pejabat.. keinginan bersukan lagi.. Aku masih lagi kurang dalam mengenakan pakaian yang sopan-sopan.. masih lagi mengenakan fesyen-fesyen yang selesa dan mudah untuk dipakai.. berbaju kurung pun terkadang suka sangat nak lipat lengan walaupun tidak melebihi paras atas siku.. kan tak kena kalau aku berpurdah.. nanti dikata orang.. menjatuhkan pula imej islam bagi orang yang berpurdah.. aku belum bersedia sebenarnya.. ya.. belum bersedia..

Keinginan aku dah lama.. tapi berpurdah ni memerlukan penelitian dari banyak sudut dan faktor.. kalau boleh tak nak lah berpurdah sekadar berfesyen, sedangkan tatasusila adat kesopanan muslimin islam berpurdah tu sendiri diketepikan sama sekali.. nak melakukan sesuatu tu niat kena perbetulkan dulu.. mampukah aku..?! ..aku belum layak.. sungguh aku belum layak..

Untuk melakukan sesuatu perubahan, kita perlu bersungguh-sungguh.. istiqamah.. dan sebelum mencapainya.. banyak perkara lain yang perlu kita ubah juga.. ternyata.. aku sememangnya belum bersedia.. ya.. aku tidak layak.. aku masih kurang dalam menjaga ibadahku.. akhlak aku belum cukup terpelihara.. lidah aku belum cukup basah dengan zikrullah.. tutur kata aku masih tidak mampu untuk menyenangkan hati orang lain.. tangan dan kaki aku pula belum cukup kuat untuk menapak ke ceramah-ceramah agama.. hati aku juga belum cukup kuat untuk sentiasa mengingati-Nya dan mata aku masih belum terpelihara dari menjaga pandangan..

Comelnya orang yang memakai purdah itu..


Ya Allah.. sesungguhnya.. aku tidak layak..
Ya.. kerana aku belum cukup bersedia..

No comments:

Post a Comment



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly