"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

10 August 2012

KISAH SEDIH AKU..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Aku masih lagi dalam mood bergabung..
Ehh..?! bergabung?! ..apasal lain macam jer bunyinya ek.. ber.. ber.. bergabung ker..?! * tiba-tiba kompius pulak.. uikss..! ehhh.. ber.. ber.. kabung laa.. aisehhh.. berkabung.. bergabung tu yang meletup mengandung tu kan.. adoii.. haaa.. aku masih lagi dalam mood berkabung merintih dalam kesedihan.. disebabkan mood berkabung tu la baru hari ni aku dapat kekuatan nak story dalam blog ni.. walhal kisah ni berlaku kelmarin.. sangat-sangat sedih..

Kelmarin, sewaktu dalam perjalan balik dari kerja.. dek kerana minyak kereta dah tinggal dua takuk, aku singgah stesen minyak kat taman atas rumah aku neh.. tak jauh dari rumah aku.. so, disebabkan sangat-sangat dekat.. aku pun mengambil keputusan untuk membawa kereta sesantai yang mungkin.. setakat 40 – 60 km sejam camtu.. maklum.. bulan-bulan puasa camni sampai rumah awal bukannya boleh makan pun kan.. dengan rileksnya aku memandu keluar dari stesen minyak shell tu sambil makan-makan angin.. (..tak makruh mahu pun batal tau puasa.. hee..) 

Nak dijadikan cerita..

Adoii.. sedihnya.. tak terdaya aku nak sambung cerita neh.. jap jap.. nak tarik nafas dulu.. fuhhh..

Okehhh..
Sewaktu aku dengan rileksnya sedang memandu.. tiba-tiba ada sepasang kekasih yang sedang bergurau senda berterbangan dengan gumbiranya sambil berkicau-kicau dihadapan kereta aku yang aku pandu perlahan..

Tulah.. kata orang.. kalau nak bercinta sekali pun.. jangan sampai terleka.. seronok-seronok sangat sampai terlupa yang keseronokan tu mesti akan membawa derita.. betul kata orang.. tengok.. cicak pun kata ya.. ehh.. sejak bila pulak ada cicak kat rumah aku neh.. kau macam tau pulak hati aku tengah berbicara ek cicak.. berbunyik pulak kau.. aishh.. cicak.. cicak..

Okeh.. berbalik pada cerita.. 
Sedang asyik pasangan kekasih itu bergurau senda dihadapan kereta aku.. tiba-tiba.. GEDEBUK..!! uikss.. dia langgar kereta aku laa.. dan tiba-tiba.. GRUKK..!! kereta aku sedikit terjungkit.. ah sudahhh.. terus aku tengok kat side mirror aku.. tak nampak.. aku kalih pulak pandangan aku kat cermin pandang belakang.. Ya Allah.. mati ke burung tu? SAHH..!! mati.. kepak dia dah terkepak.. Ya Allah.. berderau aku rasa.. terasa lari semua darah kat dalam badan aku ni.. pucat.. kat dalam kepala aku mulalah bermain-main.. apalah perasaan kekasih dia bila tengok kekasih dia tu mati kena lenyek.. mesti dia sedih.. baru jer seronok bergurau senda..

Salah aku ke? Tulah.. siapa suruh kau bergurau senda kat tengah-tengah jalan neh.. bukan aku yang langgar kau.. kau yang langgar aku.. lain kali kalau nak bergurau senda kat tengah jalan pun tengok la dulu keliling ada kereta ker tak.. bahaya ker tak.. ni kau main redah jer.. tapi.. walau macam manapun.. aku turut bersedih.. sebab aku tak pernah langgar mati.. dah la langgar mati.. lari pulak tu.. tapi aku bukan lari tau.. Cuma.. takkan la pulak aku nak berhenti semata-mata nak menunjukkan tanda simpati aku sebab dah terlenyek kekasih kau kan.. aku harap kau tak berdendam dengan aku.. maafkan aku burung.. aku tetap rasa bersalah.. aku tau apa yang kau rasa.. kau mesti sedih kan.. maafkan aku.. maafkan aku..

Gambar-gambar ni bukan gambar sebenar.. sebab aku tak tau burung apa yang aku dah langgar tu.. lagipun.. takkan la pulak aku nak berhenti semata-mata nk tangkap gambar burung tu iye tak? Silap-silap aku pulak yang kena langgar kat tengah-tengah jalan tu.. 

Adoii.. Sedihnya aku..

No comments:

Post a Comment



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly