Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum
wbt..
Tiada Yang
Kedua..
Aku tengah
layan giler cerita ni sekarang.. dah 2, 3 kali dok asik ulang-ulang.. tak bosan
lagi setakat ni.. sangat-sangat best! So, apa kata korang try layan sama..
tengok citarasa kita sama tak? Hahaa..
Sebelum tu
aku nak bagitau sikit beberapa part yang agak mengecewakan.. jalan cerita dah
menarik.. best.. sedih layan tu.. 2, 3 kali tengok pun masih boleh mengalirkan
airmata.. sebak.. disebabkan cerita ni jugak la aku baru tersedar yang Ayu
Raudhah ni sangat-sangat comel.. err.. kasar sangat tak kalau aku cakap aku macam dah jatuh cinta pulak dengan Ayu Raudhah neh.. huhh! Jangan pikir yang
bukan-bukan pulak ok..
Scene yang
ni.. dialog dan actingnya agak tak boleh blah sikit lah.. cer tengok jari pierre tu.. hahaa..
Kalau korang
perasan.. dialog dia dengan mak dia ni agak kompius sikit.. nampak sangat
macam yang penulisan skrip dia tu tak dikaji sebaiknya..
“Along tak balik Bu?”
“Eishh.. along kamu dah balik
dah minggu lepas..”
“Tak call pun.. kalau tak shira boleh balik.. lama tak jumpa along..”
Okeh..
korang hold dulu dialog tu kat situ.. nanti aku ulas kenapa..
Then scene
yang sama jugak terdapat dialog ni..
“Haa.. ibu ingat tak Azza? Dulu dia
menggandung kan? Dah bersalin dah?”
“Dah bersalin dah..”
“Anak dia umur berapa dah?”
“Dah 4 bulan dah umur anak dia..”
“Haa.. dah besar dah.. rasanya.. shira
yang kahwin dulu kan? Tapi.. dia dapat anak dulu.. rezeki dia kan..”
“..iyelah.. anak kita tu dah kahwin
5 bulan.. batang hidung menantu kita si Imran tu.. tak pernah pun nampak datang ke sini..”
“Dah menantu kita tu sibuk.. buat
kerja.. jadi macam mana kita nak buat..”
Nampak tak
korang? Shira ni kahwin dulu dari azza.. shira ni kahwin baru 5 bulan.. yang si
azza tu dah bersalin anak umur dah 4 bulan.. ??? azza ni mengandung sebulan jer
ke? Bila pulak si azza ni berkahwin? Haduihh.. spoil betul bila tengok cerita
best, tapi kantoi pulak kat situ..
Berbalik pada dialog yang aku suruh korang hold tadi tu.. kalau korang tengok cerita ni sampai habis.. tiba-tiba scene yang kat atas ni si shira ni macam ada dua orang adik beradik jer pulak..
“Abang jangan tinggalkan saya yer.. kalau Lan pun dah balik England.. saya dah takde siapa-siapa lagi..”
Mana pergi along dia yang dia cakap di awal cerita tadi? Pelik kan? duduk England jugak ker? adik dia Lan tu boleh balik takkan along dia tak balik pulak kan? adoii.. kompius lah.. Mmmm.. mungkin busy kotz.. cehh.. buat andaian sendiri la jawabnya.. hahaa..
Tapi takperlah..
sedikit kecacatan tu memang boleh mengurangkan keseronokan jalan cerita ni..
tapi kehebatan pelakon seperti Ayu Raudhah sedikit sebanyak dapat menutup la
kekurangan tu pada aku.. hahaa.. ni kes dah jatuh cinta sangat la ni sampai tak
nampak buruknya lagi dah.. adoii..!!
Okeh.. itu
drama.. cerita ni sebenarnya diadaptasikan dari sebuah novel hasil penulisan Sania
Yasmin.. bagi korang yang dah membaca novel ni, mungkin korang boleh komen
sikit tentang kesalahan dialog tersebut.. biasalah.. kadang-kadang dalam novel
tu jauh sangat bezanya bila dah didramakan.. dan kadang-kadang diorang ni tak
perasan yang dialog tu dah lari dari jalan cerita novel sehingga boleh
merosakkan kelancaran maksud jalan cerita tu sendiri.. ntah laa.. hee.. overall,
cerita cinta romantis yang terbaik pada aku.. sedih layan siot.. jom layan sama
jom..
Ayu Raudhah
memang comel dalam cerita ni.. sangat-sangat comel!
Saya suka
saya suka!!
Comel kan?! Hahaa..
No comments:
Post a Comment