Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
Memandangkan hari ahad ni nak lawan Softball dengan Team Selangor di Meru, Klang.. insyaAllah kalau tak ada hal laa.. dan sangat-sangat jarang pulak turun training.. so, kena buat research sikit la..
Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di
peringkat antarabangsa. Tiga jenis tersebut ialah; fast pitch, modified
pitch, dan juga slow pitch. Huraian mengenai jenis permainan
adalah seperti berikut.
Fast pitch softball
merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola
dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya
lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau
sama dari posisi glove.
Modified pitch softball
Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah
untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch.
Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut
dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike
zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan
pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola
dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.
Slow pitch softball
Jenis ini memberikan
kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh
pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan
melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa
terhad kepada umur dan jantina.
Padang Softball
Permainan
Sofbal dimainkan oleh dua pasukan di lapangan sofbal. Setiap
pasukan minima memiliki 9 pemain dan selebihnya merupakan simpanan. Permainan
terdiri dari 9 babak yang disebut inning. Di dalam satu inning, pasukan yang
bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan
run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar
bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola
(catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul. Pasukan yang mendapat
giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola. Pasukan
yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang mendapat giliran memukul.
Pasukan yang mendapat giliran memukul mendapat kesempatan 3 kali mati (out)
sebelum giliran memukul digantikan pasukan yang bertahan.
Skor atau run dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua
base secara berurutan dan kembali memijak home plate. Setiap pelari yang
berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu larian. Waktu
permainan ditentukan oleh inning. Setiap pasukan mendapat giliran memukul
sampai 3 kali out dan mematikan pasukan lawan 3 kali out, disebut 1 inning.
Dalam tiap pertandingan sofbal masa permainan setidaknya 7 inning tergantung
situasi, atau lama waktu 2 jam. Setelah menghabiskan inning, pasukan yang
mendapat larian (run) terbanyak dikira sebagai pemenang.
Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah
pasukan dalam keadaan seri, inning tambahan di lakukan sampai salah pertama
pasukan keluar sebagai pemenang. Kondisi itu disebut tie break atau seri. Pada
permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan rumah (home team) mendapat
giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat giliran memukul.
Melempar bola (pitching)
Permainan dimulai pada saat umpire memulakan pertandingan dan
menjerit kata “Play Ball”. Setelah pemain bertahan (defense) memasuki kawasan
jagaannya masing-masing, permainan antara pitcher di pasukan bertahan dan
batter di pasukan memukul dapat dimulakan. Seorang pitcher berdiri di atas
plate dan menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha melempar bola sekuat
tenaga ke mitt catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang
disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas
home plate dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang dari lutut
batter. Jika bola dalam zon strike tidak terpukul oleh batter, maka umpire akan
berteriak “strike”. Manakal bola keluar dari zon strike, namun batter cuba
memukul bola maka umpire akan berteriak “ball”. Zon strike adalah zon dimana
bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat melempar, pitcher akan berusaha
membuat bola strike dengan sekuat tenaga agar batter susah untuk memukul bola
walaupun bola berada di zon pukulnya. Kehebatan seorang pitcher adalah
melemparkan bola dengan kecepatan tinggi dan dengan sasaran yang tepat.
Penangkap bola (catcher)
Dalam pertama pasukan
setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi dengan
kelengkapan perlindungan dan bertugas menangkap lemparan pitcher. Catcher
menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body
protector untuk melindungi kawasan badan dan legguard untuk melindungi kawasab
lutut ke bawah. Posisi catcher adalah berada di belakang batter. Seorang
pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi yang baik dengan isyarat-isyarat
untuk bekerjasama mematikan seorang batter. Seorang catcher kadangkala adalah
pengatur strategi yang baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat
seluruh situasi yang terjadi di depannya.
Penjaga (fielder)
Selain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang
fielder yang terbahagi dalam 4 penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang
penjaga kawasan luar (outfielder). Bahagian dalam iaitu penjaga base pertama
(1st base), penjaga base kedua (2nd base), Penjaga antara base kedua dan ketiga
(shortstop), dan penjaga base ketiga (3rd base). Sedangkan penjaga luar
terdapat di sebalah kiri (left fielder), tengah (center), dan kanan (right
fielder). Semua fielder (termasuk pitcher dan catcher) berusaha mematikan 3
orang pasukan lawan agar mendapat giliran memukul. Kerana run hanya dapat
dilakukan dalam posisi menyerang.
Memukul (batting)
Tiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike dan 4 kali ball. 3
kali strike akan membuat batter mati “Strike Out”. apabila 4 kali ball maka
batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base pertama yang di namakan
sebagai free walk.. Apabila batter berjaya memukul bola, batter akan berlari
sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap
oleh penjaga base pertama. Jika batter berjaya sampai di base pertama sebelum
penjaga base pertama menangkap bola maka batter “safe”. Namun bila penjaga base
pertama lebih cepat menangkap bola, maka batter “out”. Terdapat berbagai cara
memukul bola sofbal. Hit, Bunt, hit and run, Steal dan lain-lain. Tergantung
situasi yang terjadi saat itu. Berbagai-bagai jenis hit yang di gunakan sesuai
dengan strategi yang akan ditempuhi oleh pasukan penyerang.
Pattern Jersi idaman.. ;)) |
Tapi jersi Team Tiger kitorang ni tak berapa nak best lahh.. jersi tak dapat nak upload buat masa ni sebab tak dapat lagi..
No comments:
Post a Comment