"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

13 June 2012

RASA BERSALAH INI..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Seharian,
Rase bersalah ini menyelubungi hati dan jiwa..
Ntah laa.. riak dan ego apa yang telah menakluki jiwa..
Menguasai akal dan fikiran ketika itu..

Maaf..
Itulah ungkapan yang hanya mampu diluahkan..
Sekali lagi,
Maaf..

Tidak terniat untuk mempersendakan..
Tidak terniat untuk memperkecilkan..


Semalam,
Setelah selesai perlawanan badminton antara rumah sukan Pejabat.. tiba-tiba hati rasa tak sedap je.. jiwa rasa tak tenang jer.. apa yang dah saya buat ni? Kenapa mesti nak gelakkan orang sampai camtu sekali? Jahatnya.. Ya! Terasa diri ini sangat-sangat jahat..

                “Maafkan akak..”

Bukan disengajakan.. tergelak itu kerana kami rumah kuning pagi tu baru sahaja di ‘tarbiahkan’ dan ditaklimatkan dengan rule-rule dalam permainan badminton.. kami tak sehebat rumah merah yang punyai sebahagian pemain professional.. kami hanya biasa-biasa sahaja.. tetapi kenapa, sebahagian pemain perempuan rumah merah melakukan satu kesalahan yang terlalu minority.. perkara yang teramat simple untuk difahami.. dimanakah perginya sikap teamwork lelaki dalam membina sesebuah pasukan yang baik untuk pemain perempuan? Adakah kerana terlalu memberi perhatian kepada skill dan corak permainan? Sehingga terlupa rule didalam permainan?

                “Maafkan akak sekali lagi..”

Semasa kami di ‘tarbiahkan’.. kami ditunjukkan dengan lakonan oleh pemain lelaki.. siap dengan gaya dan coraknya.. kami tertawa dengan aksi itu.. seolah-oleh satu perbincangan yang amat menyeronokkan dalam menghadapi sesuatu perlawanan..

Tidak pula disangka, aksi yang dilakonkan pemain kami semasa sesi ‘tarbiah’ itu telah diadaptasikan oleh pihak lawan.. yang secara otomatiknya membuatkan saya secara individu tertawa..

                “Sekali lagi, maafkan akak.. Akak sedar sikap itu tidak wajar.. dan tidak patut.. akak tak punya niat apa-apa.. Cuma situasi itu memberi satu persepsi lucu pada minda terus membuat akak tertawa.. Maaf ya..”

Dalam permainan perlawanan persahabatan rumah sukan Pejabat macam ni, kita sebenarnya perlu saling support antara satu sama lain.. tapi sebagai mewakili rumah sukan masing-masing.. sikap ‘competitive’ tu perlu sebagai semangat pasukan..



**           Buat AYU dan ANGAH.. Korang tak kurang hebatnya berbanding kami.. terima kasih di atas persaingan yang diberikan terhadap perlawanan semalam.. seronok dan sangat-sangat enjoy.. ;))


No comments:

Post a Comment



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly