"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

14 June 2012

MAAF ANDAI AWAK TERLUKA..


Bismillahhirrohmannirrohimm &
Assalamualaikum wbt..


                “..adoii.. ngantuknya..” satu keluhan berat dilepaskan..

Mana tidaknya.. seharian tak tidur.. dah lama sangat tak berborak.. panjang juga sudahnya.. ingatkan nak berborak singkat.. sebab tak ada apa yang perlu diceritakan.. sengketa lalu sudah lama dilupakan.. tetapi hati masih terasa tawar untuk merasa sesuatu yang dulunya ada.. jiwa yang kosong masih tetap merasa kosong.. cuma.. ya.. cukup diakui.. ada sedikit rasa rindu.. sungguh.. ada sedikit kerinduan di sini..

Cukup lama tidak berhubung.. segala text dibalas sekadarnya.. tidak punya hati untuk membalas.. cukup sekadar untuk tidak terlalu nampak ketara yang awak telah diketepikan jauh dari hati ini.. tidak mahu awak terus terasa.. kerana kita sama.. punya rasa yang sama.. keterasaan lalu telah membawa hati ini untuk tidak terus berhubung.. diam adalah yang terbaik.. mungkin itulah jalannya.. takut akan lebih disakiti..

Saat ingin mengubah segalanya.. walau sudah berbulan membiarkan hati ini biasa-biasa.. terfikir untuk membalas text dengan sebaiknya.. mengharapkan perubahan agar menjadi lebih baik dari semalam.. perbualan yang pada dasarnya tidak langsung menyentuh hal itu.. sudahnya disentuh sedikit demi sedikit.. perkara yang asalnya tidak mahu dibincangkan sudahnya menemui jalan kebenaran..

Maaf kerana terlalu jauh bersalah sangka.. terlupa prinsip yang dipengang selama ni.. tidak mudah percaya pada yang lain.. tapi dia siapa.. bukan orang lain untuk ditolak ceritanya bulat-bulat.. awak tau kan kenapa? Kerana dia juga seseorang pada awak.. kerasnya hati ini bila terus-terusan menyimpan rasa ‘menyampah’ pada awak..

                “Maaf.. kerana membuat awak menangis..”

Tersentak juga mendengar tangisan itu.. terlalu sakit rupanya bebanan perasaan yang awak terpaksa tanggung dengan kelakuan ini.. Alhamdulillah.. semuanya sudah terungkai.. kita dah ok kan? Terima kasih sebab memaafkan.. walaupun hati ini telah menyimpan rasa ‘menyampah’ pada awak 3 bulan lamanya seperti yang awak hitungkan.. hati ini terima dengan redha kata-kata awak malam tadi.. cukup ambil masa sebulan.. untuk awak pula balas rasa ‘menyampah’ itu.. sungguhpun diakhir kata-kata tu awak sambung dengan ungkapan..

“..hee.. tak adalah.. gurau jer..”

Awak nak tau sesuatu..?


“..sayang itu selalu ada.. disini.. dalam hati ni.. walaupun pernah merasa kosong ketika itu..”



No comments:

Post a Comment



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly