Bismillahhirrohmannirrohim
&
Assalamualaikum
wbt..
Kebelakangan
ni, selalu sangat terasa tak punyai kehidupan yang baik macam orang lain..
kerja yang lebih bagus.. gaji besar.. berjawatan.. kehidupan yang lengkap..
punya pasangan hidup.. anak-anak.. berkesungguhan dalam melakukan sesuatu minat
dan keinginan.. ada satu kerjaya yang dapat dipegang dengan stabil.. huhh..
kehidupan yang sangat-sangat baik kata orang..
Kalau kita
punyai semua tu, dah tentu-tentunya orang akan respect.. akan pandang dan suka
nak berkawan dengan kita.. tak adalah rasa sunyi.. dan dah pastinya punyai
teman..
Saya tak
punya kehidupan yang indah seperti tu.. hidup saya biasa-biasa jer..
kadang-kadang rasa sangat-sangat menyesal kerana saya boleh memiliki kehidupan
seperti tu.. saya punya peluang.. tapi sayangnya saya tak pernah rebut peluang
tu..
Belajar Diploma dalam Architectural Draughtsman di College L & G
Twintech Institute of Technology atau sekarang dikenali dengan nama Twintech International University College of Technology.. pernah praktikal kat Firm Hoh Tham dan Rakan-Rakan di
Taman Desa, Jalan Klang Lama.. dan ditawarkan bekerja selepas tamat belajar..
semasa praktikal kat sana, pernah
hasilkan satu rekaan projek perumahan rumah teres setingkat di Bukit
Beruntung.. rekaan itu mendapat perhatian dan akhirnya diluluskan untuk
perlaksanaan.. tapi disebabkan saya ni seorang student, rekaan saya dilebelkan
diatas nama seorang arkitek yang berlesen.. saya dapat apa? hanya RM300 elaun
setiap bulan.. tak apalah.. yang penting tu pengalaman.. taman tu dah pun
diduduki sekarang.. tapi tak tau pulak taman apa..
Kalau diteruskan, dah tentu-tentunya kehidupan saya lebih
baik dari sekarang.. ada kerjaya yang boleh dibanggakan.. gaji mesti dah
besar.. fuhhh.. tapi tulah.. saya tak tahan tekanan kerja dengan bos cina..
sangat-sangat tensyen..
Melihat kepada keadaan sekarang.. kehidupan yang
biasa-biasa adakalanya melemahkan semangat.. dengan gaji yang cukup-cukup
makan.. tak berupaya nak hidup bermewah-mewah.. bergaya.. bila dah start aktif
dengan sukan Softball semula.. gaya hidup tu agak teruji.. dulu masa sekolah
lain la.. semua peralatan di sediakan pihak sekolah.. sekarang, semuanya
sendiri..
Kata orang.. Softball tu sukan yang berprestij.. kata orang
lagi, orang yang main sukan Softball ni antara orang-orang yang ada lifestyle..
kira macam anak-anak orang berada jer la yang main sukan-sukan camni.. tapi saya
tak kaya.. tidak juga punya lifestyle.. Cuma minat mendalam terhadap sukan yang
dah lama menapak dalam hati sejak sekolah menengah lagi.. itu yang kekal saya
teruskan..
Banyak perkara dan sebab-sebab kehidupan yang lebih baik ni
kita boleh perolehi.. kadang-kadang memang kita kesali bila kita berpeluang
untuk memiliki kehidupan baik macam tu.. tapi sebenarnya kita terlupa.. terlupa
yang kehidupan kita sekarang sebenarnya dah cukup baik.. cukup sempurna telah
direncanakan oleh Allah buat kita.. apa yang kita kesal tu mungkin sebenarnya
tak baik untuk kehidupan kita yang mendatang.. Allah maha mengetahui..
Sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.. kenapa itu
terjadi.. kenapa mesti kita yang kena.. mengapa saya.. dan macam-macam lagi yang
selalu menjengah fikiran kita.. umpama status yang pernah saya buat di Fesbuk..
“ Ujian-ujian Allah begitu perit,
pahit
dan menyakitkan.
Kita inginkan kejayaan,
Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan,
Allah takdirkan perpisahan.
Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita.
Ya! hikmah disebaliknya..”
InsyaAllah.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin.. |
No comments:
Post a Comment