"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

08 September 2011

SELAGI BERPELUANG & BERKESEMPATAN..


Assalamualaikum wbt..

Hai korang.. lame dah tak letak entry baru.. hehee.. dah ader yang tanya tuh.. sebenarnya bukan takde.. ader.. banyak tu.. cume entry-entry tu di sekalikan dengan video.. tapi video tak boleh nak upload la pulak.. tak tau kenapa.. so, terpaksalah hold dulu entry tu.. tapi nanti dah lama-lama entry tu pun dah basi.. macam tak besh je pulak nak dipublishkan hahaa...

Oklah..
Berbalik pada tajuk kat atas tu..

Sebenarnya ader beberapa perkara nak aku story-story sket dengan korang.. ntah la besh ke tak.. tapi pada pemahaman aku laa.. perlu juga dibawa story-story kat sini.. sebab ceritanya agak menarik perhatian aku la masa tu..

Raya bebaru ni dekat kampung.. my 'dadima' (tu kalau dalam bahasa urdu/hindustan makna dia nenek)..

My 'dadima' ni tetiba memberi suggestion untuk aku tido kat dalam bilik dia.. and of coz la dengan dia.. aku pun dengan otomatis menjawab..

        "Tak perlah Nek.. tido kat depan jer.. dengan Mak.." hahaa.. dah beso panjang pun nak tido dengan mak, aku neh.. kat kampung jer pun dapat nak ngegada cmtu hahaa..

        "Asik berkepit jer la dengan mak kau tu..." jawab my 'dadima' sambil menjuih dan memuncungkan bibir mulut dier tu...

        Dengan selamba aku pun terus menjawab... "Ehh.. suka hati lah.. selagi berpeluang dan berkesempatan.. kan mak?!" aku memandang mak.. mak mengangguk jer.. hahaa.. tanda setuju dengan aku..

        Aku sambung lagi... "..ntah esok ke lusa ke orang mati.. bukannya tau bila lagi berpeluang.." aku memandang my 'dadima'.. dia terdiam sambil menjuih jer muka dier tuh.. 

Kata-kata aku yang spontaneous tu buat aku terfikir balik.. betul jugak tu.. selagi berkesempatan dan berpeluang.. 

Kita hidup kat dunia ni sementara jer.. ntah besok ntah lusa kita akan pergi buat selama-lamanya.. kalau bukan kita pun yang pergi dulu, maybe orang sekeliling kita tu yang pergi dulu.. so, perlulah kita hargai apa saja yang ada disekeliling kita ni selagi kita berpeluang memilikinya.. kalau dah takde baru nak menyesal pun tak guna dah.. masa tu baru la berkira-kira.. "Kalaulah aku tau waktu dia hanya sekejap jer bersama kita..dah tentu aku berbuat baik pada dia.. kalau lah.. kalau lah.. dan kalau lah.." 

Teringat pulak pasal ceramah menangani STRESS hari tu kat Pejabat.. Video-video yang dipaparkan mengenai ajal yang datang tanpa disangka-sangka.. perjalanan dalam kereta, tetiba tanah runtuh.. yang sedang berseronok-seronok dalam disko pun tetiba bederum kawasan tu runtuh.. cuak jugak tengok.. bukannya kita tak sedar.. tapi kadang-kadang kita terleka.. terleka yang sebenarnya kita ni boleh ditarik bila-bila masa jer.. kalau ditarik dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah.. tapi kalau ditarik dalam keadaan sedang melakukan perkara yang tak berfaedah atau maksiat? Na'uzubillah..

Tahukah kita yang kita ni dapat hidup selama mana? apakah kesempatan yang ada ni yang perlu kita isikan..? nak enjoy? enjoylah.. tak salah pun.. tapi enjoylah berpada-pada dengan cara yang baik.. berkawan pun berkawanlah dengan menjaga hati kawan-kawan yang lain.. tak guna memusuhi sesama sendiri.. tak membawa pekdah pun.. bertelagah.. berebut-rebutkan sesuatu.. semua tu tak kekal lama.. bukan milik kita yang hakiki pun.. kata orang, tak bawak kemati.. yang kita bawak cuma amalan yang kita amalkan sepanjang hidup kat dunia ni..

Tapi kita manusia biasa.. ada khilafnya.. aku sendiri terlupa dan terleka.. 'tolong ingatkan aku' wahai teman-teman.. aku juga tak sebaik mana..

Selagi berpeluang dan berkesempatan..
Hargailah apa saja yang kita ada dan miliki.. Jagalah selagi kita berkemampuan.. kerana kita tak tahu selama mana kita bisa memilikinya..

InsyaAllah..

 
***        Ingat mengingati sesama kita tu penting juga.. sebab kita kadang-kadang memang tak penah nak sedar.. lupa diri seketika..




Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly