"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

29 June 2011

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ..




Nabi Muhammad S.A.W - 27 Rejab


Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; 

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

iix. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). 

wallahua’lam..


***        Sejuk dan hujan jer sepanjang hari ni.. terasa tenang, aman dan
damai jer... Thks so much 2 Kak Sarina untuk ter publish nya artikel ni.. 
            Cukup memberi manfaat.. Thks yer kak.. ;)



28 June 2011

WHAT U GIVE, U GET BACK..




           Inginkan yang terbaik.. berilah yang terbaik.. dan buatlah yang terbaik.. InsyaAllah.. apa yang kita berikan.. itulah yang akan kita dapat..

“Itulah prinsip hidup aku.. yang selama ini aku pegang..”

Biarlah orang buat jahat pun pada kita.. tak perlulah kita membalasnya.. kerana kejahatan yang orang buat pada kita, bukan kita penentu balasannya.. apalah gunanya jahat dibalas jahat.. tidak akan ada kesudahan.. Membalas kejahatan yang orang buat pada kita, meletakkan diri kita juga sama seperti dia.. apa bezanya kita dengan dia..?! Jangan letakkan taraf kita sama seperti mereka yang jahat.. memang dalam setiap diri kita, ada kejahatan dan ada kebaikan.. pilihan kita untuk menentukan.. nak jadi yang baik atau sebaliknya..

Orang yang baik, selalunya untuk orang yang baik-baik saja.. dan orang yang baik, kawannya mesti yang baik-baik juga..

“Aku yakin tentang itu..”

Sabar..

Itulah antara element yang penting dalam menjalani kehidupan sebagai orang yang baik.. InsyaAllah.. kesabaran itu besar pengertian dan manfaatnya..

Kekecewaan dan kesedihan yang sedang kita alami.. hanyalah untuk kita nikmati kegembiraan dan kebahagiaannya di kemudian hari.. itu janji Allah.. Cuma waktu yang akan menentukan, bila ia akan menjelma.. So, janganlah ditangisi.. kerana akhirnya, kita akan rasa..

            “Alhamdulillah..”

“..ruginya aku tak menyedari seawal dulu..”

Tuhan tak akan menduga kita di luar dari kemampuan kita sendiri.. kekuatan hati memainkan peranan yang amat penting dalam menghadapi dugaan itu..

           “InsyaAllah.. segalanya bermula dengan hati.. maka, hati itulah yang perlu dijaga..”

Hati adalah punca segalanya..
Hati yang busuk, akan pamerkan sikap yang busuk juga..
Sakit hati pada orang, akan menyiksa diri sendiri..


قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. 
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)              

Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     





Memberi pandangan dan tanggapan yang baik pada setiap orang, akan meletakkan diri kita juga dipandang dan dianggap baik oleh orang keliling.. kerana kuasa pandangan dan tanggapan baik tu hanya sampai pada orang yang baik menerimanya.. secara tak langsung, akan mempamerkan tindakan yang baik juga pada orang lain.. tanpa kita sedar, sebuah persahabatan atau perhubungan itu terjalin dengan mudah dan baik..


           “Hidup kita ni hanya sementara.. Oleh itu, hiduplah dengan baik-baik dan gembira..”

Cuma ingat seperkara..

           “What u give, u get back..”

Perbuatan yang baik, akan di balas baik juga.. kalau jahat yang masih menerpa.. bersabarlah.. kerana itu dugaan sekadar menguji kesabaran.. yakin, kebaikan pasti terbalas jua..

Sekadar melahirkan keyakinan kata-kata dari hati, akal dan fikiran aku yang sihat.. tak tau la macam mana pulak pandangan korang tentangnya..


***        Susah nak jaga hati ni sebenarnya.. kerana setiap perbuatan bermula dengan niat.. dan niat itu terletaknya pada HATI..


22 June 2011

RINGGIT MALAYSIA 50 SAHAJA..






Suasana di salah sebuah tapak pesta..

                “Abang.. boleh tak birthday saya kali ni abang belanja saya naik helikopter tu..” minta si isteri..


Si suami terus pergi kepada penjaga selaku pemandu heli tersebut..

            “Berapa sekali naik ni Encik..?!”
               
“Ooo.. tak mahal Encik.. RM50 sahaja..” jawab si pemandu heli tersebut..
               
“Mahalnya.. tak boleh kurang lagi ker..?!” rungut si suami..

“Ni dah kira murah la ni Encik..”

Si suami terus berlalu dari pemandu tadi.. Merapati si isteri..

                “Mahal la Yang.. RM50.. tahun depan jer la kita naik yer.. mungkin tahun depan harganya dah kurang..” pujuk si suami..

Si isteri yang kecewa terus berlalu pergi..



Tahun berikutnya.. ditapak pesta yang sama..

“Abang.. Abang janji tahun ni nak belanja saya naik helikopter tu..” minta si isteri lagi..

“Mmm.. iyerlah.. abang pergi tanyakan..” sambil berlalu..

“Berapa sekali naik ni Encik..?!”
               
“Ooo.. tak mahal Encik.. RM100 sahaja..” jawab si pemandu heli tersebut..
               
“Mahalnya.. naik RM50 dari tahun lepas.. tak boleh kurang lagi ker..?!” rungut si suami..

“Ni dah kira murah la ni Encik.. dulu minyak murah.. sekarang minyak mahal..” jawab si pemandu heli tersebut..
 
Si suami terus berlalu merapati si isteri..

                “Mahal la Yang.. dah naik RM100.. tahun depan la kita naik.. mungkin tahun depan harga minyak dah turun..” pujuk si suami lagi..

                “Abang ni.. kedekut sangat la.. kalau tak, tahun lepas lagi dah dapat naik.. tahun depan belum tentu.. ntah-ntah naik lagi..” keluh si isteri..



Tahun berikut-rikutnya pula.. ditapak pesta yang masih sama..

“Abang.. Kali ni tak kira.. Abang janji nak belanja saya naik helikopter tu.. saya nak juga..” minta si isteri lagi sekali.. Kali ni bersungguh-sungguh..

“Oklah.. abang cuba tanyakan..”

“Berapa pula harganya kali ni Encik..?!”
               
“Encik lagi..?! Tahun ni naik lagi RM50.. jadinya RM150.. Dari tahun-tahun sudah saya perhatikan Encik.. tak kesian ke pada isteri Encik..?!” jawab si pemandu heli tersebut..

Sambil menoleh sekilas pada si isteri..

“Ermm.. Tak boleh kurang ker Encik..?! Tolonglah..” pinta si suami..

“ Mmm.. baiklah.. saya boleh bagi Encik naik dengan harga RM50 sahaja.. tapi dengan syarat..” balas pemandu heli tersebut..

“Apa saja syaratnya.. asalkan isteri saya dapat hadiah harijadi yang dia idamkan..” sahut si suami..

“Baiklah.. syaratnya, sepanjang berada diudara, Encik dan isteri tak boleh langsung bersuara.. tanya itu.. tanya ini.. minta itu.. minta ini… ok..?! sekiranya Encik dan isteri bersuara.. Encik kena bayar harga penuh..” balas pemandu tersebut dengan bersungguh-sungguh..

“Mmm.. baiklah..” setuju si suami..

Betapa gembiranya hati si isteri hajat dan keinginannya dapat ditunaikan pada tahun ni..

Si pemandu tersebut pun memandu dengan rakusnya.. dibawanya heli tersebut berpusing-pusing.. mengharapkan si isteri tadi menjerit.. tetapi tetap senyap.. satu suara pun tidak didengarinya.. pemandu tersebut bawa lagi gila-gila.. masih juga senyap.. akhirnya pemandu tersebut itu akur..
               
“Memang Encik ni berkira betul dengan duitnya.. langsung tak bersuara nak dapatkan harga yang murah..” bisik hati si pemandu tadi..

Akhirnya heli tersebut mendarat dengan selamatnya.. keluarlah si suami dari heli tersebut.. setelah agak lama menunggu..

            “Ehh.. mana isteri Encik..?! tak keluar-keluar lagi..” tanya si pemandu tadi..

            “Err.. isteri saya terjatuh masa Encik bawa berpusing-pusing tadi..” jawab si suami..

“Ya Allah.. kenapa Encik tak bagitau saya..?!” tanya si pemandu tersebut..

“Err.. saya.. saya takut, kalau saya bersuara tadi.. saya kena bayar RM150..”

#!<*(%#@!!#$*%&*



***        Hampeh betul kalau dapat suami yang kedekut nak mampus camni..



21 June 2011

PLAYER BADMINTON YANG HAMPEHH..




           First game dah kalah dengan Sabak seawal jam 9 pagi.. 2nd game main dalam pukul 9 malam kalah dengan Gombak pulak.. haru betul.. macam tak reti main langsung pulak..

Training giler-giler.. sakit-sakit la tangan, lengan, badan, jari bagai.. yang bagusnya, beli racket jer sampai beratus-ratus.. main, hampeh jugak.. haru lagi..

Salah kitorang ker..?!

Hahaa.. tak lah.. bukan salah kitorang..

Salahnya pada keadaan sekeliling yang amat asing bagi kitorang.. gelanggang?! Maybe jugak.. Lampu?! Pencahayaan?! ..pun ia jugak.. cehh… tak nak mengaku jugak tu.. nak jugak salahkan yang lain.. tapi betul.. nak main pun silau.. pastu gelanggang pun licin..

“Hadoiyaii.. “










        Gemuruh sebenarnya.. menggigil kepala lutut kat atas gelanggang tuh.. pegang racket pun macam pegang besi yang ber‘karen’ jer.. menggeletar..

Yang teramat marah dek ‘seorang kawan’ neh - Budak-budak lelaki langsung tak bagi sokongan kat kitorang budak-budak perempuan yang ayu lagi lemah lembut ni main.. tak bagi semangat langsung.. pastu, cuak la masing-masing bila kitorang ni buat perangai ‘protes’.. hahaa.. kelakar jugak..

Ni dia team budak-budak lelaki kitorang..



Nie jer ker budak-budak lelaki yer..?!





















Hmmmphh.. Keluar jalan-jalan lagi baik..

“Shopping..!!” hahaa.. bagus jugak idea tuh..




“Beli apa jer tu..?!”

“Tengok-tengok ajer..” kunon..

“Iyer ker..?!” rasenya habih borong semua kat pasar tu.. hahaa..

“Tak percaya..?! haa.. meh tengok..”


Tu jer berape bungkus dah tu..
Haa.. tgk..?! kat As tu lagi..

5 pasang dah tu... yg tergantung kat sebelah lagi tu.. berplastik-plastik..

Lagi..

..dan lagi..

 



















































































Haa.. betul kan?! Shopping sakan diorg neh.. macam tak pernah tengok barang jer..



Kak Bee.. tilik aper tu..?! dah kalah dahh..


“Sudah-sudah la tu.. yang dah lepas tu biarkan jer.. takde rezeki kita nak menang..” saja nak sedapkan hati sendiri.. sampai bila nak buat perangai protes dekat budak-budak lelaki tuh..

Aiseymeng.. balik dari Kuala Langat, kitorang singgah makan DURIAN.. diulangi.. ‘D.U.R.I.A.N’ yer.. Kak Sarina belanja.. 

“Aiseyy.. sori la Ta yer.. takde simpan untuk awk..” hee.. sayangnya gambar pun kitorang tak petik.. kalau tak, boleh tayang-tayang kat sini.. hahaa.. sedap giler.. nyum nyumm..


 

To As..
Thks 4 drivin’ us sepanjang kat sana.. n bawa akak balik dengan selamat.. Alhamdulillah..” kesian kat As.. penat drive..

Pssstt.. “Nanti akak belanja ek..” hee..





Sayanglah kat korang sumer.. hepi and seronok giler dibuatnya..

                “Laa.. laaaa.. laa.. la..” siap nyanyi tuh.. hepinyer.. hahaa..



Yaya.. mane abg ikhmal..?!


Ehh... Kenapa neh..?!


Iklan sekejap..

Siapakah ini..?!!
 
          "Baeeekkk punyer posingg..."


***       Alerr.. tingin pulak nak makan durian lagi.. sedap tu.. mmm..



17 June 2011

JUST A ' PLAIN THOUGHT '..



    
Kadang-kadang terlintas kat fikiran..

‘Kenapa seseorang perempuan tu berpakaian seksi.. ?! Dedah sana sini.. Yang bertudung sanggup hilang tudungnya..?! Berseluar pendek keluar jalan sini sana..?!’

Sedih rasanya bila kita rasa..

                ‘Adakah mereka ni nak tarik perhatian lelaki..?! Nak dapatkan perhatian lelaki..?! Sehingga sanggup mempamirkan sesuatu yang ada pada diri yang sebenarnya perlu disimpan untuk lelaki yang halal buat dia..’

Itu mungkin bagi mereka yang belum berpunya.. dan teringin untuk berpunya.. nak dapatkan perhatian supaya lelaki suka dan tertarik pada dia.. agaknya.. ntah laa..

Tapi macam mana pula dengan yang..

‘Pakai seksi.. dedah sana dedah sini.. yang bertudung dah tak bertudung.. Bergambar peluk-peluk..?! Sentuh sana sentuh sini..?! Bercuti berpasang-pasangan mengalahkan honeymoon yang halal..?!’

Mungkin yang ini pula takut kehilangan lelaki yang sedang mereka miliki.. takut ditinggal pergi.. takut lelaki yang disayangi beralih arah.. mungkinkah begitu..?!

Kalau itulah hakikatnya..

                “Aku betul-betul kesian pada perempuan ni.. Kenapa?! Kerana berfikiran cetek.. menganggap pendedahan maruah diri perlu semata-mata untuk mendapatkan perhatian seorang lelaki (bukan/belum halal) dan takut ditinggal pergi..”

Kesiannya..

Tapi andaikata, pemikiran aku ni tidak ada kebenarannya..

                “Aku minta maaflah.. kadang-kadang fikiran aku ni meliar jugak.. pelik tengok golongan perempuan yang semacam ni.. Kenapa perlu begitu.. kenapa perlu begini.. tak pelik ker korang..?!”

Kalau korang ada pendapat sendiri.. Meh lah.. kita share sama-sama.. Manalah tau.. my thought, is just a plain thought.. Aku pun insan juga.. Pasti ada kesilapannya..

                “Sorry ..”
 

***        Terfikir juga.. apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka-mereka ini..





Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly