"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

27 August 2012

BERSEDIAKAH AKU..?!



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Hmmpphh.. apa yang aku nak ceritakan dalam entry aku kali ni, aku harap korang jangan gelakkan yer.. sebab ini bukan main-main.. benar-benar sungguh.. aku sekadar meluahkan..

*     *     *     *     *

                Dah lama sebenarnya aku simpan keinginan untuk mengenakan pudah.. Aku suka tengok remaja-remaja yang memakai purdah.. comel jer.. aku selalu searching dalam google wajah-wajah orang yang mengenakan pudah ni.. kat rumah pun kadang-kadang aku mencuba-cuba pakai purdah.. tapi dalam bilik jer laa.. takut juga kalau mak dan abah nampak nanti.. buang tebiat apa pulak anak dia yang sorang neh.. solat pun selalu berlengah-lengah.. berpakaian pun tak tentu arah.. sehinggalah aku terjumpa satu blog yang ada menceritakan tentang pemakaian purdah ni.. Ya.. itulah yang aku rasa.. kenapa hati ini terkadang teragak-agak untuk mencuba memakai purdah walaupun jauh kat sudut hati ni berkeinginan sangat..

Aku sedar.. banyak lopong-lopong yang aku perlu baiki dulu.. kekurang itu ini.. Ya.. berpudah tu perlu istiqamah.. dapatkah aku istiqamah dalam keadaan dan suasana yang sedang aku duduki sekarang? Dengan keadaan pejabat.. keinginan bersukan lagi.. Aku masih lagi kurang dalam mengenakan pakaian yang sopan-sopan.. masih lagi mengenakan fesyen-fesyen yang selesa dan mudah untuk dipakai.. berbaju kurung pun terkadang suka sangat nak lipat lengan walaupun tidak melebihi paras atas siku.. kan tak kena kalau aku berpurdah.. nanti dikata orang.. menjatuhkan pula imej islam bagi orang yang berpurdah.. aku belum bersedia sebenarnya.. ya.. belum bersedia..

Keinginan aku dah lama.. tapi berpurdah ni memerlukan penelitian dari banyak sudut dan faktor.. kalau boleh tak nak lah berpurdah sekadar berfesyen, sedangkan tatasusila adat kesopanan muslimin islam berpurdah tu sendiri diketepikan sama sekali.. nak melakukan sesuatu tu niat kena perbetulkan dulu.. mampukah aku..?! ..aku belum layak.. sungguh aku belum layak..

Untuk melakukan sesuatu perubahan, kita perlu bersungguh-sungguh.. istiqamah.. dan sebelum mencapainya.. banyak perkara lain yang perlu kita ubah juga.. ternyata.. aku sememangnya belum bersedia.. ya.. aku tidak layak.. aku masih kurang dalam menjaga ibadahku.. akhlak aku belum cukup terpelihara.. lidah aku belum cukup basah dengan zikrullah.. tutur kata aku masih tidak mampu untuk menyenangkan hati orang lain.. tangan dan kaki aku pula belum cukup kuat untuk menapak ke ceramah-ceramah agama.. hati aku juga belum cukup kuat untuk sentiasa mengingati-Nya dan mata aku masih belum terpelihara dari menjaga pandangan..

Comelnya orang yang memakai purdah itu..


Ya Allah.. sesungguhnya.. aku tidak layak..
Ya.. kerana aku belum cukup bersedia..

14 August 2012

SALAM AIDILFITRI..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Di kesempatan ni aku nak ucap Selamat Menyambut Syawal dan Hari Raya lah pada korang semua.. Mintak Maaf Zahir dan Batin okey? Aku tau aku sangat-sangat banyak buat salah dan dosa kat korang semua.. Harap-harap dapat ZERO-ZERO kan lah kesalahan dan dosa tu tau.. ehehh..

Di zaman digital ni.. nak hantar-hantar Kad Raya orang kata dah tak main dah.. so, aku create la sesimple-simple yang mungkin Kad Raya ni buat korang semua.. ;))

Salam Aidilfitri buat korang.. ;)

12 August 2012

AKU SUKA DIA..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota.. darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia..

10 August 2012

KISAH SEDIH AKU..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Aku masih lagi dalam mood bergabung..
Ehh..?! bergabung?! ..apasal lain macam jer bunyinya ek.. ber.. ber.. bergabung ker..?! * tiba-tiba kompius pulak.. uikss..! ehhh.. ber.. ber.. kabung laa.. aisehhh.. berkabung.. bergabung tu yang meletup mengandung tu kan.. adoii.. haaa.. aku masih lagi dalam mood berkabung merintih dalam kesedihan.. disebabkan mood berkabung tu la baru hari ni aku dapat kekuatan nak story dalam blog ni.. walhal kisah ni berlaku kelmarin.. sangat-sangat sedih..

Kelmarin, sewaktu dalam perjalan balik dari kerja.. dek kerana minyak kereta dah tinggal dua takuk, aku singgah stesen minyak kat taman atas rumah aku neh.. tak jauh dari rumah aku.. so, disebabkan sangat-sangat dekat.. aku pun mengambil keputusan untuk membawa kereta sesantai yang mungkin.. setakat 40 – 60 km sejam camtu.. maklum.. bulan-bulan puasa camni sampai rumah awal bukannya boleh makan pun kan.. dengan rileksnya aku memandu keluar dari stesen minyak shell tu sambil makan-makan angin.. (..tak makruh mahu pun batal tau puasa.. hee..) 

Nak dijadikan cerita..

Adoii.. sedihnya.. tak terdaya aku nak sambung cerita neh.. jap jap.. nak tarik nafas dulu.. fuhhh..

Okehhh..
Sewaktu aku dengan rileksnya sedang memandu.. tiba-tiba ada sepasang kekasih yang sedang bergurau senda berterbangan dengan gumbiranya sambil berkicau-kicau dihadapan kereta aku yang aku pandu perlahan..

Tulah.. kata orang.. kalau nak bercinta sekali pun.. jangan sampai terleka.. seronok-seronok sangat sampai terlupa yang keseronokan tu mesti akan membawa derita.. betul kata orang.. tengok.. cicak pun kata ya.. ehh.. sejak bila pulak ada cicak kat rumah aku neh.. kau macam tau pulak hati aku tengah berbicara ek cicak.. berbunyik pulak kau.. aishh.. cicak.. cicak..

Okeh.. berbalik pada cerita.. 
Sedang asyik pasangan kekasih itu bergurau senda dihadapan kereta aku.. tiba-tiba.. GEDEBUK..!! uikss.. dia langgar kereta aku laa.. dan tiba-tiba.. GRUKK..!! kereta aku sedikit terjungkit.. ah sudahhh.. terus aku tengok kat side mirror aku.. tak nampak.. aku kalih pulak pandangan aku kat cermin pandang belakang.. Ya Allah.. mati ke burung tu? SAHH..!! mati.. kepak dia dah terkepak.. Ya Allah.. berderau aku rasa.. terasa lari semua darah kat dalam badan aku ni.. pucat.. kat dalam kepala aku mulalah bermain-main.. apalah perasaan kekasih dia bila tengok kekasih dia tu mati kena lenyek.. mesti dia sedih.. baru jer seronok bergurau senda..

Salah aku ke? Tulah.. siapa suruh kau bergurau senda kat tengah-tengah jalan neh.. bukan aku yang langgar kau.. kau yang langgar aku.. lain kali kalau nak bergurau senda kat tengah jalan pun tengok la dulu keliling ada kereta ker tak.. bahaya ker tak.. ni kau main redah jer.. tapi.. walau macam manapun.. aku turut bersedih.. sebab aku tak pernah langgar mati.. dah la langgar mati.. lari pulak tu.. tapi aku bukan lari tau.. Cuma.. takkan la pulak aku nak berhenti semata-mata nak menunjukkan tanda simpati aku sebab dah terlenyek kekasih kau kan.. aku harap kau tak berdendam dengan aku.. maafkan aku burung.. aku tetap rasa bersalah.. aku tau apa yang kau rasa.. kau mesti sedih kan.. maafkan aku.. maafkan aku..

Gambar-gambar ni bukan gambar sebenar.. sebab aku tak tau burung apa yang aku dah langgar tu.. lagipun.. takkan la pulak aku nak berhenti semata-mata nk tangkap gambar burung tu iye tak? Silap-silap aku pulak yang kena langgar kat tengah-tengah jalan tu.. 

Adoii.. Sedihnya aku..

08 August 2012

TIADA YANG KEDUA..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Tiada Yang Kedua..
Aku tengah layan giler cerita ni sekarang.. dah 2, 3 kali dok asik ulang-ulang.. tak bosan lagi setakat ni.. sangat-sangat best! So, apa kata korang try layan sama.. tengok citarasa kita sama tak? Hahaa..

Sebelum tu aku nak bagitau sikit beberapa part yang agak mengecewakan.. jalan cerita dah menarik.. best.. sedih layan tu.. 2, 3 kali tengok pun masih boleh mengalirkan airmata.. sebak.. disebabkan cerita ni jugak la aku baru tersedar yang Ayu Raudhah ni sangat-sangat comel.. err.. kasar sangat tak kalau aku cakap aku macam dah jatuh cinta pulak dengan Ayu Raudhah neh.. huhh! Jangan pikir yang bukan-bukan pulak ok..


Scene yang ni.. dialog dan actingnya agak tak boleh blah sikit lah.. cer tengok jari pierre tu.. hahaa..


Scene yang ni pulak..
Kalau korang perasan.. dialog dia dengan mak dia ni agak kompius sikit.. nampak sangat macam yang penulisan skrip dia tu tak dikaji sebaiknya..

                “Along tak balik Bu?”

                “Eishh.. along kamu dah balik dah minggu lepas..”

                “Tak call pun.. kalau tak shira boleh balik.. lama tak jumpa along..”

Okeh.. korang hold dulu dialog tu kat situ.. nanti aku ulas kenapa..
Then scene yang sama jugak terdapat dialog ni..

                “Haa.. ibu ingat tak Azza? Dulu dia menggandung kan? Dah bersalin dah?”

                “Dah bersalin dah..”

                “Anak dia umur berapa dah?”

                “Dah 4 bulan dah umur anak dia..”

                “Haa.. dah besar dah.. rasanya.. shira yang kahwin dulu kan? Tapi.. dia dapat anak dulu.. rezeki dia kan..”


Then masuk scene yang ni.. tiba-tiba dialog ibu dengan ayah dia camni pulak..

                “..iyelah.. anak kita tu dah kahwin 5 bulan.. batang hidung menantu kita si Imran tu.. tak pernah pun nampak datang ke sini..”

                “Dah menantu kita tu sibuk.. buat kerja.. jadi macam mana kita nak buat..”

Nampak tak korang? Shira ni kahwin dulu dari azza.. shira ni kahwin baru 5 bulan.. yang si azza tu dah bersalin anak umur dah 4 bulan.. ??? azza ni mengandung sebulan jer ke? Bila pulak si azza ni berkahwin? Haduihh.. spoil betul bila tengok cerita best, tapi kantoi pulak kat situ..


Berbalik pada dialog yang aku suruh korang hold tadi tu.. kalau korang tengok cerita ni sampai habis.. tiba-tiba scene yang kat atas ni si shira ni macam ada dua orang adik beradik jer pulak.. 

                “Abang jangan tinggalkan saya yer.. kalau Lan pun dah balik England.. saya dah takde siapa-siapa lagi..”

Mana pergi along dia yang dia cakap di awal cerita tadi? Pelik kan? duduk England jugak ker? adik dia Lan tu boleh balik takkan along dia tak balik pulak kan? adoii.. kompius lah.. Mmmm.. mungkin busy kotz.. cehh.. buat andaian sendiri la jawabnya.. hahaa..

Tapi takperlah.. sedikit kecacatan tu memang boleh mengurangkan keseronokan jalan cerita ni.. tapi kehebatan pelakon seperti Ayu Raudhah sedikit sebanyak dapat menutup la kekurangan tu pada aku.. hahaa.. ni kes dah jatuh cinta sangat la ni sampai tak nampak buruknya lagi dah.. adoii..!!

Okeh.. itu drama.. cerita ni sebenarnya diadaptasikan dari sebuah novel hasil penulisan Sania Yasmin.. bagi korang yang dah membaca novel ni, mungkin korang boleh komen sikit tentang kesalahan dialog tersebut.. biasalah.. kadang-kadang dalam novel tu jauh sangat bezanya bila dah didramakan.. dan kadang-kadang diorang ni tak perasan yang dialog tu dah lari dari jalan cerita novel sehingga boleh merosakkan kelancaran maksud jalan cerita tu sendiri.. ntah laa.. hee.. overall, cerita cinta romantis yang terbaik pada aku.. sedih layan siot.. jom layan sama jom..

Ayu Raudhah memang comel dalam cerita ni.. sangat-sangat comel!
Saya suka saya suka!!





Comel kan?! Hahaa..

07 August 2012

AL-QURAN ITU KEHIDUPAN..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Kita sering bertanya.. Al-Quran sudah menjawabnya..

KITA BERTANYA : Kenapa aku diuji?

AL-QURAN MENJAWAB :
“..dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
Surah Al-Ankabut
Ayat 2 - 3

KITA BERTANYA : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

AL-QURAN MENJAWAB :
“.. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Surah Al-Baqarah
Ayat 216

KITA BERTANYA : Kenapa ujian seberat ini?

AL-QURAN MENJAWAB :
“..Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Surah Al-Baqarah
Ayat 286

KITA BERTANYA : Kenapa rasa tertekan?

AL-QURAN MENJAWAB :
“..dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
Surah Al-Imran
Ayat 139

KITA BERTANYA : Bagaimana harus aku menghadapinya?

AL-QURAN MENJAWAB :
“..dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk.”
Surah Al-Baqarah
Ayat 45

KITA BERTANYA : Apa yang aku dapat dari semua ini?

AL-QURAN MENJAWAB :
“..sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah..”
Surah At-Taubah
Ayat 111

KITA BERTANYA : Kepada siapa aku berharap?

AL-QURAN MENJAWAB :
“..cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
Surah At-Taubah
Ayat 129

04 August 2012

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG..


Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati
Kini kau pergi tinggalkan ku
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi
Membawa rindu yang menggunung
Kau biarkan ku oh sendiri
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan
Hanya ku cinta kau seorang

Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku
Menghapus rasa rindu

Hari-hari ku tak bererti
Bagai siang tanpa mentari
Biar ada yang menemani
Kau tetap dekat di hati

Hanya doa yang ku kirimkan
Bersama sebuah harapan
Semoga kau kan tahu jua
Kaulah erti cinta



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly