"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

28 April 2011

SAKIT KEPALA @ DALAM ERTI KATA LAIN - MIGRAIN


Sakit kepala ialah sakit di bahagian kepala atau bahagian tengkok.


Seseorang terasa sakit bila saraf sakit (pain nerve endings) terusik (stimulated).


          Saraf sakit ini bila disuntik dengan ubat bius ia tidak akan berfungsi dan kebas akan berlaku. Saraf sakit ini tidak berada di semua tempat. Contohnya di dalam otak itu sendiri tiada saraf sakit. Yang ada saraf sakit hanya di selaput otak (meninges) dan saluran darahnya sahaja. Jadi otak jika disentuh atau dibedah ia tidak akan sakit tetapi bila terkena selaputnya maka sakit akan terasa. Selain dari itu saraf sakit banyak terdapat di luar tempurung (skull) seperti selaput tempurung (periosteum), urat dan kulit kepala.
          Ini bermakna sekiranya ada ketumbuhan otak sekalipun, otak itu tidak membuatkan sakit tetapi tekanan oleh ketumbuhan ke atas selaput otak dan tempurung yang membuatkan sakit. Apabila seseorang mengadu sakit kepala dan berjumpa dengan doktor di klinik swasta  amat jarang sekali doktor menyarankan seseorang itu supaya membuat pemeriksaan lanjut ke atas kepalanya melainkan,

1. Kekerapan sakit kepala bertambah. Contohnya, dulu 3 atau 4 bulan sekali alami sakit kepala kemudian setiap bulan, kemudian setiap minggu dan akhirnya setiap hari.

2. Intensity sakit kepala turut bertambah masa ke masa.

3. Sewaktu sakit kepala ia disertai dengan simptom-simptom lain seperti kebas atau lemah di mana-mana bahagian anggota badan, kurang atau hilang pendengaran atau penglihatan, tidak dapat bercakap atau pengsan atau tanda-tanda lain yang tidak normal.  Simptom ini mungkin sementara atau berkekalan.

4. Tidak mengatahui punca sakit kepala walaupun sudah hindarkan segala kemungkinan penyebabnya.

5. Telah mengambil berbagai jenis ubat yang diberi oleh doktor namun sakitnya tetap sama atau sakitnya bertambah.

Apakah punca sakit kepala.

Ini adalah faktor-faktor yang sering buatkan sakit kepala.

1. Demam dan selsema.
           Kadang-kadang suhu badan belum meningkat tinggi lagi tetapi sakit kepala sudah terasa. Selsema juga buatkan sakit kepala terutama bahagian depan kepala. Bila demam dan selsema hilang, sakit kepala pun hilang.

2. Tekanan dan anxiety (en-zai-ti=perasaan cemas yang tak bertempat)
           Biasanya seseorang yang mempunyai tekanan dan anxiety dia akan mengalami sakit kepala dan selera makan pun turut hilang. Dia juga terasa kejang di bahagian urat kepala, leher dan bahu. Tidak mengambil sarapan juga salah satu punca sakit kepala. Tekanan tempat kerja atau di rumah mestilah ditangani dahulu.

3. Terdedah kepada cuaca yang terlampau sejuk atau terlampau panas dengan lama.

4. Pertukaran suhu yang mendadak seperti dari bilik yang sejuk tiba-tiba keluar ke tempat yang panas atau sebaliknya.

5. Makanan dan minuman
           Chocolate, keju (cheese), caffeine dan monosodium glutamate (serbuk perasa seperti Aji No Moto)  jika diambil berlebihan boleh membuatkan sakit kepala.

6. Posture (kedudukan anggota badan)
          Terlalu lama duduk depan komputer boleh menyebabkan ketengangan urat leher dan urat muka dan juga kepenatan mata. Sekira keadaan ini berlarutan ia boleh menyebabkan sakit kepala.

7. Alahan atau allergi juga menyebabkan sakit kepala.

8. Keracunan makanan
          Makanan yang telah dijangkiti bakteria akan membebaskan toksin yang boleh buatkan sakit kepala.

9. Keracunan Carbon Monoxide
          Seseorang yang terdedah pada asap kenderaan terlalu lama dan banyak akan membuatkan sakit kepala.

10. Tekanan darah yang tidak normal iaitu terlalu tinggi atau terlalu rendah.

11. Terdedah kepada suasana terlalu bising

12. Terdedah terhadap kilauan cahaya atau cahaya yang terlalu terang.

13. Gula dalam darah yang terlalu rendah (hypoglyceamia)

14. Gangguan angin dalam perut (dyspepsia)

15. Dalam keadaan mabuk alkohol atau dadah (hangover).

16. Kepenatan atau keletihan yang amat sangat.

17. Tidak cukup rehat atau tidur.

18. Melakukan senaman yang keterlaluan (rigrous excercise)

19. Tidak dapat berak dalam beberapa hari (contipation).
          Pastikan sakit kepala anda bukan disebabkan faktor-faktor seperti di atas sebelum memikirkan penyebab yang serius seperti di bawah ini. Ia adalah sakit kepala sekunder (secondary headache). Sakit kepala ini disebabkan oleh penyakit dalaman (underlying structural problems)

Sakit Kepala Sekunder (secondary headache)

1. Kecederaan di kepala atau di bahagian leher

2. Stroke (strok), di mana saluran darah di otak tersumbat atau pecah dan berlaku pedarahan otak.

3. TIA (transient ischemic attack), ini adalah’ mini’ stroke di mana kesan stroke paling lama hanya 5 minit. Biasanya 1 minit sahaja. Ini adalah amaran yang betul-betul stroke mungkin akan berlaku.

4. Penyakit Saluran darah Carotid. Saluran darah ini terletak di leher dan mengalir ke otak.

5. Radang terhadap apa-apa saluran darah di otak atau di leher.

6. Ketumbuhan dalam kepala (tumor)

7. Sawan (seizures)

8. Tekanan air tulang belakang yang tinggi (Excessive cerebral spinal fluid pressure).

9. Jangkitan kuman di kepala atau leher, seperti Meningitis (me-ning-jai-tis = jangkitan selaput otak), Encephalitis (en-ke-fa-lai-tis = jangkitan kuman di otak) dan AIDS.

10. Kekurangan air dalam badan (dehydration)

11. Penyakit buah Pinggang (renal failure)

12. Penyakit Thyroid (tai-roid=bengkak di depan leher)

13. Sakit jiwa (Psychiatric disorder)

Pemeriksaan yang selalu dilakukan dalam mengenal pasti punca sakit kepala.
  • MRI
  • CT Scan
  • EEG (Electroencephalogram)

MRI

          Ia singkatan kepada Magnetic Resonance Imaging. Ia tidak menggunakan nuklear. Ia menggunakan magnet dan gelombang radio. Kosnya lebih mahal berbanding dengan CT Scan dan X-Ray. Ia diguna untuk mendapat gambaran yang jelas tentang tisu dan urat tetapi tidak bahagian tulang yang keras dan padat.

MRI

CT Scan

          Ia singkatan kepada Computerized Tomography. Ia adalah sejenis X-Ray yang khas tidak seperti X-ray biasa. Sinaran X-ray ini akan diproses oleh komputer. Dari gambaran 2-D ia boleh dijadikan 3-D. Ia boleh beri gambaran yang jelas pada setiap bahagian tubuh. Ia adalah sangat berguna untuk memeriksa perdarahan dalam otak, ketumbuhan atau nanah dalam otak.

CT SCAN

EEG (Electroencephalogram) = elek-tro-en-ke-falo-grem

          Saraf diibaratkan seperti wayar. Ia juga boleh mengalirkan arus elektrik walaupun kuasanya sangat rendah. Seluruh tubuh badan manusia dipenuhi saraf. Otak sahaja terdapat berjuta-juta saraf dan ia mengeluarkan arus elektrik 24 jam sehari. Aktiviti elektrik di otak ini akan berbeza-beza mengikut sesuatu aktiviti atau keadaan kesihatan otak.
          EEG adalah sejenis pemeriksaan dimana aktiviti-aktiviti elektrik dalam otak direkodkan. Ia menggunakan beberapa elektrod (yang melekat di kepala) dan aktiviti elektrik akan direkod dalam komputer. Ia akan berbentuk seperti gelombang (wavy lines) dan ini dipanggil brain waves.
          EEG sangat berguna untuk mengesan seseorang samada dia menghadapi sawan atau tidak atau jenis sawan. Ia juga diguna untuk mengesan jangkitan kuman, koma, kecederaan, ketumbuhan dalam otak atau apa-apa masalah dalam otak.

EEG

RAWATAN

          Pada asasnya sakit kepala dirawat dengan ubat penahan sakit. Terdapat bermacam-macam jenis. Ubat yang biasa boleh dapat di farmasi dan yang kuat lagi hanya doktor sahaja yang boleh beri. Yang paling kuat lagi hanya doktor pakar sahaja yang boleh beri. Sekiranya terdapat penyebabnya (underlying causes), penyebab sakit kepala itu harus diubati juga dan ini boleh mengelakkan bergantungan dengan ubat penahan sakit seterusnya mengelakkan dari kesan sampingan ubat tersebut.

***        Sumber diperolehi dari sakitanda.com. Sekadar berkongsi info tentang penyakit yang ditanggung.. MIGRAIN.. Arghhh…!!

19 April 2011

DIRI SENDIRI ATAU ORANG LAIN YANG BERMASALAH..?!






            Kenapalah kita yang bernama manusia ni selalu sahaja merungut tentang orang lain yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak tahu masalah sebenar yang dihadapinya…


“ Apalah… dari Pejabat Peguam pun tanya soalan yang mengong-mengong…” Tersentak aku mendengar sebuah keluhan panjang selepas satu panggilan telefon dijawab.

Memang kadang-kadang orang yang selalu berurusan tu sepatutnya tahu apa yang perlu diorang lakukan.. tapi kita juga kena ingat… tak semua orang tu paham setiap kali urusan sama yang diorang buat… itulah manusia.. Kadang-kadang yang paham, buat-buat tak paham… yang lebih menyedihkan, yang tak paham pula buat-buat paham… tak salah bertanya.. Tapi kalau pada orang yang baik menjawabnya… tapi dikhuatiri pula bertanya pada orang yang kurang baik menjawabnya… datang la rungutan dan keluhan seperti tadi…

Aku pernah diingatkan seseorang..

“Berperasangka baiklah pada orang… kerana kita tak tahu kenapa dan apa tujuan seseorang itu berkelakuan sebegitu…”

Betul juga tu… terlalu banyak sangka buruk pada orang sebenarnya menambahkan beban pada diri sendiri.. perkara yang tidak sepatutnya difikirkan, kita bebankan kepada otak untuk memikirkan kenapa dan bagaimana orang yang sepatutnya selalu berurusan masih lagi tak paham-paham prosedurnya… sedangkan itu bukanlah masalah yang perlu kita bebankan kepada otak kita.. dia bertanya, kerana ingin tahu.. mungkin untuk lebih tahu… untuk lebih paham.. ataupun mungkin dulu orang lain yang tolong buatkan untuk dia.. kita jawablah dengan tenang… sabar… anggap sahaja yang dia memang langsung tak tahu apa-apa.. orang tak akan bertanya sesuatu perkara yang dia sendiri dah sedia maklum kecualilah sekadar untuk menguji…

“Ya Allah… dah berapa kali dah aku ajar kau ni.. tak paham-paham juga ke?”

Seringkali juga kita berhadapan dengan keadaan sebegini.. tapi nak buat macam mana.. kadang-kadang memang ada orang yang sebegini… tak mudah memahami sesuatu perkara tu dengan baik dan perlu diajar berkali-kali… ajar dan jawablah setiap pertanyaan tu sebaik yang mungkin… kerana itu mungkin ‘hari’ dia.. ‘hari’ kita ntah bila… cuba letakkan diri kita di tempat dia… sesuatu perkara yang kita tidak paham, dan perlu tanya berkali-kali… dijawab pula dengan rungutan dan keluhan.. sudahnya, datang la sikap yang tak paham, tapi buat-buat paham… nak tanya takut kena marah… sudahnya… perkara yang nak dibuat tu pun jadi ‘ntah hape-hape’.. mula lah mengomel..

“Tengoklah… borang pun isi tak lengkap… itu tak ada.. ini tak ada… dari Pejabat Peguam ni.. dah selalu berurusan pula tu..” 

Macam mana la nak dapat borang yang lengkap… bila ditanya, kita jawab dengan keluhan dan rungutan.. orang dah tak berani nak tanya… silap-silap, mau kena sembur pula.. hantar je borang yang ala kadar setakat yang tahu nak diisi… dapat yang macam ni, nak salahkan siapa?!

Kalau direnungkan… diri sendiri ke atau orang yang berurusan dengan kita tu yang bermasalah..?! rasanya… diri kita yang bermasalah ni.. kerana terlalu memikirkan tentang orang yang sememangnya dah sedia maklum mempunyai masalah.. sudahnya..??



***       Sejauh mana kesabaran kita diuji..?? Sebagai manusia, tahap kesabaran kita juga ada hadnya… sampai ke satu tahap yang kita sendiri tak mampu nak bendung, mau mengamuk juga dengan orang yang tak paham-paham ni…





Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly