Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..
CINTA CHESTNUT..!
Sudah cukup
hatiku dilukai
Sekian lama rasa tak dihargai
Sampai bila harus aku menanti
Saat indah setelah dikau pergi
Inginku hapus
semua
Rasa mencengkam ini
Hanya padamu ku meminta
Aku pasrah
Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa dukaku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan kekosonganku
Hilangkan keasinganku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkanlah segalanya
Ku menanti saat sinar mentari
Ku menanti cahaya dalam hati
Inginku gapai bintang yang gemerlapan
Agar terang jiwa yang kegelapan
Inginku hapus semua
Rasa mencengkam ini
Hanya padamu ku meminta
Aku pasrah
“Tak habis-habis lagi Zira,
asyik ulang-ulang lagu tu?!” teguran Kak Jiha mengejutkan aku.. aku hanya mampu
membalas dengan senyuman.. “..sudah-sudah la Zira.. dah 2 tahun lebih dah..
Shah tu pun agaknya dah ada makwe baru dah..” aku masih lagi melemparkan
senyuman.. senyuman paling manis sekali.. Kak Jiha ni tau-tau jer isi hati
orang..
“Akak tengok Orang ni nampak
macam merana ke Kak? Orang okey jer kan?!” masih lagi tersenyum..
“Ha’ah.. iyerlah nampak okey..
ingat Akak tak boleh hidu ker senyuman awak tu.. manis ker kelat ker hmm..?!”
Kak Jiha cuba memancing aku.. “..bukan baru sehari dua Akak kenal Nur Azira
Shukri ni tau..” bahu aku ditepuk Kak Jiha.. aku hanya terdiam.. masih lagi
tersenyum..
Normajihah
Yusuf, atau sangat-sangat lah selesa dengan panggilan Kak Jiha.. cuma tua 2
tahun dari aku.. Kak Jiha ni sebenarnya housemate aku sejak dari mula aku masuk
kerja lagi.. dah hampir 4 tahun aku kenal Kak Jiha.. orangnya sangat baik
hati.. seorang perempuan yang lemah lembut.. tak macam aku yang kasar lagi
keras kepala ni.. seorang lagi budak housemate aku, Nurul Izzah Zainuddin..
yang ni muda setahun dari aku.. aku panggil dia Zaza jer.. yang ni pun
gila-gila sikit.. agak satu kepala juga la dengan aku.. kerenah kitaorang
memang Kak Jiha sangat-sangat sabar..
“Kenapa tu Kak?!” ek ehh.. ntah
bila pulak budak sorang ni balik.. terus-terus pula sergah bilik aku..
“Dah tak pandai nak bagi salam
ker Za main sergah jer bilik Akak ni?” aku bersuara.. aku tengok Kak Jiha hanya
tersenyum..
“Kat luar lagi kita dah bagi
salam Kak.. tak ada yang sahut pun.. pergi tengok kat bilik Kak Jiha, tak ada
orang juga..” Zaza menjuih.. “..lagipun pintu bilik Akak ni sikit punya besar
terbuka pun.. dah nampak akak berdua, sergah jer laa..” Zaza terus masuk tanpa
diundang.. senyum.. “Kenapa ni kak?”
“Ni.. Kak Zira hang ni la Za..
tak habis-habis dok ulang-ulang lagu Hilangkan Segalanya tu.. naik hafal akak
dah..” selamba Kak Jiha menjawab..
“Adoi
akak ni.. tak habis-habis lagi ingat kat Abang Shah tu ker? lupakan jer kak.. cari
orang lain.. Abang Shah tu dah ada makwe dah.. baru semalam Zaza nampak dekat
mall.. okey la.. boleh tahan la aweks dia tu.. kecik-kecik comel macam akak
jugak..” aku masih lagi tersenyum.. itu jer kot yang mampu aku berikan..
senyuman.. senyuman yang terasa pedihnya kat dalam hati.. aku tengok Zaza
menggeleng kepala..
Siapa yang akan faham apa yang aku rasa..? siapa yang akan tahu apa yang aku lalui..? siapa pula yang nak mengerti kalau tidak merasa sendiri berada di tempat aku? begitu susahnya nak melupakan.. begitu payahnya nak cuba membuang jauh.. begitulah sukarnya situasi aku..
* * * * *
“Assalamualaikum.. kum apa,
kom bet.. bet apa, bet men.. men apa, men tol.. tol apa, tol lak.. lak apa, lak sa..
sa apa, satu dua tiga empat lima.. enam.. tujuh.. lapan.. err.. sembilan..
err.. Kak.. nak kira sampai berapa ekk?!” suara dihujung talian tetap senyap.. “err..
Kak..?!”
“Haa.. dah habis dah ker?!”
terdengar suara Kak Jiha menyahut.. “..ingatkan nak habiskan sampai seratus
tadi..” aii.. Kak Jiha ni peril aku nampaknya ni.. “..sihat ker tak ni?!” Kak
Jiha menyambung..
“Alhamdulillah.. sihat la Kak..
Adoii.. nak gurau pun tak boleh dah ker.. potong betul la Akak ni..” aku
menjuih.. macam la Kak Jiha tu nampak.. lantak laa.. janji aku puas hati..
“Tak ada la tak boleh.. tapi
panjang sangat.. tak sempat Akak nak jawab salam tu..”
“Owhh… okey.. sorry..” aku buat
muka.. “so.. nak jawab ke tak ni?”
“..iyer.. wa’alaikumussalam wbt
kombet!” huk alohh.. tersentap aku neh.. sentap neh..
“Akak kat mana ni?” selamba..
tak nak la nampak sangat tengah sentap kan..
“Aii.. kat mana pulak Akak nak
pergi pagi-pagi macam ni.. office la Yang oii..” uishh.. ni sekali lagi aku
tersentap neh.. memang nak kena Kak Jiha ni..
“Awalnya Akak gerak.. kejar
mende?”
“Akak ada meeting Dik pagi ni..
marah pulak Bos Akak tu karang kalau dia yang tunggu akak..” owhh.. okey.. patut la pagi-pagi lagi bilik
Kak Jiha tadi dah sunyi jer.. Si Zaza tak nampak pulak batang hidung dia..
entah kerja ke tidak budak tu..
“Zaza Kak? Orang tak nampak pun
dia kat rumah tadi..” pelik juga.. selalunya kalau aku keluar dari bilik air
mesti Zaza tu dah terconggok depan pintu bilik air tu tunggu giliran.. tapi
pagi ni tak nampak pulak..
“Zaza demam.. malam tadi lagi..
sempat la Akak jenguk dia kat bilik pagi tadi.. makin panas badan dia.. Zira
kalau free tolong bawa Zaza ke klinik ek.. Akak tak tau meeting Akak ni habis pukul
berapa..”
“Okey Kak.. orang pun on the way ke office ni.. lepas orang tunjuk batang hidung orang kat Bos karang orang balik.. nanti Bos ingat orang tak kerja pulak!” MyVi oren kesayangan aku pandu laju.. menyusuri liuk pikuk kota.. kalau gerak awal-awal pagi macam ni tak adalah jem sangat.. senang.. tenang..
Pagi ni nak mengadap muka Bos pun rasa lemah satu badan.. bosannya.. tapi Alhamdulillah.. kata Payat, Bos ada meeting kat Shah Alam.. maknanya dia akan masuk office sebelah petang.. ataupun dia tak masuk langsung.. bolehla aku keluar sekejap uruskan Zaza.. tak payah nak pening-pening kepala nak bersoal jawab dengan Bos.. “cantiklah Payat!” aku mengenyit mata.. Payat hanya mengangkat tangan tanda okey sambil menyengeh.. itulah Payat.. officemate merangkap partner aku dalam kerja.. dia memang best! sporting dan sangat senang bekerja dengan dia..
“No hal lahh Zira.. anytime..!” dia mengenyit kembali.. aku hanya berbalas senyum..
* * *
* *
“Tak bagitau Akak pun Zaza
demam.. kenapa tak bagitau malam tadi? Boleh juga Akak bawa pergi klinik..” aku
membebel tak sudah-sudah sambil memandu perlahan ke klinik yang tak beberapa
jauh dari rumah.. aku kerling Zaza disebelah.. terjelepuk jer.. badan panas
sangat.. Ya Allah.. kesiannya..
“Malam tadi tak teruk sangat
Kak.. Kita rasa okey jer.. tak sangka pula melarat pagi ni..” aku tengok Zaza sangat
lemah.. kesian sebenarnya.. tapi tulah.. adat la membebel tu kalau kita ni dah
caring sangat.. nak-naknya budak housemate yang kita dah anggap macam
adik-beradik sendiri.. jauh dari keluarga.. tak ada siapa-siapa.. siapa lagi
yang kita nak harapkan untuk tengok-tengok kan kita kalau bukan sesama kita..
kat dalam rumah ni cuma kami bertiga.. Kak Jiha.. Aku.. dan Zaza.. tempat kerja
kami tak sama.. tapi bangunan dekat-dekat jer.. Kak Jiha dan aku ada kereta..
Zaza cuma bermotor ke office.. selalunya aku akan suruh Zaza naik dengan aku
kalau tak ada hal.. risau aku tengok dia bermotor pagi-pagi ke office.. cuma hanya
kalau keadaan yang memaksa..
“Dah call office dah?” aku
berkerut.. “..bagitau awak tak sihat nak datang kerja hari ni..”
“Belum.. jap lagilah.. tak larat
la Kak..” Zaza bersuara perlahan..
“Tak apalah.. Akak call kan
nanti.. Akak pun nak call office Akak.. Akak ambil cuti jer hari ni..” itu
jalan terbaik yang dapat aku fikirkan.. tengok keadaan Zaza ni tak sampai hati
pula nak biarkan dia sorang-sorang uruskan diri kat rumah ni.. “Lepas ni kita
pergi cari bubur.. awak kena makan.. tak boleh biarkan perut tu kosong..” masih
lagi membebel.. aku kerling Zaza disebelah.. dia mengangguk perlahan..
“Akak nak cuti sebab kita ke
Kak?” Zaza bersuara perlahan.. aku mengangguk.. lagipun cuti aku masih banyak..
jarang bercuti.. bila bercuti tu dah tak tau nak kemana pula.. bosan juga duduk
dirumah jer.. nak balik kampung.. tak berbaloi pula kalau setakat cuti sehari
dua.. buat penat badan jer..
Aktiviti hari ni, aku cuma duduk kat rumah..
tengok tv.. sekejap-sekejap petik gitar.. belajar lagu baru.. suruh Zaza rehat
kat bilik, bosan katanya asyik baring jer.. nak jugak duduk lepak kat bawah
sama-sama.. boleh juga borak-borak.. tapi kalau dah makan ubat.. memang akan
mamai jer laa.. sambil-sambil baring tu tertidur juga dia.. kesiannya.. mana
tak demam.. pergi balik kerja naik motor.. berpanas berhujan bagai.. memang tak
tahan laa.. bila ajak naik kereta.. macam-macam pula.. petang balik lambat laa.. banyak kerja laa.. aku sendiri pun kadang-kadang tak tentu masa..
Kak Jiha pula lagilah.. maklum.. kalau dah kerja sebagai setiausaha Bos ni memang payah la sikit.. sekali-sekala kalau Kak Jiha ni free baru la boleh nak jimat minyak kereta naik dengan dia.. selalunya memang susah laa.. kerja dia lagi tak tentu masa.. kadang-kadang kena ikut Bos attend mesyuarat kat luar negeri.. 2,3 hari baru dapat jumpa batang hidung.. so, aku dengan Zaza jer la yang jadi penunggu setia kat rumah ni.. dan disebabkan itulah aku lebih rapat dengan Zaza berbanding Kak Jiha.. tapi yang best nya.. barang dapur kat dalam rumah ni Kak Jiha yang sponsor.. aku dengan Zaza tak payah beli apa-apa pun.. cuma barang-barang keperluan peribadi jer.. seronok kan? hahaa..
Telefon Zaza berbunyi.. Aku mencapai telefon yang ada disebelah aku.. “Kak Jiha..?” aku bersuara perlahan.. aku kerling Zaza yang sedang enak dibuai lena.. tak kan nak kejutkan pula.. tak apalah.. aku angkat jer.. bukan siapa-siapa pun..
“Assalamualaikum Kak Jiha.. Orang ni.. Zaza tengah tidur laa..” remote tv aku capai.. volume aku perlahankan..
“Wa’alaikumussalam wbt.. eh.. awak cuti ker?” tanya Kak Jiha..
“Ha’ah Kak.. badan dia panas sangat la Kak.. risau pula nak biarkan dia sensorang kat rumah ni.. lepas hantar dia ke klinik tadi orang terus call office minta cuti..” panjang lebar aku jelaskan..
“Macam mana keadaan dia? Doktor cakap apa?!”
“Doktor tak cakap apa-apa pun.. demam panas jer katanya.. okey kot lepas makan ubat ni nanti..” sambil dahi Zaza aku sentuh.. turun sikit dah panas badan dia..
“Dia ada makan tak?” suara Kak Jiha macam risau..
“Tadi Orang singgah McD belikan bubur jer untuk dia Kak.. habis juga la dia makan..” aku bersuara sungguh..
“Mmm.. okeylah kalau macam tu.. awak pun ada kat rumah tu.. risau juga akak kalau dia sorang-sorang kat rumah tadi..” aku mengangguk.. macam la Kak Jiha tu nampak.. “..okeylah Zira.. petang karang awak bersiap.. Akak balik karang kita keluar kejap pergi pasar ek.. belikan mehun sup untuk Zaza..” sekali lagi aku mengangguk..
“Oraitt Kak!”
* * *
* *
Sesampai sahaja diperkarangan parking pejabat, dari jauh lagi aku dah terlihat kelibat Ayu melambai-lambai sambil tangannya menunjuk-nunjuk parking kosong yang berada disebelah.. Awal pula si Ayu ni sampai office.. dah tu terconggok jer kat tepi kereta tu kenapa pula.. jaga parking untuk aku ker? siapa pula yang nak berebut parking awal-awal pagi macam ni.. biar betul Ayu ni.. elok jer aku tengah nak parkingkan kereta aku ni sebelah kereta dia, tak sempat-menyempat si Ayu ni tiba-tiba.. “Kak! Cepat kak.. cepat!” Ayu macam panik gila.. ermm.. panik ker? bukan panik kot.. lebih sesuai kalau aku katakan Ayu ni dah macam excited gila laa.. aku yang tak tahu apa-apa ni kelam kabut juga la dibuatnya.. apahal pula si Ayu ni.. tingkap aku turunkan..
“Kenapa Yu?” sambil aku
membetulkan parking..
“Cepat la kak keluar..” pemegang
pintu kereta aku ditarik Ayu kuat..
“Ehh.. kejap laa.. enjin pun tak
mati lagi.. sabar sikit boleh tak?!” elok je enjin kereta aku matikan, pintu
kereta aku sekali lagi ditarik Ayu..
“Kak.. cepat laa..” tangan aku
ditarik tak semena.. “Bang..! kejap! Kejap!” ehh.. Ayu ni panggil siapa pula..
aku menoleh kebelakang.. “Ni laa.. ni laa.. okey tak?!” Ayu mengangkat
ibu jari pada lelaki yang parking dibelakang kereta aku sambil menyeringai..
“Ehh! Apa ni Yu.. eishh.. tak
senonoh laa..” aku terus tunduk dan masuk balik dalam kereta.. mencapai beg
tangan.. sambil aku tengok Ayu menunggu untuk sama-sama masuk pejabat.. hati
aku sebal.. memang nak kena Ayu ni.. suka hati dia jer.. apa yang aku dengar,
suara lelaki itu sayup-sayup jer kedengaran.. okey?! Apa yang okey?! Apa yang
boleh si Ayu ni tolongkan? Ligat kepala otak aku ni berfikir.. dia cakap pasal
apa ni? huhh.. sepanjang beriringan tu aku senyap jer.. Ayu tau kot aku marah..
“Kak.. Ayu nak kenalkan akak
dengan Abang tu laa.. okey tak?!” Ayu tiba-tiba bersuara.. aku menoleh ke sisi
memandang Ayu tepat.. renungan tajam aku berikan..
“Boleh tak jangan buat camtu
lagi? sebal tau tak!” aku mendengus.. aku tengok Ayu hanya tersengih..
“Alah kak.. okey la tu.. abang
tu handsome apa..!” tangan aku digoyang-goyangkan Ayu.. ek ehh budak ni.. sejak
bila pula dah buka agensi kenenkan orang neh?
“Dah..
jangan nak mengada-ngada!” aku terus berlalu meninggalkan Ayu dibelakang..
lantak laa.. peduli apa aku.. banyak lagi benda lain yang aku nak fikir dari
melayan gila si Ayu ni.. Zaza.. haa.. sempat juga aku menjenguk dia dibilik
pagi tadi.. dah agak kurang sikit panas badan dia.. biarlah dia berehat..
alang-alang dapat MC 2 hari.. rehat puas-puas kat rumah..
Sepanjang hari tu, Ayu banyak
mengambil kesempatan menjelaskan serba sedikit tentang lelaki yang dipanggil
Abang tu.. pantang kerja tak ada, memang menyinggah saja ke tempat aku.. kata
Ayu, nama Abang tu Shah Aiman Hisham.. sebaya aku.. kerja satu bangunan, tapi
department lain.. aku mendengar sekadar berbahasa-basi jer.. tak berapa nak
minat.. maklum, sepanjang 24 tahun hidup ni aku memang tak pernah kenal erti
cinta.. bukan tak mahu.. tapi mungkin belum bersedia.. aku tak nak terluka..
kerana aku tahu.. lukanya cinta tu lebih parah dari luka jari yang terhiris..
aku tak mahu! aku tak suka!
“Kak..
tak salah kan berkawan-kawan dulu.. bukan nak terus bercinta..” tangan aku
dipengang Ayu.. “Ayu tak ada niat nak buat Akak marah kak.. Abang Shah tu yang
minta Ayu kenalkan dia dengan Akak..” aku memandang Ayu sayu.. aku tahu niat
Ayu baik.. tapi aku tak rasa caranya tu molek..
“Dia
budak baru ker? tak pernah pun akak nampak sebelum ni..” berkerut..
“Tak
adalah.. dia lagi lama dari akak.. mungkin akak tak perasan kot.. dia pun tanya
kat Ayu macam tu juga pasal akak..”
“Pasal
akak? Pasal apa?”
“Dia
ingat akak pun budak baru kat sini.. Ayu cakaplah tak.. akak dah kerja kat sini
dah hampir setahun..” cerita Ayu bersungguh.. “akak tau tak masa bila dia
perasan akak?”
“Bila?”
dahi aku kerutkan.. memang sungguh aku tak tahu..
“Masa
majlis dinner office hari tu.. sejak tu la dia berkenan kat akak..” tiba-tiba
aku teringat sesuatu.. iya.. masa majlis dinner tu aku memang ada terperasan
seseorang yang asyik memandang aku.. masa tu terdetik la juga kat hati ni..
mamat ni asyik usyar-usyar aku jer, apahal? tapi tak apalah.. handsome juga..
aku tak teringat pula.. mungkin aku tak berapa nak perasan itu orangnya.. “Kak
Zira!” suara Ayu mematikan lamunan aku.. aku memandang Ayu tepat..
“Tak
apa la Yu.. terima kasih yer..”
“Terima
kasih apa ni? akak fikir apa? boleh pula dia mengelamun orang tengah sedap
bercerita..” Ayu menarik muka..
“Tak..
maksud akak.. terima kasih sebab usaha Ayu nak kenalkan akak dengan abang tu..
insyaAllah okey.. kalau ada jalan, segalanya akan dipermudahkan.. tapi buat
masa ni.. hati akak belum lagi terbuka Yu..”
“Akak.. pernah kecewa bercinta ker?” teragak-agak Ayu memancing jawapan..
“Tak lah.. tak pernah merasa cinta pun Yu..” tak apalah Yu.. awak tak akan faham.. dibesarkan dalam keluarga yang macam akak ni, banyak menghadkan akak dalam banyak perkara.. perkara yang tak semua orang akan faham.. tak mengapalah.. aku memandang Ayu dengan senyuman.. tangan Ayu aku tepuk perlahan.. aku harap Ayu faham yang aku tak mahu lagi teruskan perbincangan ni.. “dah lah.. pergi buat kerja tu..” pada aku.. semua tu keadaan yang akan menentukan.. bukannya aku tak suka.. terlihatnya pertama kali Shah Aiman Hisham tu dah cukup buat hati perempuan aku cair.. tapi aku? aku adalah aku.. aku dengan hati yang kental.. kepala yang keras.. sangat sukar untuk sayangkan seseorang.. apatah lagi jatuh cinta pada seseorang.. tak mungkin aku jatuh cinta semudah itu.. tidak!
Maaf yer..
Cerpen ni akan disambung dalam masa terdekat ni..
busy sikit la.. tak berkesempatan nak sambung mengarang..
harap korang boleh bersabar ekk.. huhuu..
anyway.. thks 4 reading penulisan yang tak seberapa ni..