"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

17 June 2011

JUST A ' PLAIN THOUGHT '..



    
Kadang-kadang terlintas kat fikiran..

‘Kenapa seseorang perempuan tu berpakaian seksi.. ?! Dedah sana sini.. Yang bertudung sanggup hilang tudungnya..?! Berseluar pendek keluar jalan sini sana..?!’

Sedih rasanya bila kita rasa..

                ‘Adakah mereka ni nak tarik perhatian lelaki..?! Nak dapatkan perhatian lelaki..?! Sehingga sanggup mempamirkan sesuatu yang ada pada diri yang sebenarnya perlu disimpan untuk lelaki yang halal buat dia..’

Itu mungkin bagi mereka yang belum berpunya.. dan teringin untuk berpunya.. nak dapatkan perhatian supaya lelaki suka dan tertarik pada dia.. agaknya.. ntah laa..

Tapi macam mana pula dengan yang..

‘Pakai seksi.. dedah sana dedah sini.. yang bertudung dah tak bertudung.. Bergambar peluk-peluk..?! Sentuh sana sentuh sini..?! Bercuti berpasang-pasangan mengalahkan honeymoon yang halal..?!’

Mungkin yang ini pula takut kehilangan lelaki yang sedang mereka miliki.. takut ditinggal pergi.. takut lelaki yang disayangi beralih arah.. mungkinkah begitu..?!

Kalau itulah hakikatnya..

                “Aku betul-betul kesian pada perempuan ni.. Kenapa?! Kerana berfikiran cetek.. menganggap pendedahan maruah diri perlu semata-mata untuk mendapatkan perhatian seorang lelaki (bukan/belum halal) dan takut ditinggal pergi..”

Kesiannya..

Tapi andaikata, pemikiran aku ni tidak ada kebenarannya..

                “Aku minta maaflah.. kadang-kadang fikiran aku ni meliar jugak.. pelik tengok golongan perempuan yang semacam ni.. Kenapa perlu begitu.. kenapa perlu begini.. tak pelik ker korang..?!”

Kalau korang ada pendapat sendiri.. Meh lah.. kita share sama-sama.. Manalah tau.. my thought, is just a plain thought.. Aku pun insan juga.. Pasti ada kesilapannya..

                “Sorry ..”
 

***        Terfikir juga.. apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka-mereka ini..



No comments:

Post a Comment



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly