"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

28 June 2011

WHAT U GIVE, U GET BACK..




           Inginkan yang terbaik.. berilah yang terbaik.. dan buatlah yang terbaik.. InsyaAllah.. apa yang kita berikan.. itulah yang akan kita dapat..

“Itulah prinsip hidup aku.. yang selama ini aku pegang..”

Biarlah orang buat jahat pun pada kita.. tak perlulah kita membalasnya.. kerana kejahatan yang orang buat pada kita, bukan kita penentu balasannya.. apalah gunanya jahat dibalas jahat.. tidak akan ada kesudahan.. Membalas kejahatan yang orang buat pada kita, meletakkan diri kita juga sama seperti dia.. apa bezanya kita dengan dia..?! Jangan letakkan taraf kita sama seperti mereka yang jahat.. memang dalam setiap diri kita, ada kejahatan dan ada kebaikan.. pilihan kita untuk menentukan.. nak jadi yang baik atau sebaliknya..

Orang yang baik, selalunya untuk orang yang baik-baik saja.. dan orang yang baik, kawannya mesti yang baik-baik juga..

“Aku yakin tentang itu..”

Sabar..

Itulah antara element yang penting dalam menjalani kehidupan sebagai orang yang baik.. InsyaAllah.. kesabaran itu besar pengertian dan manfaatnya..

Kekecewaan dan kesedihan yang sedang kita alami.. hanyalah untuk kita nikmati kegembiraan dan kebahagiaannya di kemudian hari.. itu janji Allah.. Cuma waktu yang akan menentukan, bila ia akan menjelma.. So, janganlah ditangisi.. kerana akhirnya, kita akan rasa..

            “Alhamdulillah..”

“..ruginya aku tak menyedari seawal dulu..”

Tuhan tak akan menduga kita di luar dari kemampuan kita sendiri.. kekuatan hati memainkan peranan yang amat penting dalam menghadapi dugaan itu..

           “InsyaAllah.. segalanya bermula dengan hati.. maka, hati itulah yang perlu dijaga..”

Hati adalah punca segalanya..
Hati yang busuk, akan pamerkan sikap yang busuk juga..
Sakit hati pada orang, akan menyiksa diri sendiri..


قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. 
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)              

Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     





Memberi pandangan dan tanggapan yang baik pada setiap orang, akan meletakkan diri kita juga dipandang dan dianggap baik oleh orang keliling.. kerana kuasa pandangan dan tanggapan baik tu hanya sampai pada orang yang baik menerimanya.. secara tak langsung, akan mempamerkan tindakan yang baik juga pada orang lain.. tanpa kita sedar, sebuah persahabatan atau perhubungan itu terjalin dengan mudah dan baik..


           “Hidup kita ni hanya sementara.. Oleh itu, hiduplah dengan baik-baik dan gembira..”

Cuma ingat seperkara..

           “What u give, u get back..”

Perbuatan yang baik, akan di balas baik juga.. kalau jahat yang masih menerpa.. bersabarlah.. kerana itu dugaan sekadar menguji kesabaran.. yakin, kebaikan pasti terbalas jua..

Sekadar melahirkan keyakinan kata-kata dari hati, akal dan fikiran aku yang sihat.. tak tau la macam mana pulak pandangan korang tentangnya..


***        Susah nak jaga hati ni sebenarnya.. kerana setiap perbuatan bermula dengan niat.. dan niat itu terletaknya pada HATI..


2 comments:

  1. ye btul! akak setuju.... walau macam mana pun kejahatan, kedengkian dan sifat iri org lain pd kita, kita tetap mohon dan mohon semoga hati kita tetap suci, bersih, terhapus dari sifat2 itu.... moga allah sentiasa pelihara org2 yg teraniaya. as sobirin meningkatkan lg keimanan kita pd allah

    ReplyDelete



Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly