"Kadang² ALLAH sembunyikan Matahari, Dia datangkan Petir & Kilat.. Kita tertanya² kemana hilangnya Matahari.. Rupa²nya ALLAH memberi kita PELANGI.."

Kengkawan

30 January 2013

JANGAN RUMITKAN KERJA ORANG..



Bismillahhirrohmannirrohim &
Assalamualaikum wbt..


Aku percaya.. kalau kita selalu permudahkan kerja orang, insyaAllah orang juga akan permudahkan kerja-kerja kita.. Allah akan gerakkan hati-hati mereka untuk permudahkan kerja kita.. itulah yang selalu aku pegang walau sesibuk mana pun kerja kita yang terpaksa kita hadapi.. kalau nak cerita pasal kerja, sampai mati pun kerja tu takkan habis.. carik la ruang untuk meringankan sedikit kerja and beban orang.. jawablah call apa salahnya.. call tentang kerja jugak pun.. ya.. memang kita sibuk dengan kerja kita.. sangat sibuk.. tapi bila masanya pulak yang kita ni betul-betul tak sibuk? tak kan nak tunggu tak sibuk baru nak jawab call betul tak..? kan jawab call tu sebahagian dari kerja kita jugak.. kerja kau.. kerja aku.. aku tak sempat nak jawab, kau tolong.. kau tak sempat nak jawab, aku pulak tolong.. sama-samalah.. takkan aku jer nak jawab kot.. tolak ansur wehh..

Agak-agaklah apa perasaan korang bila korang buat sesuatu urusan ke jabatan lain melalui panggilan telefon tapi pihak sana tak angkat-angkat call.. or.. orang yang berkenaan yang kita nak cakap tu sibuk sampai tak nak jawab call kita? susah tak? Kita tengah nak berurusan ni.. tapi takde orang yang nak bantu.. camne perasaan korang ek? nak-naknya kita jer pulak yang in-charge pasal tu.. takde orang lain lagi dah yang boleh nak cover.. camne?

Senang cerita.. letak diri kita kat tempat diorang.. pusing-pusing pun camtu jugak kan.. dunia ni bagaikan roda.. kita tak sentiasa diatas.. tak semua orang akan sentiasa dan selalu perlukan pertolongan kita.. sebab kita juga akan perlukan pertolongan orang lain bila tiba masanya..


Tolonglah paham..
Semua orang tensyen pasal kerja.. aku jugak.. tak boleh lari punya.. kompom!
Tapi.. pernah tak korang fikir yang selalunya tensyen tu datang dari mana? dari siapa? Kalau kita rileks menghadapi sebarang kerja ikut kemampuan kita walaupun kerja tu lebih dari yang sepatutnya kita buat, insyaAllah.. mesti tak tensyen punyer.. rileks jer laa.. buat yang termampu.. jangan paksa diri.. adjust balik jadual kerja tu.. tak dapat siapkan hari ni, try siapkan esok pulak.. susun dulu mana yang urgent.. mana yang penting.. dulukan yang tu.. ntah lahh..

Sorry la.. kalau apa yang aku bebel ni korang rasa aku tak paham dengan kerja korang.. YA! mungkin aku tak paham.. tak akan paham.. and mungkin jugak aku tak boleh nak paham.. kerja korangkan.. bukan kerja aku pun.. tapi kerja aku pun bukannya kerja korang.. korang paham ker kerja aku pulak? tak jugak kan? So, apa kata korang try rilekskan diri macam yang aku cakap ni.. InsyaAllah.. insyaAllah.. kita cuba.. mana tau kan.. berkesan jugak kat korang.. agar korang tak tensyen.. tak jugak tensyenkan aku.. aku pun penat jugak wei kerja.. tapi kerja akan jadi lebih mudah kalau kita saling bantu-membantu..



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by sevenine79.blogspot.com
Blacy Smiley - Silly